HOTEL MELAKA MURAH TERMASEK HOTEL

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Jun 2019 adalah bulan yang mek pilih untuk ke Melaka. Memandangkan ketika April 2019, Malindor Air membuka semula laluan Kota Bharu ke Melaka dengan harga RM49 sehala (harga promo) maka tiket dibeli terus tanpa berfikir panjang. Korang pun tahu jarak Kelantan ke Melaka adalah sejauh 617km mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan dengan menaiki kereta (tu pun tak termasuk berhenti solat dan makan dan kencing dan isi minyak). 


Melancong ke Melaka takkan lah nak menginap semalaman je kan walaupun datang dengan kapal terbang jadi mek memilih untuk menginap dua malam. Seperti sebelum ini juga, mek memang memilih hotel dengan 3 perkara penting. Kalau tak ada 3 benda ni mek akan cari juga hotel yang sediakan. Alah, mek punya amenities bukan berat sangat. Takat 3 perkara sahaja. Amenities ni penting untuk keselesaan kita sepanjang menginap di sana.

Amenities Hotel Melaka Murah Termasek Hotel

Apa yang mek harapkan sangat di satu-satu hotel adalah :

Free wifi.
Free Parking
Pool

Alhamdulillah, semasa membuat pemilihan Hotel Melaka murah Termasek Hotel mempunyai ciri-ciri yang mek nakkan tu. Bila tengok review di google, rating untuk Hotel Melaka Murah Termasek Hotel ini mendapat 3.5 bintang. Maksudnya tidak lah teruk sangat dan tidak lah begitu elok sangat (sedang-sedang sahaja). Bagi mek pula, rating adalah nombor 3 yang mek akan nilai selepas harga. Cukup amenities, harga elok dan rating so-so pun takpe. 

Jadi, ini adalah penilaian mek setelah menginap selama dua malam di Hotel Melaka Murah Termasek Hotel :

Wifi. Anggapan mek adalah wifi yang boleh di akses daripada bilik. Masa berkunjung ke sana, wifi adalah terhad. Kata mereka ada masalah teknikal maka tak boleh di akses di bilik. Selaku blogger yang travel, bagi mek wifi adalah penting untuk di akses daripada bilik sebab biasanya waktu anak dah tidur barulah sempat untuk buka blog, tengok PV, nak blogwalking, nak follow IG (oh ye mek tak suka sangat follow daripada phone). Jadi, wifi tidak boleh di akses melalui bilik - fail.

Parking. Walaupun mek ke Melaka dengan perkhidmatan Malindo Air tapi di sana mek menggunakan perkhidmatan sewa kereta daripada MysuperVIP Car Rental . Maka parking adalah salah satu keutamaan bagi mek. Hotel Melaka Murah Termasek Hotel memang banyak ruang parking. Malah bas pun boleh parking (diluar / perkarangan Termasek Hotel sahaja). Parking basement juga ada dan agak luas. Memang memuatkan banyak kereta. Yang penting safety depa memang tinggi. Tempat parking - success and recommended. 




Pool. Masa duk usha Hotel Melaka Murah Termasek Hotel ni memang dah tengok rupa pool depa. Memang cantik bagi mek. Nampak ‘english style’ gitu. Bila tanyakan spouse pun dia cakap macam tu jugak. Bila sampai ke sana pun memang cantik seperti di dalam gambar. Cuma, untuk kami yang dewasa ni agak segan lah nak terjun bersama sebab pool boleh di tengok secara terus daripada semua bilik yang ada di Termasek Hotel. Untuk budak-budak memang best terjun. Pool - nice and so-so.

Harga untuk Hotel Melaka Murah Termasek Hotel

Hotel Melaka Murah Termasek Hotel taklah mahal sangat. Bagi mek dengan amenities yang diaorang bagi dah cukup bagus untuk dapatkan dengan harga kurang daripada RM100 (breakfast adalah tidak termasuk). Jika harga termasuk dengan sarapan pagi mungkin harganya RM100 ++ tapi tidak melebihi RM130. Harga yang munasabah dan masuk akal. Kalau korang traveller on budget macam mek, Hotel Melaka Murah Termasek Hotel adalah pilihan yang tepat.

Yang berdekatan dengan Hotel Melaka Murah Termasek Hotel

Jarak antara satu-satu tempat di Melaka tak lah jauh sangat dan tidak memakan masa sehingga sejam lebih. Kecuali kalau jalan jem (mek dah kena sangkut dalam jem di Melaka, parah lebih dari Kelantan). Di sini mek letakkan jarak lokasi yang sempat mek kunjungi di Melaka tempoh hari :

Airport Melaka (Batu Berendam) : 11km (20 minit)
Kuih Keria Batu Berendam : 9km (17 minit)
Coconut Shake Klebang : 10km (20 minit)
Muzium Kapal Selam : 11.5km (21 minit)
The Shore Ocenarium Melaka : 5.3km (12 minit)
Jonker Walk : 4.5km (13 minit)
Kota A Famosa : 3km (7 minit)
Asam Pedas Pak Man (Ayer Keroh) : 14.5km (24 minit)
Roti Canai Kayu Arang Melaka (Bachang) : 7.2km (15 minit)
Hey Bro Burger Melaka : 10.7km (17 minit)

Cara booking Hotel Melaka Murah Termasek Hotel

Untuk booking Hotel Melaka Murah Termasek Hotel ada dua cara yang korang boleh pilih :

Hubungi terus Hotel Melaka Murah Termasek Hotel : @06-288 3588
Boleh tengok harga daripada google website : @Hotel Melaka Murah Termasek Hotel


Sekian ..

19 comments

  1. kat Melaka ni memang banyak betul hotel boleh confuse nak pergi hotel yang dalam 1 area. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Wah siap ada swimming pool mesti best bawa budak-budak kat sini. Lepas ni boleh masukkan dalam list bila nak bercuti ke Melaka. Thanks sharing!

    ReplyDelete
  3. bestnye.Boleh laa nanti pergi lagi dekat melaka dan menginapdekat hotel ni.tq sharing

    ReplyDelete
  4. Menarik la hotel Termasek ni..dengan deco hotel yang cantik macam tu dan harga yang snagat murah lagi..best betul la..kalau macam ni nak treat kakak Dania lepas exam ni pi Melaka lagi la..stay kat hotel ni kan...

    ReplyDelete
  5. Rawlins dah pernah baca review pasal Temasek Hotel nie dan mereka pun rekomen untuk stay kat sini. Nampak gaya macam nak kena pergi ke Melaka la ye tak

    ReplyDelete
  6. Time to go to Melaka .... WHEeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ... thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Yang penting WIFI kan sekarang ini. Haha. Terima kasih kak share satu lokasi hotel di Melaka amnya. Jika ada peluang Naim akan cuba menginap di sini

    ReplyDelete
  8. Tq sharing... Lepas ni kalau ke Melaka, boleh la Mat-drat tryn menginap di hotel ni.
    Suka swimming pool dia..

    ReplyDelete
  9. Sis kalau ke Melaka tak pernah tido hotel..sis duduk guest house. Nanti kalau ada apa2 yg kena stay kat sana lagi, bolehlah sis tido kat hotel ni pulak..cam menarik je

    ReplyDelete
  10. Cantiknye hotel ni.. Saya suka stay dekat melaka nnt bolehlah ke sini pulak bawa family..kolam renang dia pon cantik.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya hotel ni tengok pool pun dah lawa bestnya boleh lah datang kat Melaka dan duduk hotel ni seronok sangat hehehehe ok lah nanti kita datang bermalam...

    ReplyDelete
  12. wah.. tak tau pun ada hotel ni.. hari tu ada pi Melaka tapi sebab pergi dalam keadaan on the spot.. hahah.. terus pilih aje mana tempat yang ada.. next time boleh la try menginap sini.. murah pun murah

    ReplyDelete
  13. Suka tengok pool dia. Dari bilik boleh terus terjun tak? Tak pernah try lagi hotel temasek ni. Next time pi Melaka boleh try menginap kat sini kan. Dekat dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pulak tu

    ReplyDelete
  14. Uishhh... tak sangka pulak interiuor dalamnya cantik ya mek?... selalu lalu kat luar je dan tak expect la camtu... thumbs up ni... kami sekeluarga selalu ke Mahkota Hotel kalau bercuti di Melaka... next round boleh la cuba ke sini pulak...

    ReplyDelete
  15. Tq mek share pasal Temasek Hotel Melaka. Sebelum check in sana boleh tanya dulu tak macam mana wifi dorang. Susah juga kan bila wifi teruk. Nur pernah pergi chalet yg konsep sama mcm ni. Swimming pool kat tengah2. Semua org dlm bilik boleh tengok. Tapi nur tak heran. Asalkan dapat berendam. Hahahaha

    ReplyDelete
  16. Lama betul tak pergi Melaka rindu pulak nak ke sana. Boleh lah stay kat hotel ni. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  17. Lama betul tak pergi Melaka rindu pulak nak ke sana. Boleh lah stay kat hotel ni. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Wah. Menarik nie. Nnti kalu ada tugasan d melaka boleh la AM check in di sini.. Harga boleh tahan lengkap n keperluan yg AM perlukan terutama WiFi tu

    ReplyDelete
  19. Ouhh baguslah info nie. Selalu mmg cari hotel semurah yg mungkin tp facilities tip top. Nampak hotel nie bagus dan menarik. Bolehlah menginap sini nanti

    ReplyDelete