DI-RIVIEW SAHABAT BLOGGER SHIKIN RAZALI


Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Pertamanya, mek bukanlah seorang blogger yang famous, yang banyak follower, yang glam, yang sekali sebut je zasss orang dah kenal. Mek bukan orangnya. Nak jadi macam tu tak? Bagi mek tak lah letak harapan sangat. Dapat 40% pun dah cukup okei. Tak nak orang kenal sangat kang nanti aku keluor rumah serabai tetiba ada dalam ig ‘blogger selekeh’ arghhhh tak nak kehidupan normal sekarang ini terganggu. Atau mungkin terpalitnya pada anak-anak ‘anak blogger mekyunie meraung di kedai makan’ arghhh tak nak fikir, nanti kena kecam netizen blogger mekyunie tak pandai handle anak di tempat awam.




Header untuk Jurnal Shikin Razali

Tapi cukup mengharukan bila diri mek ini disebut dalam satu entry dari page Jurnal Shikin Razali. Kak Syikin yang mek kenali melalui medium blog juga ini merupakan pustakawan bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, based di Putrajaya. Anak jati negeri Terengganu dan mek memang selalu mengikuti cerita-cerita Kak Syikin di Jurnal Shikin Razali semenjak mek mula serius balik dalam dunia blog. Kiranya Kak Syikin ni antara rakan blogger yang mek berpaut tika mula mendaki dalam dunia blog. Kak Syikin dan mek pernah ada dalam group blogger yang sama tapi belum sempat bersua dengan empunya Jurnal Shikin Razali.


Kak Shikin dengan pilihan hatinya

Kak Shikin selain daripada menjadi pustakawan, dia juga mahir dalam bidang urutan. Tapi bukan urutan perbidanan. Urutan yang Kak Shikin mahir adalah dalam pembuangan angin. Kalau korang pernah berurut, korang pasti faham istilah urutan membuang angin dalam badan. Sepanjang mek ke Putrajaya tak pernah juga mengambil peluang untuk mencuba urutan tangan empunya Jurnal Shikin Razali. Bila jadual terisi dengan melawat mall, terlupa nak isi jadual dengan melawat rakan-rakan yang berada disekitar. Ampun ye Kak Shikin.

Apa lagi yang mek tahu tentang Jurnal Shikin Razali, setiap bulan Kak Syikin akan mencari top komentar di Jurnal Shikin Razali dan mek pernah merasa beberapa kali. Bukan hanya mendapat title top komentar di Jurnal Shikin Razali malah Kak Syikin akan kirimkan juga cenderahati tanda ingatan dan kenangan. Walaupun kadang nilainya kecil namun usaha dan tanda ingatan tu menandingini nilai yang kecil. Terasa seolah-olah begitu dihargai dan diingati. Cuma kalau mek terus terang memang tak mampu nak stay on blog seeking for top komentar, walaupun ianya di-generate secara auto. Komitmen tu mahal okei.

Another yang korang akan temui di Jurnal Shikin Razali adalah rakan blogger baru dan juga lama. Kak Syikin memang ada buat satu schedule untuk review rakan blogger yang lain tanpa perlu dibayar, dipaksa dan diampu. Kak Syikin akan memilih sendiri dan review dengan hati ikhlasnya. Disebabkan itu bila setiap blogger yang di-review dapat rasakan kebaikan dalam setiap baris ayat yang ditulis di Jurnal Shikin Razali. Siapa yang tak suka ditulis tentang dirinya, kan. Lagi-lagi jika kita dalam golongan yang suam-suam sahaja.

Untuk info lebih lanjut mengenai Jurnal Shikin Razali korang boleh baca sendiri. Taip google Jurnal Shikin Razali pun boleh atau KLIK SINI terus pun boleh untuk akses ‘rumah’ Kak Syikin. Mek harap semoga ukhwah positif ini akan sentiasa dirahmati Allah dan diberkati oleh Nya. Moga setiap daripada kita dapat menjadi bantuan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Sekian ..

1 comment

  1. Terima kasih Mek kerana entri yang khas nie, hihi.. Sori baru dapat drop down komen dalam blog awak.. semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan Insha Allah..

    ReplyDelete