Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Sambungan daripada mek ceritakan tentang The Shore VR &
AR Interactive Park Melaka, kali mek nak ajak korang masuk ke The Shore
Oceanarium Melaka pulak. Untuk akses ke sini tak perlu gunakan kereta pun sebab
The Shore Oceanarium Melaka hanya bersebelahan sahaja dengan The Shore VR &
AR Interactive Park Melaka. Dalam bangunan yang sama dan pada aras yang sama.
Kalau korang ingat, harga untuk dewasa RM40 dan kanak-kanak RM30, boleh di
akses juga di The Shore Oceanarium Melaka. Jimat !
Konsep yang di bawakan oleh The Shore Oceanarium Melaka
adalah tidak sama dengan The Shore VR & AR Interactive Park Melaka. Kalau
mengikut suku kata Oceanarium itu, mungkin korang dah boleh agak apa yang bakal
korang lihat di The Shore Oceanarium Melaka ini. Mungkin beberapa hidupan laut
yang korang tidak pernah lihat? Atau mungkin hidupan laut yang korang tak
pernah sentuh? Pastinya setiap pameran hidupan laut yang ada di Malaysia ini
ada keunikan mereka tersendiri. Lebih-lebih lagi di The Shore Oceanarium
Melaka, yang paling terbaharu di Malaysia.
Setiap pembelian tiket yang mengakseskan korang ke The Shore
Oceanarium Melaka, korang akan dapat satu kertas untuk dicop bagi mendapatkan
jawapan yang betul. Ala, senang katanya jawab soalan kuiz yang diberikan itu.
Tak susah sebab semua jawapan dah tersedia di setiap sudut informative di dalam
The Shore Oceanarium Melaka. Setiap yang dapat jawab kuiz tersebut dengan
cemerlang akan diberikan satu keychain The Shore Oceanarium Melaka yang
bernilai RM5 kalau tak silap mek. Seingat mek, masa sesi skodeng cenderahati di
kedai cenderahati The Shore Oceanarium Melaka, terpandang harga keychain
tersebut. Apa-apa pun, anak-anak pasti menyukainya.
Lepas dah tunjukkan tiket, korang akan diajak untuk
bergambar terlebih dahulu. Foto ini akan dijual kepada korang bila korang
keluar nanti. Harga macam biasa di tempat pelancongan, korang boleh pilih untuk
membeli ataupun tidak. Kalau beli pun, apa salahnya. Cantik untuk buat kenangan
di The Shore Oceanarium Melaka. Bahagian kedua yang korang akan tinjau adalah
tempat hidupan laut yang korang tak biasa pegang tapi dibenarkan pegang di The
Shore Oceanarium Melaka. Memang teruja sangat bila mek sendiri dan anak-anak
dapat pegang Ikan Yu, Ikan Pari dan beberapa hidupan lain. Baru tahu jenis
kulit mereka, licin ataupun kasar.
Bahagian seterusnya korang dah boleh mula untuk menjawab
kuiz yang dibekalkan tadi. Bermula daripada sini korang akan mula menumpu lebih
perhatian kepada setiap sudut informatif yang ada bagi mendapatkan jawapan.
Bagi mek, ini adalah satu kelebihan yang The Shore Oceanarium Melaka tonjolkan.
Tanpa kuiz, korang takkan baca sepenuhnya sudut informatif yang ada. Untuk anak
mek, memang diaorang akan teruja untuk melihat dan menyentuh setiap hidupan
laut yang ada. Namun mek pasti untuk mereka yang dah mula bersekolah
sehinggalah kita yang dewasa, kuiz sebegini merupakan salah satu ‘quest’ yang
menyeronokkan !
Selain daripada menjawab soalan kuiz, korang juga pasti akan
teruja untuk bergambar dengan hidupan laut yang ada di The Shore Oceanarium
Melaka. Hidupan di sini mungkin tidak begitu asing dengan kita. Kebanyakkannya
yang kita pernah dengar ataupun pernah lihat. Namun cara The Shore Oceanarium
Melaka meletakkan mereka di dalam akuarium yang kecil, yang besar dan beberapa
lagi jenis akuarium itu menjadikan satu-satu sudut amat cantik untuk bergambar.
Tambah pula jika gambar yang korang ambil itu diabadikan di dalam Photobook,
boleh tunjuk pada anak-anak bila mereka dah dewasa nanti.
Ingat lagi pada cermin mata 3D yang kita dapat di kaunter
pembelian tiket? Selain daripada menggunakannya di The Shore VR & AR
Interactive Park Melaka, cermin mata 3D tersebut juga dapat digunakan di dalam
The Shore Oceanarium Melaka. Tempat yang mek sempat guna adalah pada dua
bahagian iaitu satu di pawagam 3D menceritakan hidupan laut dan juga di Shark
Quest. Seronok dapat lihat tontonan 3D, tampak lebih nyata dan jelas. Itu
antara tempat yang korang tak boleh terlepas bila berkunjung ke The Shore
Oceanarium Melaka.
Tempat kedua terakhir sebelum korang keluar dari The Shore
Oceanarium Melaka adalah di tempat memberi ikan makan. Makanan ikan ni korang
kena beli RM10 sebungkus di bahagian kaunter tiket. Kalau tak nak beli pun tak
apa. Tapi kalau nak bagi anak peluang menabur makanan ikan, sambil tengok ikan
makan, boleh berbuat demikian di bahagian ini sahaja. Dalam ni yang mek perasan
ada Ikan Siakap. Lain-lain ikan mek tak berapa nak pasti dan kenal. Ikan di
bahagian ini semuanya ikan besar-besar. Dan bahagian akhir adalah kedai
cenderahati The Shore Oceanarium Melaka yang mana tempat untuk korang beli
cenderahati sebagai tanda kenangan di The Shore Oceanarium Melaka.
Info lanjut :
FB : @Oceanariummelaka
Alamat ;
Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Raya Pantai,
75100 Melaka.
Telefon : 062829966
Waktu pengoperasian ;
Setiap hari, 10.30 pagi hingga 9.00 malam
Google Maps :
Sekian ..
memang best tempat ni
ReplyDeleteDah beberapa kali singgah
Memang best kan tempat ni. Bukan je kiddos suka. Kita yang ibu bapa pun enjoy sekali. Banyak info ada kat sini
ReplyDelete