Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Genting Highland Premium Outlets, pertama kali mek jejakkan kaki ke sini. Dari perancangan awal lagi memang ke Genting Highland masukkan dalam senarai must visit Genting Highland Premium Outlets. Tambah lagi percutian ke Genting Highland ini bersama #travelbuddy mek maka tentunya ia akan bertambah seronok sebab kami berdua pertama kali ke sini. Dalam kepala dah fikir mana outlet yang kami nak pergi (tentunya outlets yang mampu milik sahaja akan kami jejaki).
Daripada awal juga kami merancang untuk ke Genting Highland Premium Outlets ini selepas kami check out daripada First World Genting Hotel. Dan dari awal juga kami merancang untuk ke Genting Highland Premium Outlets ini dengan cable car (baru lah terasa datang Genting Highland). Pun begitu, rezeki kami pada kunjungan kali ini tidak dapat menaiki Cable Car Awana SkyAway (yang dari Sky Avenue terus ke Genting Highland Premium Outlets). Maka terpaksa lah kami menaiki cable car yang lama, turunnya di stesen Goh Tong Jaya.
Dari Stesen Goh Tong Jaya kami perlu menunggu bas yang akan ada setiap 15 minit (tapi biasa lah Malaysia, jangan percaya sangat 15 minitnya tu) untuk ke Genting Highland Premium Outlets. Nasihat mek pada korang yang ingin ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan cable car yang lama, tak usah lah ye. Kalau korang solo ranger then its okei. Tapi kalau korang dengan anak-anak kecil lebih baik korang naik atau turun ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan kenderaan masing-masing. Atau tempah sahaja grab untuk memudahkan perjalanan korang.
What to do in Genting Highland Premium Outlets
Bila dah sampai di Genting Highland Premium Outlets memang hati agak terubat juga dengan keselesaan yang disediakan di sini. Boleh duduk, ada banyak outlets nak membeli (tujuan utama tidak akan dilupuskan akibat mood swing tunggu bas) dan juga tempat makan yang mesra dengan anak-anak kecil. Bila sampai terus kami cari food court Genting Highland Premium Outlets untuk isi perut sebelum menjelajah apa yang ada di sini.
Bab makan, sistem yang digunakan di food court Genting Highland Premium Outlets adalah cashless. Korang perlu beli kad yang disediakan di situ untuk membeli makanan. Jangan risau, tak cukup boleh topup dan boleh cash-kan balik jumlah yang ada di dalam kad tadi. Harga makanan pula standart harga untuk food court di premium outlets. Tak mahal tak murah. Janji makanan sedap boleh ditelan berbaloi dengan harga. Oh di sini juga ada Marrybrown kot korang cari fast food yang ada.
Selain daripada makan tentunya shopping ! Rambang mata dengan sales yang dibuat oleh mereka. Tapi walaupun sales tetap juga mahal sebab harga asal pun dah cecah ribuan ringgit. Kalau korang jenis ‘brand tag’, Genting Highland Premium Outlets ini memang untuk korang. Untuk mek yang jenis ‘tak berapa nak brand tag’ masuk je outlet cari yang harga murah (murah tu maknanya range harga yang kita rasa okei). Kalau nak harapkan murah sangat baik korang pergi mall sebab di sini takkan semurah di mall.
Yang paling penting korang enjoy sahaja lah apa yang ada di Genting Highland Premium Outlets ni. Kalau tak nak shopping boleh window shopping. Kalau tak nak window shopping boleh makan makan di sini. Kalau tak nak makan boleh bergambar dengan view yang cantik di sini. Kalau tak nak juga bergambar, jangan masukkan Genting Highland Premium Outlets dalam senarai must visit korang. Okei, gurau je. Apa-apa pun rating mek untuk Genting Highland Premium Outlets adalah empat [4] daripada lima [5].
Senarai outlets yang ada di Genting Highland Premium Outlets
Genting Highland Premium Outlets ada dua level tapi dengan banyak wing. Sebelah kanan, tengah dan juga kiri. Satu-satu wing memang banyak outlets (mek sendiri pun tak sempat nak kira ada berapa sebab terlampau ralit sangat tengok outlets mana yang boleh serbu). Yang sempat mek masuk hanya empat [4] atau lima [5] sahaja. Yang lain hanya lalu dan pandang sepi je lah. Of course yang pandang sepi itu outlets yang cecah ribuan ringgit per item.
Untuk senaraikan outlets yang ada di Genting Highland Premium Outlets ini memang banyak sangat sebab mereka mempunyai seratus lima puluh [150] outlets keseluruhan. Dengan sebanyak itu outlets di Genting Highland Premium Outlets korang akan dapat menyaksikan outlets yang berjenama mahal. Nama pun lagi premium, kan. Bila masuk outlets tu pun orang layan macam VVIP. Tapi ada juga outlets yang depa tak layan kita macam VVIP.
Info lanjut Genting Highland Premium Outlets
Google Maps ke Genting Highland Premium Outlets
Boleh juga ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan cable car jika korang daripada Sky Avenue, Genting Highland.
Call @036101118 untuk tahu pengoperasian cable car Awana SkyWay, Genting Highland.
Waktu pengoperasian :
Dibuka setiap hari
10.00 pagi - 10.00 malam
Follow IG Genting Highland Premium Outlets
Follow FB Page Genting Highland Premium Outlets
Website Genting Highland Premium Outlets
Sekian ..
Rawlins naik ke sini untuk view dan window shopping je. Nak membeli belah barangan sukan kat sini murah la, yang lain tu just mampu jeling je haha
ReplyDeleteSaya kalau datang premium outlet pun tengok tengok aje. Tak beli apa-apa.. kekeke.. Tengok dompet sendiri la juge. Tapi bagus la sini sebab ada semua sekali dalam satu tempat. Senang nak cari apa2... cuma banyak gila la kedai dia. Tak larat tengok semua.
ReplyDeletePernah pergi sini tak lama dulu. Memang best sangat sebab banyak benda boleh dapat dan cuaca dia pun cool je. Hihi. Tapi mostly sebab window shopping jugaklah. Saja feeling-feeling. 😂
ReplyDeleteTahun lepas saya berkesempatan naik sky way glases takut tu memang ada sebab dekat glass boleh nampak pemandangan dibawah, tapi bila dah naik perasaan takut berubah jadi seronok pula
ReplyDeleteSeronoknya kak bershopping. Nampak anak-anak semua gembira sekali. Semoga ia dapat merapatkan hubungan antara anak dan ibu bapa.
ReplyDeleteAirah tak pernah ke genting highland. Selalu tengok orang pergi macam best je. Mungkin boleh plan untuk next trip
ReplyDeleteTak pernh pergi lagi Genting Premium Outlets ni..bestnya dia dah dpaat pergi..orang jauh dah pergi..hehee..dekat situ memng harga mahal juga orang caka, tapi saje nak cuci mata tak salah pun masuk
ReplyDeleteBanyaknkali pergi Genting Highland tapi belum sampai GPO lagi. Nak kabel car pun tak pernah tau tapi kalau pergi Genting memang best kan. Cuma kalau nak shopping situ memang taklah sebab harga boleh tahan mahal
ReplyDeleteDah lama tak ke Genting Highlands jadi bila baca ni baharu tau ada premium outlet di sana... teeima kasih berkongsi cerita yg menarik dan santai.
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan ke Genting! Naik cable car mesti menarik dan mengujakan kan. Harap-harap nanti ada peluang sampai ke sini :)
ReplyDeleteWah bestnya pegi Genting. Syira tak pernah pegi hehehe syoknya dapat naik cable car. Nanti nak bawak la family
ReplyDeleteSuka Genting premium outlet ni sebab sejuk.. Hahahha.. Eh kenapa cable car yg tu tutup ehh
ReplyDeleteDak pergi ke genting banyak kali, tapi tak pernah tengok Premium Outlet. Maybe this coming travel nak pergi check kat sana. Paling excited nak try cable car ðŸ˜
ReplyDeleteGenting x pernah lagi pergi. Teringin nak pergi nanti dgn famili
ReplyDeleteTak pernah jejak kaki ke genting... Apatah lagi ke premium outlet ni... Tapi mmg ada cadang nak mai genting nnti.. Sebab tgh tunggu husband betul2 free dan dpt cuti laama dia.. Hihi
ReplyDeleteNak jalan-jalan sambil window shopping okay la tempat ni. Then snap gambar sebab tempat dia cantik. Kalau nak soping tu... better ikut poket masing-masing la. Hahahaha...
ReplyDeletesetakat ni tak pernah lagi saya menjejakkan kaki ke genting highland ni. teringin jugak, tapi ken ada bajet yang banyak. baru lah best nak bershopping kan? haha
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai sini tapi memang teringin nak ke sini. Suami cakap tunggulah nanti awal tahun depan kot. Tahun ni full dah schedule. Tapi still jelez dengan orang yang dah naik ke atas sana. I dah dekat 3 tahun dah tak jejak genting
ReplyDeletesekali sekala naik cable car best jugak.
ReplyDelete