Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Berhari raya di Melaka. Flight Kota Bharu ke Melaka menggunakan perkhidmatan
Malindo Air ini mek dah beli selepas pulang dari Sabah sebelum ni. Lebih kurang
bulan Mac 2019. Tu pun sebab terpacul dari mulut ‘bila lah pulak nak naik
flight’. Then spouse cakap flight Kota Bharu ke Melaka dah dibuka balik. Dulu
memang ada flight Kota Bharu ke Melaka menggunakan perkhidmatan Malindo Air,
sekitar tahun 2014 - 2015 dan lepas tu dibatalkan balik atas dasar yang mek tak
tahu cerita sepenuhnya.
Bila dah sampai rumah, terus check tiket flight Kota Bharu ke Melaka. Masa tu
tengah promo, RM60 sehala. Maka RM120 untuk seorang. Kami berempat RM480. Bagi
mek satu harga yang mampu lagi untuk ditanggung. Lagipun Melaka kot. Dari
Kelantan nak ke Melaka aduyai, dah pernah drive ke Melaka tahun 2016, untuk
kursus di Hatten Hotel, Melaka. Perjalanan ke KL tu pun dah makan masa 8 jam,
tambah lagi dalam 3 jam untuk ke Melaka. Sudahnya seharian dalam kereta. Memang
penat dan rasa tak nak dah kot datang Melaka.
Tarikh 14 Jun 2019 di pilih untuk flight Kota Bharu ke Melaka sebab tarikh
selepas raya dan itu sahaja tarikh yang mek boleh lapangkan masa, bersesuaian
dengan tarikh selepas gaji dan beberapa faktor lain juga. Segala perancangan
dan pengisian di Melaka mek rangka sebelum ke Pulau Pinang pada Mei 2019.
Berbeza dengan rangkaan pengisian ke Pulau Pinang yang dibuat seminggu sebelum
bertolak. Segala tempahan dan tempat yang nak dituju mek akan cerita pada entry
yang berasingan.
Yang sempat di rakam ketika menunggu flight Kota Bharu ke Melaka ;
Alhamdulillah, flight Kota Bharu ke Melaka berjalan dengan lancar. Tiada
kelewatan dan tiada kerosakan sepanjang perjalanan ke Melaka melalui udara.
Flight Kota Bharu ke Melaka mengambil masa 1 jam 30 minit, melalui negeri mana
mek tak pasti sebab selepas setengah jam mek tidur dan bangun setelah kapten
kapal umum untuk mendarat. Kalau ikut matapelajaran geografi yang dipelajari
dulu, flight Kota Bharu ke Melaka akan melalui Banjaran Titiwangsa dan beberapa
bukit lain lagi.
Apa-apa pun, ini sahaja pemandangan yang dapat dihidangkan sepanjang flight
Kota Bharu ke Melaka :
Jumpa di entry seterusnya pula
Sekian ..
Sekian ..
hjng april ritu g melaka..anak sedara kawin. xtahu pulak ada blk flight kb melaka.
ReplyDeletetiket bas pun beza rm5 je.huhu
Bestnyaaaa...
ReplyDeleteSonang dah sekarangkan, tak payah nak drive tempuh jem bagai...
lagi mudah perjalanan
ReplyDeleteSeronoknya dapat bercuti dengan keluarga, apatah lagi dengan kemudahan yang memang memudahkan kita untuk travel kan.. TAHNIAH mek kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak...
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2019/06/sahabat-blogger-pilihan.html
jumpa next holiday!!! Eh!!hahahaha
ReplyDeletemalindo ada buat lagi ke perjalanan naik flight dari kota bharu (kbr) ke melaka airport (mkz) tahun 2022 ni? sy search ticket flight tkda pun ..
ReplyDelete