MUZIUM KAPAL SELAM DI MELAKA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

#jalanjalanmelaka pada tahun 2019 ini membawa mek ke Muzium Kapal Selam di daerah Klebang, Melaka. Pada awalnya tujuan ke Klebang itu hanya semata-mata untuk mencari Coconut Shake Klebang yang popular. Mek pun tak tahu kewujudan Muzium Kapal Selam ini sehinggalah spouse mengajak mek untuk ke sana. Pada mulanya mek ingatkan macam muzium biasalah kan yang dalamnya ada jenis-jenis kapal selam replika. Tapi ...

Bila dah google maps, sampai sahaja ke Muzium Kapal Selam, mek macam 'biar betul, ini kapal selam betul ni !'. Yes korang, kapal selam sedabak besar yang betul-betul kapal selam ada kat depan mata, di atas daratan. Sayangnya, muzium ini dilihat tidak mendapat sambutan yang hangat. Masa kunjungan mek, mek sekeluarga sahaja yang ada. Tak pasti pada hari lain bagaimana. Jika dilihat pada persekitaran, sememangnya tiada kunjungan yang kerap dari orang luar.

Beberapa foto yang mek sempat rakam ketika di Muzium Kapal Selam, Melaka.







Seronoknya ke Muzium Kapal Selam ini dapat tambah ilmu pengetahuan. Anak-anak mungkin tak berapa nak teruja kerana dia tak faham sangat kapal selam itu apa fungsinya dan di mana tempatnya. Bagi Amani dan Amzar kapal selam ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu 'bangunan' untuk mereka lawati. Bagi mek dan spouse pula, ini adalah peluang kepada kami untuk memasuki dan mengetahui serba sedikit apa yang ada dalam kapal selam.

RM5 untuk tiket dewasa mek rasakan amat berbaloi. Muzium Kapal Selam merupakan satu tempat yang korang kena pergi bila berkunjung ke Melaka. Satu-satunya negeri yang ada Muzium Kapal Selam yang betul-betul kapal selam. Dan info di dalam kapal selam serta info bagaimana Malaysia mendapat kapal selam juga menjadikan kita lebih menghargai dan bangga dengan asset negara yang kita ada. Sekurang-kurangnya kita tahu Malaysia juga ke arah negara maju.

Masa lawatan ke Muzium Kapal Selam tak lama. Mungkin dalam 45 minit je untuk korang luangkan masa. Untuk bergambar dan juga untuk pengetahuan am. Alang-alang dah ke Melaka, kan. Rugilah kalau tak singgah ke Muzium Kapal Selam. Tiada tarikan lain untuk dilakukan di sana cuma mek recommend kepada korang atas dasar ianya merupakan tarikan yang hanya ada di Melaka. Kalau tak minat pun boleh cuba untuk kunjungi. Dapatkan 'feel' tu bila dah berada di Muzium Kapal Selam.

Info lanjut : GOOGLE MUZIUM KAPAL SELAM, MELAKA

Sekian ..

18 comments

  1. it's great to visit melaka... i always c this big big one in melaka but never really go inside.. eheheheheh

    ReplyDelete
  2. Bestkan bawak anak-anak mengunjungi tempat bersejarah. Bayaran pun tak terlalu mahal sambil tu kira macam kita menyumbang ke arah penambahbaikan muzium di masa akan datang

    ReplyDelete
  3. sekarang ni mostly muzium dekat melaka kena bayar kan? Tapi best la dapat tengok & tambah general knowledge pasal negara kita.

    ReplyDelete
  4. Rawlins bawa anak-anak saudara ke sini gak last time mereka melawat. And banyak ilmu yang kami kongsi bersama sebab banyak benda Rawlins pun baru tahu bila sampai situ.

    ReplyDelete
  5. Memang syok jalan-jalan Melaka. Selain ada banyak tempat dan kenangan sejarah, banyak tempat makan yang best juga. Hee

    ReplyDelete
  6. Seronok tambah pengetahuan jalan jalan tengok muzium.

    ReplyDelete
  7. saya belum pernah sampai sini lagi mek walau dh berkali kali ke melaka. murahnya tiket nak masuk ke muzium ni, biasanya memang tempat macam ni tak ramai orang pergi kan. lepas ni memang kene singgah untuk pendedahan anak2

    ReplyDelete
  8. BESARNYA KAPAL SELAM NI BESTNYA KALAU DAPAT MASUK DAN TENGOK DALAM KITA TAK PERNAH TENGOK LIVE DALAM KAPAL SELAM MESTI MENARIK DAN PANAS TAK DALAM TU HEHEHEHE SEMANGAT NAK PERGI MELAKA BANYAK TEMPAT MENARIK NI..

    ReplyDelete
  9. Sis belum pernah lagi ke muzium ni walaupun dh berapa kali ke Melaka. One day nak gak terjah lah

    ReplyDelete
  10. Cx orang Melaka pon belum pernah sampai lagi. Heheh tp sungguhlah, benda² ginu memang orang kurang tertarik sedangkan ianya sejarah yg perlu dibanggakan. Tapi kan, kalau dia buat dkt bandar dekat dengan area kapal², rasanya boleh jadi tarikan terbaik

    ReplyDelete
  11. Pernah nampak muzium ni tapi x pernah lgi masuk. Menarik juga rupanya ya. Kalau ke melaka satu hr nanti bolehlah singgah

    ReplyDelete
  12. Mungkin kurang orang sebab takde daya tarikan lain selain dari kapal selam tu kut, kan.
    Nanti balik melaka nak ajak suami la ke situ..
    Kita suka je ke tempat sejarah macam tu.
    Ambik tahu sedikit sebanyak info yang ada.
    Ilmu untuk hari mendatang.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tau pulak ada muzium kapal selam. Mungkin sebab kurang publisiti? Saya sebenarnya suka melawat tempat2 mcm ni. In shaa Allah jika ada rezeki ke Melaka akan singgah ke sini.

    ReplyDelete
  14. zul teringin nak pergi jalan-jalan Melaka pastu melawat tempat bersejarah macam ni. Best pulak tengok akak pergi muzium kapal selam ni.

    ReplyDelete
  15. tak pernh masuk kapal selam dekat Melaka ni..tapi husbnd pernh pergi sebb kerja kot..Nanti kalau bercuti melaka boleh singgah sini

    ReplyDelete
  16. Melaka memang tak membosankan. Banyak tempat menarik. Even kecik tapi banyak lagi tempat tak pegi. Ena setakat amek gambar kt luar je tak penah masuk. Mungkin sebab tak minat sejarah huhu lepasni kena terapkan kt ank. Belajar sesuatu untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  17. Tak mahal bayaran masuk yang di kenakan. Kita yang dewasa memang seronok dapat merasa berada di dalam kapal selam. Selalu tengok citer je. Anak-anak tunggu depa dewasa sikit baru depa akan hargai pengalaman berada di muzium kapal selam.

    ReplyDelete
  18. wahhh syioknya bercuti satu keluarga ke melaka ya. mmg banyak tarikan dengan negeri melaka. tiap kali datang ke sana mesti ada je tarikan baharu.

    ReplyDelete