Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
The Shore VR & AR Interactive Park Melaka tempat lepak
kanak-kanak dan ibu bapa. Kunjungan mek ke Melaka kali ini membawa mek ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka memandangkan percutian yang melibatkan
kanak-kanak, pastinya tempat mereka juga perlu dilawati bagi memberi kenangan
dan juga memberi pelajaran. Sambil menyelam minum air, tak gitu. Lagi pula,
kanak-kanak selagi tak disuap dengan apa yang mereka minati memang takkan puas
dengan percutian tersebut.
Jadi, dengan bantuan rakan blogger mek bernama Rodiah
Amir, dia mencadangkan mek untuk ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka bagi
mengisi segment anak-anak dengan pengalaman yang berharga untuk mereka.
Sekurang-kurangnya dapat menarik minat mereka untuk sama-sama menikmati
percutian ini. The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ini tidak begitu jauh dari bandaraya
Melaka. Senang aje sekarang, taip sahaja The Shore VR & AR Interactive Park Melaka, ikut arahan
google maps, terus sampai.
The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ini berada di tingkat
3, Mall The Shore yang mana mereka juga bersebelahan dengan Swiss Garden Hotel
dan juga The Shore Hotel. Bagi korang yang dah menginap di sini, teramat
senanglah untuk akses ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka. Pastinya anak-anak
akan teruja untuk mencuba apa yang ada di The Shore VR & AR Interactive Park Melaka,
satu pengalaman yang mereka akan ingat serta membantu untuk tajamkan lagi daya
pemikiran mereka. Hebat, kan?
Tempat tarikan dalam The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ;
3D Cinema
360 VR Cinema
Kids Zone (Colouring and Kids VR Game)
Fishing Interactive
AR Interactive (Fruits Ninja)
Sebenarnya tempat untuk kanak-kanak mencuba di The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ada 4 (bagi kanak-kanak bawah 5 tahun). Untuk 360 VR
Cinema boleh aja kalau umur Amani nak cuba cuma kebanyakkan umur mereka masih
lagi takut untuk pakai 360 VR. Jadi di sini boleh lah mak ayah mencuba tonton
sendiri melalui 360 VR Cinema. Untuk 3D Cinema, setiap mereka yang masuk ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka akan dibekalkan dengan cermin mata 3D. Jadi
tontonan di 3D Cinema memang tampak lebih jelas dan ‘real’. Amani memang layan
sungguh dengan cerita yang dipersembahkan. Yelah, di rumah mana ada tontonan
3D. Mek pun turut teruja sama.
Untuk kanak-kanak, mereka akan lebih meluangkan masa di The Shore VR & AR Interactive Park Melaka pada bahagian Colouring dan Kids Vr Game,
Fishing Interactive dan juga Fruits Ninja AR Interactive. Di sini sahaja mek
luangkan masa hampir 1 jam 30 minit atas permintaan Amani yang sangat ralit
dengan Fishing Interactive dan Colouring. Amzar pula memang begitu bersemangat
dengan Kids Vr Game. Mek dengan spouse pula buat challenge untuk Fruits Ninja
AR Interactive. Biasa main di iPad sahaja sekarang boleh ‘beraksi’ ala gaya
wushu gitu di The Shore VR & AR Interactive Park Melaka.
Mek pasti, setiap ibu bapa yang membayar tiket The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ini tidak akan berasa rugi masa, tenaga dan wang
ringgit kerana dapat lihat kepuasan serta kegembiraan di wajah anak kita. Untuk
pengetahuan korang, konsep yang dibawakan The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ini
tidak akan didapati di mana-mana negeri selain Melaka Bandaraya Bersejarah ini.
Satu-satunya yang ada di Malaysia. Maka rugilah kalau korang dah ke Melaka tapi
tak bawa anak-anak ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka.
Menariknya tentang tiket untuk masuk ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka ini boleh dibeli secara kombo. Yang kombo mek akan cerita
lanjut di entry lain. Untuk harga kedua-dua tempat bagi satu dewasa berharga
RM40 dan kanak-kanak RM30 sahaja. Untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah
percuma sahaja. Bagi mek tiketnya berbaloi dan harga yang bertepatan dengan apa
yang diberikan oleh The Shore VR & AR Interactive Park Melaka. One and the only dalam
Malaysia kot.
Secara keseluruhan, The Shore VR & AR Interactive Park Melaka berjaya menarik perhatian Amani, Amzar, mek dan spouse untuk turut serta dalam
setiap aktiviti yang ada. Ini baru satu tempat tau, harga tiket yang dibeli
akan diberi akses kepada dua tempat untuk meneroka. Satu tempat lagi mek akan
cerita di lain entry. Paling penting, membawa anak-anak ke The Shore VR & AR Interactive Park Melaka bukan sekadar untuk mengisi masa percutian yang berguna
dengan anak-anak, malah memberi kesedaran kepada kita bahawa teknologi dunia kini
makin canggih dan kita perlu bersedia dengannya demi masa depan anak-anak kita nanti.
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah :
06-2829966
Sekian ..
No comments