PESTA THAI KOTA BHARU DI AEON MALL KOTA BHARU 30 JULAI HINGGA 04 OGOS 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Thai Kota Bharu memang tidak asing lagi di Kelantan. Malah setiap tahun mungkin dua atau tiga kali Pesta Thai Kota Bharu ini akan berulang di Kota Bharu, Kelantan. Akui, makanan di Kelantan kebanyakkannya dipengaruhi oleh negara jiran iaitu Thailand, namun semestinya masakan asli daripada negaranya adalah yang original. Siapa yang tak kenal dengan Tom Yam Thailand, pedas, pekat, masam - pendek kata, kaw habis !

Mek agak bertuah kerana mengajak spouse ke AEON Mall Kota Bharu pada 30 Julai 2019, sempena cuti Pertabalan YDP Agong. Pada awalnya mek tak tahu pula sedang berlansungnya Pesta Thai Kota Bharu diperkarangan AEON Mall Kota Bharu. Lepas dah pusing satu mall, dah nak balik dah pun tetiba dengar pengumuman katanya sedang berlansung Pesta Thai Kota Bharu di perkarangan AEON Mall Kota Bharu. Jadi, apa lagi. mestilah terus terjah.

Info berkaitan Pesta Thai Kota Bharu :

Lokasi :

Perkarangan AEON Mall Kota Bharu

Tarikh :

30 Julai sehingga 04 Ogos 2019

Bilangan gerai :

+- 40 gerai yang terlibat

Jenis barangan jualan :

Makanan dan minuman daripada Thailand.
Produk kraftangan Thailand.
Seller original Thailand.

Perbezaan dengan Pesta Thai Kota Bharu sebelum ini :

Pesta Thai Kota Bharu di AEON Mall Kota Bharu fully organized oleh kedutaan Thailand, bukan melalui orang tengah yang buat roudtour Pesta Thai di semua negeri.
Pesta Thai Kota Bharu di AEON Mall Kota Bharu ini 98% original Thailand.

Sedikit gambaran mengenai Pesta Thai Kota Bharu :


Tiger cry = harimau menangis, nama daging bakar bersama sos yang padu


Daging bakar bersama pencicah padu pedas masam masin manis


Somtam, originally from Thailand 


Kerabu kerang, kerabu kaki ayam


Teh tarik Thailand, padu beb. Hanya mereka yang pernah rasa sahaja tahu bagaimana padunya


Kepelbagaian Kerabu, kecur liur tengok kerabu-kerabu ni


Original Aiskrim Kelapa, rasa lemak manis


Aiskrim kelapa asli, pelbagai topping


Pulut mangga, RM7 untuk satu bekas


Churos dengan pelbagai perisa


Hasil kraftangan Thailand


Baby Crab, pelbagai perisa. Di goreng rangup


Ayam Bakar Susu, ramai bagi feedback di FB yang ni paling sedap, rugi tak cuba


Salad organic, hasil tanaman yang organic


Kedai kopi yang di - brew OTS


Somtam, nampak simple, sekali makan berdesip


Kopi ni hampir sama dengan Starbucks, padu Latte nya


Sawaddika

Kalau korang berkelapangan, boleh la ke Pesta Thai Kota Bharu. Bagi mek yang tak asing lagi dengan Pesta Thai ini memang rasanya biasa-biasa sahaja tapi kalau korang yang betul-betul nak merasa bagaimana masuk 'pasar Thailand' di Kota Bharu, boleh jemput ke perkarangan AEON Mall Kota Bharu. Paling tidak pekena Som Tam original Thailand, barulah tak cukup air nak bagi hilang pedas. Gituu. 

Sekian ..

PHOTOSHOOT INDOOR PLAYGROUND

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Entah angin apa melanda mek, tetiba rasa nak buat photoshoot gambar anak-anak di indoor playgorund. Kami ke sini tanpa dirancang pun sebenarnya. Hajat sebenar nak pekenakan pulut durian dan pulut mangga di kedai sebelah. Tapi disebabkan Amani dan Amzar dah lama mintak untuk bermain di sini, maka mek turutkan pada kali ini memandangkan masa yang mengizinkan. Sedikit info mengenai kedai ini :

Nama kedai : 
tak sure

Lokasi kedai : 
Tepi restoren Thai Malay Rantau Panjang

Harga : 
RM5 per seorang untuk 2 jam

Jenis mainan yang ada : 

gelongsor
trampolin
lego
motor kuda-kuda
mini kitchen
punch bag

Untuk setakat yang mek kunjungi, alhamdulillah okei. Tak serabut sangat dan memang anak enjoy dengan enviroment yang ada di dalam kedai ini. Untuk repeat itu mungkin tapi kena bawa lebih ramai kawan-kawan so baru anak mek terbuka minda sikit nak bermain. Kalau tak dia berebut nak naik motor je. Punya banyak mainan tapi diaorang tak very expose dengan indoor playground. Mungkin next mek kena adakan indoor playground ni sebagai aktiviti berkala untuk Amani dan Amzar.


Gambar keseluruhan dalam kedai, tapi part lego tak muat gambar


First attempt, tempat bola-bola


Dan semestinya gambar baring dalam bola


Gelongsor


Kereta kuda


Sesi memanjat, tapi tak berjaya sebab licin


Part paling fun dan lama, lego site


Feeling Legoland


Paling banyak main lego


OOTD with new stokin


OOTD untuk abang also

Sekian ..

TERA SKINCARE BANTU PULIHKAN KULIT WAJAH


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dalam entry beauty kali ini, mek nak kongsikan satu lagi set penjagaan kulit wajah yang kian viral / menular pada masa kini disebabkan keberkesanannya yang mengatasi masalah kulit wajah dengan begitu baik sekali. Maklumlah, kita sebagai orang perempuan memang begitu menitik beratkan masalah kulit wajah supaya kita tampil di khalayak ramai dengan penuh yakin tanpa perlu malu dengan masalah kulit wajah yang kita ada. Hanya orang yang mengalami sahaja tahu bagaimana beratnya rasa untuk berhadapan dengan sanak saudara, lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayangi.


memperkenalkan, satu set penjagaan kulit wajah yang baharu untuk merawat kulit wajah - TERA SKINCARE

Apa yang ada dalam set Tera Skincare :

Untuk satu set Tera Skincare ada 4 produk yang asas untuk korang rawat kulit wajah korang menjadi lebih sihat. Dan 4 produk tersebut adalah :


Carrot Soap

Berperanan untuk mencerahkan kulit serta mengecilkan pori. Untuk Carrot Soap ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Flawless Day Cream

Ini paling best, Flawless Day Cream yang mengandungi SPF 30, mampu untuk menjaga kulit wajah daripada sinaran UV, yang mampu juga untuk mencegah kulit daripada menjadi berminyak dan kering. Sesuai untuk dijadikan sebagai makeup based setiap pagi.


Stardust Night Cream

Krim malam yang mampu merawat kulit wajah dengan melicinkan, melembutkan, memudarkan jeragat dan menghapuskan jerawat. Pendek kata, Stardust Night Cream Tera Skincare untuk merawat kulit wajah menjadi lebih baik.


Soft Pearl Peeling Toner

Yang ini peranan utama dalam menjadikan kulit korang kembali baharu. Soft Pearl Peeling Toner berperanan untuk menanggalkan kulit mati pada wajah korang dan ianya juga akan meransang untuk pertumbuhan sel kulit wajah yang baharu. Proses ini mungkin akan menggelupaskan kulit wajah korang dalam tempoh dua minggu.


3 langkah mudah atasi masalah kulit wajah dengan set Tera Skincare

3 langkah mudah ini kalau korang implement / istiqamah dengan sebetulnya memang insyaAllah hasilnya akan dapat dalam masa dua minggu sahaja. 3 langkah mudah dengan Tera Skincare adalah :

Rutin pagi ; bangun sahaja dari tidur, bersihkan muka dengan Carrot Soap Tera Skincare. Kemudian sembur / apply Soft Pearl Peeling Toner Tera Skincare sebelum sapu Flawless Day Cream Tera Skincare. Hadapi cabaran seharian dengan penuh bersemangat.

Rutin malam ; sebelum tidur, bersihkan muka dengan Carrot Soap Tera Skincare kemudian sapukan Stardust Night Cream Tera Skincare bagi memberi rawatan semasa kulit wajah berehat pada waktu malam. Tidur dengan lena.


Kulit lebih glowing dan sihat dengan TERA SKINCARE

Mudah bukan? Mungkin antara kita sudah banyak yang mencuba produk untuk merawat masalah kulit wajah. Bagi yang masih lagi belum menemui produk yang betul-betul sesuai dengan korang, Tera Skincare antara produk yang diyakini pada masa kini. Untuk sebarang pembelian korang boleh buat di Shopee atau lebih senang ke IG rasmi Tera Skincare untuk dapatkan info sah dan nasihat-nasihat khusus buat mereka yang inginkan kulit yang benar-benar bebas dari masalah kulit wajah.

Sekian ..

SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION UNTUK KULIT KERING DAN KUSAM


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Skincare Malaysia kalau yang mek percaya dan ingin mencuba setiap keluarannya, salah satu daripada mereka adalah produk keluaran Safi. Memang semenjak usia mek awal dua puluhan lagi Safi adalah rangkaian produk penjagaan wajah yang mek percaya dan guna. Yang wajib mek guna adalah pelembab muka. Bermula dengan pelembab muka Safi yang dirumus menggunakan gamat serta habbatus sauda. Yang ini memang buatkan kulit mek menjadi lembab serta moisturise dengan sempurna bila dipakai dengan makeup.


Pelembab muka baharu dari Safi, Safi Oxywhite Hydrating Lotion

Begitu yakin dengan pelembab muka Safi, ketika mengandungkan anak pertama juga mek menggunakan pelembab muka Safi untuk mengelakkan rekahan pada tumit serta siku. Terbukti ianya berkesan 100%. Pun begitu, seiring dengan peredaran zaman, Safi telah melancarkan beberapa siri pelembab muka dan terbaharu adalah Safi Oxywhite Hydrating Lotion. Sebagai pengguna tegar Safi semestinya mek akan mencuba Safi Oxywhite Hydrating Lotion bagi mengetahui sejauh mana keberkesanannya terhadap kulit wajah mek.


Mengekalkan lembapan kulit wajah walaupun berada di suhu berhawa dingin

Siapakah yang wajar untuk menggunakan Safi Oxywhite Hydrating Lotion :

Pelembab muka memang diperlukan oleh semua orang, tak terkecuali walaupun kulit korang di ‘label’ sebagai normal skin yakni kulit yang sihat lagi mulus. Tapi pendekkan cerita, mek senaraikan kepada korang siapa yang patut menggunakan Safi Oxywhite Hydrating Lotion :

Kulit wajah yang terdedah kepada sinaran UV.
Kulit wajah yang 70 - 80% berada dalam suhu berhawa dingin.
Kulit wajah yang jenis kering.
Kulit wajah yang kusam akibat tona tidak sekata.
Kulit wajah yang sensitif kepada penggunaan serum.
Kulit wajah yang kerap di solek.


Protection dan Hydration yang tinggi untuk kulit wajah

Isi kandungan Safi Oxywhite Hydrating Lotion :

Macro Hyaluronic Acid
Nano Hyaluronic Acid
Bio Hyaluronate
Oligo Hyaluronic Acid
Super Nano Hyaluronic Acid

Gabungan kesemua ini akan menjadikan kulit wajah korang dua kali lebih lembapan supaya ianya kekal sepanjang hari walaupun korang tertedah kepada sinaran UV mahupun berada sepanjang hari dalam suhu berhawa dingin. Disebabkan molekul-molekul Safi Oxywhite Hydrating Lotion diperbuat daripada Macro dan Nano, pelembab Safi Oxywhite Hydrating Lotion ini mudah meresap di dalam kulit sekaligus tidak melekit pada kulit wajah.


Tampil yakin dan segar bersama Safi Oxywhite Hydrating Lotion

Hasil daripada menjadikan Safi Oxywhite Hydrating Lotion sebagai rutin selama 7 hari :

Memberikan kelembapan kepada kulit wajah supaya sentiasa optimum.
Memberikan kesan pencerahan kepada kulit wajah bagi mengelakkan daripada tona tidak sekata.

Bagi mek, Safi Oxywhite Hydrating Lotion yang dikeluarkan ini berfungsi seperti apa yang dijanjikan. Ianya begitu berkesan kepada kulit mek dengan terbuktinya bila apply makeup pada kulit wajah, solekan tampak lebih segar dan cantik tanpa berkecapuk. Kiranya makeup yang mek apply nampak ‘sekulit’ dengan tona kulit mek. Yang penting kulit wajah kita terjaga dan sihat. Korang yang belum mencuba Safi Oxywhite Hydrating Lotion, boleh berbuat demikian dengan membuat pembelian melalui drugstore yang berdekatan. Paling senang boleh juga dapatkan di Shopee.

Sekian ..

BERSIHKAN WAJAH SEHINGGA 98% DENGAN SAFI MICELLAR NATURAL CLEANSING WATER


Salam alaikum untuk sahabat blogger sekalian ..

Perempuan mesti kena pentingkan penjagaan wajah. Cowboy lah macam mana sekalipun, mesti muka nak bersih. Kalau tak nak secalit solekan pun mesti nak kulit sihat. Cowboy maksud mek tadi adalah untuk perempuan yang lansung tak suka solekan di wajahnya. Apatah lagi bagi kaum wanita yang sentiasa dihiasi dengan solekan walaupun tipis di bahagian muka. Tentunya kalau tak dibersihkan dengan sempurna, kulit muka akan mudah untuk menerima tetamu yang tidak diundang. Risau, kan?
  

Safi Micellar Natural Cleansing Water, pembersih makeup sehingga 98%

Pembersih muka yang kita selalu gunakan, tak kisah apa jenama sekalipun takkan mampu untuk tanggalkan solekan di kulit wajah kita. Takkan mampu tanggal sepenuhnya lipstick, eyeliner ataupun maskara bahkan foundation juga. Lebih-lebih lagi jika antara mereka itu bersifat ‘waterproof’ bertambahlah kedegilannya untuk hilang dari wajah. Tapi kini tidak risau lagi dengan adanya pembersih makeup Safi Micellar. Di datangkan dengan 3 pilihan mengikut keperluan kulit wajah, mek yakin pembersih makeup Safi Micellar akan membersihkan kulit wajah sehingga 98%.


Pembersih makeup Safi Micellar Cucumber

Untuk semua jenis kulit yang tiada alahan atau masalah umum pada wajah. Pembersih makeup Safi Micellar Cucumber lebih kepada membersihkan wajah dan melembabkan kulit muka supaya kekal segar dan sihat.


Pembersih makeup Safi Micellar Neem

Untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak serta berjerawat. Pembersih makeup Safi Micellar Neem berfungsi untuk membersihkan kulit wajah serta mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah serta membasmi kuman bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat.


Pembersih makeup Safi Micellar Rose

Untuk mereka yang berkulit normal dan kombinasi. Fungsi pembersih makeup Safi Micellar Rose lebih kepada membersihkan kulit wajah dan mengecilkan liang pori di kulit wajah supaya tampil lebih mulus.


Untuk mek, pembersih makeup Safi Micellar Cucumber


Titiskan pembersih makeup Safi Micellar pada kapas, mengikut kegunaan


Membersihkan kosmetik pada wajah dengan berkesan, membersihkan kulit wajah sehingga 98%

Bagus kan setiap pembersih makeup Safi Micellar dirumuskan khas untuk setiap jenis kulit. Barulah ianya sesuai dengan diri masing-masing. Dalam nak bersihkan kulit wajah, tentunya kesihatan kulit juga perlu dititik beratkan. Barulah bila pakai makeup, kulit wajah kelihatan segar dan bermaya, keyakinan akan lebih terserlah. Kalau kulit tak sihat, bila makeup pun akan kulit tak sihat contohnya rembesan minyak pada muka secara berlebihan. Tentunya akan merimaskan korang untuk mendepani rutin seharian. Jadi, jangan lupa untuk membersihkan muka korang dengan pembersih makeup Safi Micellar untuk tampil dengan lebih yakin.

Sekian ..

GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLET REVIEW

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Genting Highland Premium Outlets, pertama kali mek jejakkan kaki ke sini. Dari perancangan awal lagi memang ke Genting Highland masukkan dalam senarai must visit Genting Highland Premium Outlets. Tambah lagi percutian ke Genting Highland ini bersama #travelbuddy mek maka tentunya ia akan bertambah seronok sebab kami berdua pertama kali ke sini. Dalam kepala dah fikir mana outlet yang kami nak pergi (tentunya outlets yang mampu milik sahaja akan kami jejaki).









Daripada awal juga kami merancang untuk ke Genting Highland Premium Outlets ini selepas kami check out daripada First World Genting Hotel. Dan dari awal juga kami merancang untuk ke Genting Highland Premium Outlets ini dengan cable car (baru lah terasa datang Genting Highland). Pun begitu, rezeki kami pada kunjungan kali ini tidak dapat menaiki Cable Car Awana SkyAway (yang dari Sky Avenue terus ke Genting Highland Premium Outlets). Maka terpaksa lah kami menaiki cable car yang lama, turunnya di stesen Goh Tong Jaya.





Dari Stesen Goh Tong Jaya kami perlu menunggu bas yang akan ada setiap 15 minit (tapi biasa lah Malaysia, jangan percaya sangat 15 minitnya tu) untuk ke Genting Highland Premium Outlets. Nasihat mek pada korang yang ingin ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan cable car yang lama, tak usah lah ye. Kalau korang solo ranger then its okei. Tapi kalau korang dengan anak-anak kecil lebih baik korang naik atau turun ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan kenderaan masing-masing. Atau tempah sahaja grab untuk memudahkan perjalanan korang.

What to do in Genting Highland Premium Outlets


Bila dah sampai di Genting Highland Premium Outlets memang hati agak terubat juga dengan keselesaan yang disediakan di sini. Boleh duduk, ada banyak outlets nak membeli (tujuan utama tidak akan dilupuskan akibat mood swing tunggu bas) dan juga tempat makan yang mesra dengan anak-anak kecil. Bila sampai terus kami cari food court Genting Highland Premium Outlets untuk isi perut sebelum menjelajah apa yang ada di sini.









Bab makan, sistem yang digunakan di food court Genting Highland Premium Outlets adalah cashless. Korang perlu beli kad yang disediakan di situ untuk membeli makanan. Jangan risau, tak cukup boleh topup dan boleh cash-kan balik jumlah yang ada di dalam kad tadi. Harga makanan pula standart harga untuk food court di premium outlets. Tak mahal tak murah. Janji makanan sedap boleh ditelan berbaloi dengan harga. Oh di sini juga ada Marrybrown kot korang cari fast food yang ada.





Selain daripada makan tentunya shopping ! Rambang mata dengan sales yang dibuat oleh mereka. Tapi walaupun sales tetap juga mahal sebab harga asal pun dah cecah ribuan ringgit. Kalau korang jenis ‘brand tag’, Genting Highland Premium Outlets ini memang untuk korang. Untuk mek yang jenis ‘tak berapa nak brand tag’ masuk je outlet cari yang harga murah (murah tu maknanya range harga yang kita rasa okei). Kalau nak harapkan murah sangat baik korang pergi mall sebab di sini takkan semurah di mall. 


Yang paling penting korang enjoy sahaja lah apa yang ada di Genting Highland Premium Outlets ni. Kalau tak nak shopping boleh window shopping. Kalau tak nak window shopping boleh makan makan di sini. Kalau tak nak makan boleh bergambar dengan view yang cantik di sini. Kalau tak nak juga bergambar, jangan masukkan Genting Highland Premium Outlets dalam senarai must visit korang. Okei, gurau je. Apa-apa pun rating mek untuk Genting Highland Premium Outlets adalah empat [4] daripada lima [5].






Senarai outlets yang ada di Genting Highland Premium Outlets

Genting Highland Premium Outlets ada dua level tapi dengan banyak wing. Sebelah kanan, tengah dan juga kiri. Satu-satu wing memang banyak outlets (mek sendiri pun tak sempat nak kira ada berapa sebab terlampau ralit sangat tengok outlets mana yang boleh serbu). Yang sempat mek masuk hanya empat [4] atau lima [5] sahaja. Yang lain hanya lalu dan pandang sepi je lah. Of course yang pandang sepi itu outlets yang cecah ribuan ringgit per item.

Untuk senaraikan outlets yang ada di Genting Highland Premium Outlets ini memang banyak sangat sebab mereka mempunyai seratus lima puluh [150] outlets keseluruhan. Dengan sebanyak itu outlets di Genting Highland Premium Outlets korang akan dapat menyaksikan outlets yang berjenama mahal. Nama pun lagi premium, kan. Bila masuk outlets tu pun orang layan macam VVIP. Tapi ada juga outlets yang depa tak layan kita macam VVIP.


Info lanjut Genting Highland Premium Outlets

Google Maps ke Genting Highland Premium Outlets

Boleh juga ke Genting Highland Premium Outlets menggunakan cable car jika korang daripada Sky Avenue, Genting Highland.
Call @036101118 untuk tahu pengoperasian cable car Awana SkyWay, Genting Highland.

Waktu pengoperasian :
Dibuka setiap hari
10.00 pagi - 10.00 malam

Follow IG Genting Highland Premium Outlets

Follow FB Page Genting Highland Premium Outlets

Website Genting Highland Premium Outlets

Sekian ..