REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pernah dengar Rempah Ratus Mak Siti? Kaki Masak atau Kaki Dapur confirm pernah dengar tentang rempah ratus dari Pagoh, Johor Bahru ni. 40 tahun dalam pasaran, ia merupakan salah satu jenama produk yang "wajib" ada di dapur kerana kelainan rasa yang bebas dari penggunaaan perasa, pewarna dan bahan pengawet. Bahn-bahan yang digunakan di dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dari ladang mereka sendiri dengan keluasan 1500 hektar (telah diiktiraf sebagai Ladang herba dan rempah terbesar di Asia), menghasilkan lebih kurang 6 hingga 10 metric tan rempah setiap hari! Salah satu alasan utama rempah ratus Mak Siti menjadi pilihan ialah ianya juga sesuai untuk mereka yang vegetarian. 

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.




REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR

Bermula dari minatnya sejak kecil untuk berniaga, beliau telah memulakan langkah nya dari bawah sebelum di beri tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan keluarga ini. Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.


Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.





REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.




REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.


Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).



Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan. 


REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR




REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR




REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR


Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.



Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. “Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.







REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR


Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.


“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini. Semoga Rempah Ratus Mak Siti terus maju, setanding dengan jenama antarabangsa satu hari nanti.



Untuk maklumat lanjut: 





REMPAH RATUS MAK SITI MEMBANTU MEREKA YANG AMATUR DI DAPUR

Website Rempah Mak Siti: https://www.maksiti.com
Instagram Rempah Mak Siti: Rempah Mak Siti
Twitter Rempah Mak Siti: Rempah Mak Siti
Youtube Rempah Mak Siti: Rempah Mak Siti
Facebook Rempah Mak Siti: Rempah Mak Siti



Sekian ..

2 comments