Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Alhamdulillah, 05 Julai 2019, genap mek berumur 27 tahun. Selamat Hari Lahir
Mekyunie ! Melalui 27 tahun kehidupan bukanlah semuanya manis, bukan semuanya
pahit. Namun ada semuanya sepanjang 27 tahun. Mek yakin ada banyak lagi manis
dan pahit yang bakal dilalui sementara menunggu saat Allah menjemput kembali.
Untuk tahun lepas, hari lahir mekyunie disambut di Bukit Gambang Resort City.
Tahun lepas masih lagi bergelar ahli Blogger Pantai Timur. Tapi tidak untuk
tahun ini.
Hari lahir mekyunie pada 2019, mek rancang nak bercuti juga memandangkan 05
Julai jatuh pada hari Jumaat. Diizinkan Allah untuk menyambut hari lahir
mekyunie di Genting Highland bersama-sama sahabat blogger Sis Gee. Perancangan
yang dua minggu sebelum ini kelihatan sungguh mudah dengan harga bilik yang
sesuai, dengan masa yang tiada aral (alhamdulillah untuk semua ni ya allah).
Tapi standart lah dah 27 tahun, sambut birthday tara mana sangat. Cukuplah ada
kenangan untuk hari lahir mekyunie.
IG Story
Di hari lahir mekyunie pada 2019 ni, ramai juga yang wish birthday. Thru
whatsapp group dan juga personal. Dan macam biasa juga, mek akan minta mereka
doakan yang terbaik untuk mek. Tambah pula jatuh pada hari Jumaat, moga-moga
Allah perkenankan. Di hari lahir mekyunie juga mek ada open di IG Story untuk
mereka doakan mek. Di FB Story ada juga beberapa yang mendoakan. Alhamdulillah.
Dan ini antara doa-doa sahabat di hari lahir mekyunie 2019 :
Amin ya Allah. Semoga doa-doa baik dari para sahabat ini diperkenankan oleh
Allah swt. Terima kasih untuk doa-doa sempena hari lahir mekyunie. Usia adalah
satu angka menunjukkan kita lebih dewasa dan menuju satu fasa yang lain. Kita
tak tahu di umur berapa, di hari lahir yang mana menjadi yang terakhir untuk
kita. Maka, setiap saat kita perlukan doa-doa yang baik daripada mereka yang
mengenali diri kita. Jangan malu untuk minta orang doa pada kita. Kita tak tahu
pada doa mana yang Allah perkenankan.
Kalau korang masih ada doa untuk hari lahir mekyunie, boleh juga drop diruangan
komen di bawah ini. Semua orang mengharapkan doa-doa yang baik dari sekeliling,
kan? Jadi jom doa yang baik-baik untuk sahabat kita pada hari lahir mereka.
Sekian ..
Wah, Mek lahir bulan July jugalah. Fatina pun lahir bulan tapi Fatina 6hb hehe
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir, Mek. Semoga dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki, bahagia disamping keluarga selalu. :)
Fatina Mudz || Amazing Distance
hAPPY Birthday Mek, semoga dimurahkan rezeki dan happy selalu :D
ReplyDeleteHbb mek
ReplyDeleteSemoga sentiasa di dalam rahmat-Nya
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki mek ya
ReplyDeletesanah helwah mek
ReplyDeleteSemoga sentiasa di dalam rahmat-Nya
sweet 27 th Mek ! Belum warga tua lagi ni hehehe. Btw akk doakan Mek di pjgkan umur, dimurahkan rezeki melimpah ruah dan sentiasa bahagia bersama org tersayang !
ReplyDeletesama hari lahir dengan adik cik ash hihihi.. bulan ni ramai lahir julai dlm family cik ash
ReplyDeleteyeay baru 27 tahun..muda lagi tu. jauh lagi perjalanan in sya Allah
ReplyDeleteSelamat hari lahir belated mek... sori lambat wish... bulan yg bz x sempat nak tgk ig story mek... semoga mek diberi kesihatan yg baik, sentiasa ceria, yg ptg ai suka u punya power talk... hehe....
ReplyDeletelama aida x jejak sini :)
ReplyDeletehappy birthday, mek.
muda sgt nih...
moga kekal sihat & cantik!