SERVIS LAPTOP MURAH DI KL FR LAPTOP SERVICE


Salam alaikum sahabat blogger sekalian ..

Servis laptop murah di KL. Sebelum ini mek pernah kongsikan tentang format laptop murah di KL. Banyak juga maklumbalas yang mek terima mengatakan beberapa perkara menjadi punca ke arah format laptop itu yang selalu dibuat oleh kita semua, contohnya forced shut down yang mana kita buat macam tu sebab laptop kita dah hang dan kita rasa itu adalah cara yang paling baik untuk kita restart laptop kita. Tapi seperti yang dibincangkan sebelum ini, itulah yang menyebabkan kita akan berdepan dengan format laptop. Untuk entry kali ini, mek nak kongsikan pula bagaimana kita sebagai pengguna laptop nak pastikan laptop kita tidak hang, tidak cepat rosak, tidak akan out of service bila sebelum usianya. Beberapa perkara ini juga dianggap perkara remeh oleh pengguna laptop.


Apa yang dibuat ketika servis laptop

Perkhidmatan servis laptop ini dianggap leceh atau remeh kerana pada amatan pengguna laptop, apa sangat yang hendak di servis pada sebuah laptop. Banyak lagi barangan elektronik lain contohnya seperti telefon bimbit yang tak memerlukan servis khusus bagi penggunaan mereka. Mungkin anda betul tapi korang tak boleh samakan perkakasan elektronik seperti laptop dan telefon bimbit kerana ianya dua item yang berbeza serta dua item yang direka modelnya tidak sama sekali. Telefon bimbit fungsiannya juga sudah berbeza dengan fungsian laptop yang mana laptop mempunyai kipas untuk menyejukkan motherboard, mempunyai lubang angin untuk udara panas dari laptop keluar. Udara panas dalam laptop ini terhasil oleh penggunaan motherboard, RAM dan juga beberapa cip elektronik yang lain bagi menampung resolusi pengcahayaan yang jauh lebih tinggi daripada telefon bimbit.



Korang tahu mana nak dapatkan perkhidmatan servis laptop murah di KL? Pada kunjungan mek ke tempat servis laptop murah di KL iaitu di FR Laptop Service, mek telah mendapat rundingan dan nasihat daripada kakitangan mereka yang menyarankan mek untuk servis laptop mek di luar dan di dalam. Apakah yang dimaksudkan itu? Mungkin bagi korang yang tinggi ilmunya dalam bidang IT atau mahir dalam buka tutup laptop, korang rasa ianya boleh dibuat secara DIY (do it yourself) tapi bagi mek yang menjadi pengguna sesungguh pengguna ini, perkhidmatan servis laptop murah di KL amat membantu mek dalam penjagaan laptop mengikut spesifikasi yang sebenar. Antara rundingan dan nasihat yang mek dapat adalah :

Pencucian (nyah habuk) di dalam laptop, melibatkan kipas laptop, motherboard, RAM dan cip elektronik yang lain.

Pencucian (nyah apps tidak berguna) di dalam perisian laptop yang melibatkan anti virus yang tamat tempoh, apps yang tidak diperlukan, defragmented, peralihan data-data ke memory (hard disk) D dan lain-lain yang melibatkan tahap kelajuan dan performance sebenar laptop.

Tahap kepentingan untuk servis laptop

Kalau korang tanya mek yang tak berapa nak pakar dalam bidang IT ni pun mek akan bagitahu yang servis laptop ini amat penting. Daripada pengalaman mek menggunakan laptop sejak 2006, laptop nampak sahaja satu peralatan elektronik yang perlu menjaga perisiannya namun sebenarnya disebalik ‘cover’ laptop itu sendiri perlu juga penjagaan yang rapi. Dulu, masa budak-budak mana lah tahu yang laptop perlu diservis dan manalah ada kewujudan servis laptop murah di KL that time. Akhirnya laptop mek terkena dua biji jugak lah tersadai akibat kerosakan kipas dalaman menyebabkan laptop menjadi overheating dan akhirnya tak dapat diselamatkan lagi dia punya motherboard. Dah rosak otak, tak boleh nak format dah. Harga untuk baiki lebih kurang dengan harga laptop untuk beli yang baharu. Sayang, kan? Padahal baru je guna dalam dua tahun. Maka, setelah mek mendapat kesedaran, laptop mek akan diservis pada setiap enam bulan. Kalau korang nak tahu, laptop atau PC di pejabat kerajaan atau swasta juga akan diservis secara berkala bagi mengelakkan berlakunya kerosakan tanpa sedar.



Servis laptop murah di KL, FR Laptop Service

Mek bersyukur dipertemukan dengan FR Laptop Service kerana menjumpai satu tempat untuk servis laptop murah di KL walaupun mek perlu ke Kuala Lumpur untuk dapatkan perkhidmatan ini. Bagi mek sambil menyelam minum air, kan. Sambil berkunjung ke Kuala Lumpur sambil juga dapatkan servis laptop murah di KL iaitu di FR Laptop Service. Benarlah jika kita berpuas hati dengan satu-satu perkhidmatan, yang jauh pun akan dikunjungi. Korang yang nak dapatkan servis laptop murah di KL juga boleh berkunjung ke FR Laptop Service. Kalau korang tak berkesempatan untuk berkunjung ke kedai mereka, korang boleh minta untuk dapatkan runner bagi mengambil laptop korang. Dalam membekalkan servis laptop murah di KL, FR Laptop Service juga tidak lupa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. Yelah, kalau pelajar yang tak ada pengangkutan sendiri, yang betul mengharapkan pengangkutan awam sahaja, agak susah kan?



Kadang kita ada kesedaran untuk dapatkan perkhidmatan servis laptop namun kekangan masa untuk ke kedai pula menjadi punca laptop dibiarkan tidak ber-servis. Seperti mek perkatakan di atas tadi, laptop juga memerlukan penjagaan rapi untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pemiliknya. Jadi korang jangan lah segan dan silu untuk dapatkan servis laptop murah di KL yang hanya ada pada FR Laptop Service, tentu korang akan berpuas hati. Jaminan akan diberikan kepada pelanggan sekiranya selepas servis laptop masih lagi seperti sediakala. Nasihat-nasihat dalam penjagaan laptop juga akan diberikan kepada pelanggan bagi mengelakkan kerosakan berlaku.



Untuk lebih kepastian, korang boleh baca review mengenai servis laptop murah di KL oleh FR Laptop Service di google review dan juga di FB mereka. Mungkin korang juga boleh bertanyakan mereka di chat FB sebelum membawa laptop korang ke FR Laptop Service bagi mendapatkan servis laptop murah di KL. Jangan risau, kakitangan FR Laptop Service semuanya sedia membantu untuk memastikan laptop korang hidup dengan sejahtera dan lebih lama.

Jadi, jom servis laptop murah di KL.

Info lanjut ;

Telefon / Whatsapp :
0172882349

Website :

FB :

Alamat :
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Pengoperasian :
9.00 pagi - 9.00 malam
(kecuali cuti AM)

Waze / Google Maps :

Sekian ..

#servislaptopmurahdikl
#frlaptopservice
#penjagaanlaptop
#tipspenjagaanlaptop
#kepentinganservislaptop
#servislaptopmurah
#servislaptop
#servislaptopkl

3 comments

  1. Boleh la hantar laptop akak kat sini..laptop akak x rosak..tapi battery yang kaput

    ReplyDelete
  2. wahh...bagus la cam ni..kalau rosak boleh antar kat sini

    ReplyDelete