CARA-CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger ..


Cara cara solat sunat Aidilfitri. Beberapa hari lagi Aidilfitri dah nak menjengah kita semua. Ramadhan dah nak berlalu pergi. Sejujurnya tahun ini mek agak terasa Ramadhan nak berlalu pergi. Sebelum ni tak pernah pun rasa macam ni. Rasa seolah-olah nanti syaitan dah terlepas, makin banyak hasutan menyesatkan. Rasa diri mungkin akan lalai lagi. Boleh ke nak istiqamah seperti Ramadhan. Korang terasa macam gitu jugak ke? Atau mek yang over thinking? Apa-apa pun, semoga apa yang kita dah lakukan pada Ramadhan ini diberkati, dirahmati, diambilkira sebagai amalan yang menjadi penghalang api neraka membakar diri kita kelak. InsyaAllah amin. So, jom kita solat sunat Aidilfitri.

Solat di masjid berdekatan

Setiap tahun, pagi Aidilfitri semestinya masjid menjadi tumpuan umat Islam untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri. Terasa kemeriahan berhari raya bila berkunjungan ke masjid dengan pakaian baru, dalam keadaan berwudhuk dan siap siaga untuk solat sunat Aidilfitri. Selepas solat sunat Aidilfitri, imam akan baca khutbah Aidilfitri yang mana akan disampaikan nasihat-nasihat untuk kita kekal istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Setelah selesai, masing-masing akan bawa haluan masing-masing untuk berhari raya dengan keluarga masing-masing. Tapi paling syok bila solat sunat Aidilfitri di masjid adalah ketika bergemanya takbir raya. Allahuakhbar, satu perasaan yang tak dapat digambarkan.

Solat di rumah sahaja

Pun begitu, perlu diakui tak semua kita mampu ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri secara berjemaah. Jadi pendekatan yang boleh kita ambil adalah dengan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing. Bunyinya agak janggal kerana solat bersendirian. Tapi ianya dibenarkan. Seumpamanya mek, ada anak kecil yang mana usia belum sesuai untuk ke masjid dengan keadaan orang ramai, maka solat sunat Aidilfitri di rumah adalah lebih baik. Korang jangan risau, korang boleh sahaja mendengar takbir raya dan khutbah Aidilfitri melalui siaran lansung di TV1. Yang penting adalah dua rakaat sunat Aidilfitri. Daripada tak solat lansung, sekurang-kurangnya solat juga di rumah. Boleh ajak anak-anak sekali. Seronok, kan?

Tatacara solat sunat Aidilfitri


Cara cara solat sunat Aidilfitri


Cara cara solat sunat Aidilfitri

Lafaz niat solat sunat Aidilfitri (baca ikut bahasa masing-masing pun takapa) bersertakan mengangkat takbir ratulihram (macam takbir kita selalu nak solat tu).

Baca doa iftitah

Lafaz takbir sebanyak 7 kali (bila takbir tu angkat tangan seperti kita takbir ratulihram). Baca juga lafaz tasbih. Contohnya : allahuakhbar, subhanallah walhamdulillah walaila haillah wallahuakhbar (baca 7 kali).

Baca surah al fatihah.

Baca surah lazim al-quran (disunatkan baca surah al-a’laa. Yang surahnya bunyi sabbihis marobbika a’laa.

Then rukuk, sujud, duduk antara dua sujud macam solat biasa.

Bangun untuk rakaat kedua, takbir allahuakhbar dan qiam.

Lafaz takbir 5 kali seperti yang kita buat pada rakaat pertama tadi. Yang kita takbir 7 kali pada rakaat pertama.

Baca surah al-fatihah.

Baca surah lazim (sunat baca surah al-ghaasyiyah tapi kalau tak fasih boleh baca surah lain juga, tetap sah solat).

Rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan memberi salam seperti solat biasa.

Done, alhamdulillah.

Perkara lain yang sunat dilakukan pada pagi Aidilfitri


Cara cara solat sunat Aidilfitri

Mandi sunat Aidilfitri sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri.

Sebelum ke masjid, sunat untuk mengambil ‘breakfast’ bagi membezakan hari berpuasa dan hari raya.

Memakai pakaian baru.

Bersalam-salaman dengan mereka yang dibolehkan untuk bersalaman.

Sunat juga untuk ke masjid melalui jalan lain, dan balik mengikut jalan lain untuk tujuan berjumpa dengan jiran tetangga yang lain.

Semoga entry mek kali ini memberi sedikit sebanyak info untuk kita tempuh pada hari raya pertama nanti. Jangan lupa puasa mulut tanpa melemparkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati saudara-mara atau sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita. Dah elok puasa kutip pahala, hari raya pertama dah mula sedekah kat orang pulak pahala yang kita kutip tu. Jangan kerana perkataan kita, orang terasa. Kalau tak tahu nak cakap apa, senyum dan diam aje. Okei?

Sekian ..

#solatsunataidilfitri
#sunataidilfitri
#aidilfitri2019
#aidilfitri1440h
#maafzahirbatin
#kosongkosong
#teamrayakelantan

3 comments

  1. In syaa Allah
    Pagi rabu nanti solat sunat idulfitri
    Masjid akan penuh sesak mengalahkan solat fardhu jumaat

    ReplyDelete
  2. asben nk adik beradik laki je pi. kami jaga anak kt rumah huhu

    ReplyDelete