Salam alaikum untuk semua
sahabat blogger mek ..
Alhamdulillah, mek diberi
peluang dan kesempatan lagi untuk menjadi salah seorang saksi dalam detik
bersejarah antara pihak HUSM Kubang Kerian dan juga Ronald McDonald House Charities
(RMHC). Pada permulaan untuk pembinaan Rumah
Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian ini, masih segar dalam ingatan mek perjanjian yang
termeterai antara kedua pihak ini. Dan semua yang hadir begitu teruja dan
mendoakan agar proses Rumah Ronald
McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian ini dapat didirikan dengan lancar dan sesempurna
mungkin.
Bahagian
hadapan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian
Kurang dari setahun, lebih
tepat selama 9 bulan pembinaan Rumah
Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dibina,
menyediakan beberapa kemudahan untuk para penjaga pesakit wad kanak-kanak di
HUSM Kubang Kerian ini. Tentunya korang akan teruja jika mek sebutkan setiap
inci yang tersedia di Rumah Ronald
McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian. Projek yang menelan belanja
RM4 Juta ini tentunya akan menyenangkan ramai ibu bapa yang menunggu anak-anak
mereka yang menerima rawatan di wad kanak-kanak HUSM Kubang Kerian.
General
Manager RMHC, En Nazri
Antara kemudahan yang ada di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang
Kerian :
Bilik penginapan untuk ibu
bapa (sebanyak 18 bilik)
Ruang makan
Ruang istirehat
Dapur untuk memasak
Ruang TV
Ruang bermain untuk
kanak-kanak
Bilik Dobi
Bilik Sensori Ronald McDonald
Ruang TV
Laman
permainan untuk kanak-kanak
Bilik
tidur untuk keluarga pesakit, memuatkan 4 orang per bilik
Bilik
Dobi
Kaunter
pendaftaran sebelum menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM
Kubang Kerian
Bilik
permainan untuk kanak-kanak
Sensory
Room, untuk kegunaan kanak-kanak yang mendapat rawatan autism
Ruang
dalam Sensory Room
23 Jun 2019 menjadi tarikh
yang amat bermakna bagi pihak Persatuan Kebajikan Ronald
McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan juga HUSM Kubang Kerian apabila Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian dibuka
sepenuhnya kepada ibu bapa yang anak-anaknya mendapatkan rawatan di wad
kanak-kanak HUSM Kubang Kerian. Tujuan Rumah
Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dibina tersangat murni iaitu meringankan bebanan
serta membendung emosi ibu bapa yang menjaga anak mereka yang sedang sakit.
Sesi
penyerahan kunci kepada keluarga pertama oleh Ybhg Prof. Datuk Dr Asma Ismail
(Naib Canselor USM) dan En Azmir Jaafar (Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia)
Keluarga
kedua, diiringi juga oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari (Pengarah HUSM Kubang
Kerian) serta En Nazri (General Manager Persatuan Kebajikan Ronald McDonald,
RMHC)
Keluarga
ketiga
Bersama
ibu bapa pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian
Untuk pengetahuan korang, Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian ini adalah yang kedua selepas Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUKM, dibina pada 1999. Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian dilunaskan pada saat
yang tepat, mengikut keperluan semasa dan keperluan sejagat. Dengan berbezanya
selama 20 tahun sejak penubuhan Rumah Ronald McDonald yang pertama, tidak
bermaksud Persatuan
Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) berdiam diri. Namun fokus mereka teralih
kepada penyediaan Sensory Room di kebanyakkan negeri.
Pn
Nur Wahida, Pengurus Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM
Kubang Kerian
Keceriaan
mereka adalah hasil sumbangan kita pada hari ini
Keluarga
pertama yang menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM
Kubang Kerian
Ruang
bilik yang selesa
Penjagaan
rapi daripada kakitangan HUSM sepanjang keluarga menginap di sini
Kebajikan
yang sentiasa terjaga
Ruang
makan yang selesa
Ibu bapa akan terasa lebih
ringan dari segi kewangan, emosi dan juga aspek keselesaan bila mereka juga
dijaga kebajikan mereka melalui pembukaan Rumah Ronald McDonald ini. Dengan kadar hanya serendah RM5 semalaman,
tentunya ianya cukup meredakan perasaan gundah gulana ibu bapa. Lebih-lebih
lagi jika salah seorang harus berhenti dari mencari punca pendapatan
semata-mata untuk menjaga anak mereka di wad kanak-kanak. Tentunya pesakit
kanser, atau lain-lain penyakit yang memerlukan rawatan lebih dari sebulan,
memakan kos yang tinggi, bukan sahaja dari segi bil rawatan, malah kos sara
hidup seharian ibu bapa juga meningkat.
Prasyarat untuk menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian :
Anak-anak yang di daftarkan
di wad kanak-kanak HUSM Kubang Kerian sahaja.
Tiada minima atau maksima
pendapatan yang ditetapkan.
Setiap ibu bapa yang ingin
menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian perlu melalui Pegawai Kebajikan HUSM terlebih dahulu.
Sehari sebelum Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian ini dibuka kepada tetamu, pihak pengurusan Persatuan
Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) bersama sebahagian
besar pihak pengurusan McDonald’s Malaysia, turun padang bergotong-royong
membersihkan Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian bagi memastikan tetamu yang menginap di sini nanti
mendapat semaksima mungkin keselesaan yang ada. Turut menghadirkan diri dalam
sesi gotong-royong ini adalah kakitangan HUSM Kubang Kerian yang juga menjadi
pendokong utama Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang
Kerian ini
berjaya berada di sini pada hari ini.
Kakitangan
McDonald’s juga turut hadir untuk sesi gotong-royong sehari sebelum Rumah
Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian dibuka sepenuhnya
Pihak
Pengurusan Rumah Ronald McDonald (RMH) juga turut hadir
Blogger
juga turut membantu
Persiapan
bagi menerima kunjungan keluarga di Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian
Sesi
penanaman pokok oleh En Azmir Jaafar
Tanaman
pokok oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari
Laman
Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian
Pokok
yang bakal menjadi teduhan bagi laman Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian
Warga
kerja Rumah Ronald McDonald (RMH) dan HUSM Kubang Kerian
Mek rasa ramai juga yang
perasan tabung kecil bewarna merah di Restoren McDonald’s, biasanya diletakkan
di bahagian kaunter. Di laluan Drive Thru juga turut diletakkan tabung kecil
ini. Sebenarnya, hasil sumbangan daripada tabungan itu lah yang terbinanya Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian ini. Pun begitu, jumlah kutipan yang diterima di
seluruh Malaysia mulai Januari 2018 sehingga Disember 2018 mencecah RM1 Juta !
Sepenuhnya wang ringgit ini disalurkan bagi pembinaan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini.
Baki lagi RM3 Juta adalah sumbangan daripada Persatuan Kebajikan
Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), badan-badan korporat dan juga NGO untuk sebuah
rumah yang lengkap dengan kemudahan, agar ibu bapa mendapat keselesaan,
meredakan emosi.
Untuk menampung keperluan
keluarga yang menginap di Rumah Ronald
McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian tentunya banyak lagi
dana yang diperlukan. Besar juga harapan pihak Persatuan Kebajikan
Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan juga HUSM Kubang Kerian
untuk kita sama-sama membantu dalam menghulurkan sedikit bantuan bagi
meringankan bebanan keluarga yang menginap di sini. Mungkin sumbangan tenaga
juga boleh dihulurkan bagi memastikan Rumah
Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian sentiasa kemas,
bersih serta selesa untuk keluarga yang hadir. Mana tahu sedikit kudrat dan
wang ringgit yang disalurkan di sini dapat menjadi teduhan kita sana nanti.
Para
penyumbang untuk jayakan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM
Kubang Kerian
Orang ramai yang ingin
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian,
Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela
boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994
untuk keterangan lanjut.
Wakil
blogger Kelantan yang turut menjadi saksi bagi Rumah Ronald McDonald (RMH)
di HUSM Kubang Kerian
Teruskan menyumbang di
tabung-tabung kecil di McDonald’s agar
lebih banyak lagi Rumah Ronald McDonald (RMH) dibina, memberi
senyuman kepada lebih ramai lagi. Sumbangan yang kecil mampu membantu mereka
yang begitu memerlukan. Semoga Rumah
Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua.
Sekian ..
aku plk rasa nak dok cni mek..selesa sgt. raso mcm dok umoh sendiri jah..:)
ReplyDeletetahniah mcd atas kejayaan rumah ni..
ReplyDelete