CARA MENCUCI PUFF MUKA DENGAN BETUL


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hujung minggu macam ni terasa nak buat satu entry tips menjaga alatan kecantikan wajah kita semua. Mek yakin setiap antara kita mesti ada puff, kan? Puff atau biasanya mek gelarkan dia sebagai spounge foundation adalah salah satu yang mesti ada dalam setiap bag make up kita. Siapa yang tak gunakan foundation, kan? Tapi sejauh mana kesedaran kita dalam menjaga puff ini supaya ianya kekal bersih, tidak berbau, tidak menjadi medium pembawa kuman untuk rosakkan kulit wajah kita. Jadi jom lah kita belajar cara bersihkan puff dengan betul.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bersihkan puff dengan betul :

Bekas dari kaum kerabat besen.
Sabun buku tak kisah jenama apa.
Puff korang yang dah digunakan.


Besen, sabun buku dan puff yang telah digunakan

Tatacara bersihkan puff dengan betul :

Tempat yang sebaiknya adalah di sinki.
Basahkan puff korang dengan air.
Penuhkan 1/4 air di dalam bekas besen.
Puff ditonyoh ala-ala manja di sabun buku.
Kemudian ambik puff dan squeeze dalam air.
Ulang step ni sehingga puff korang bersih.
Jemur puff untuk kering.


Gosok puff pada sabun buku, bahagian yang kotor amat dititikberatkan


Squeeze puff dalam air untuk tanggalkan kotoran


Jemur puff ditempat yang teduh namun berangin untuk kering

Mudah sahaja kan untuk bersihkan puff dengan betul. Jumlah keseluruhan masa yang mek ambil tadi dalam 10 minit je untuk dapatkan puff yang bersih. Memang sekejap namun susah untuk istiqamah. Kadang hujung minggu pun lupa nak lakukan tatacara bersihkan puff dengan betul. Maklumlah, yang seharian, yang hakiki tu banyak juga nak dikejar sehingga lupa nak bersihkan apa yang patut. Tapi jangan risau dah, setiap hujung minggu mulai sekarang dah boleh masukkan bersihkan puff dengan betul adalah satu kemestian.

Puff walaupun korang belinya dengan RM10 ataupun korang belinya dengan harga yang sedikit mahal, korang tetap kena jaganya dengan betul yakni kena bersihkan puff dengan betul. Sebab?

Tujuan korang perlu bersihkan puff dengan betul :

Menyahkan kuman yang ada pada puff.
Elak daripada menggunakan puff yang tidak bersih yang mana mengakibatkan jerawat boleh bertapak di kulit wajah.
Elakkan daripada puff berbau busuk.
Untuk panjangkan lagi usia sebiji puff.

Nampak remehkan, tapi sebenarnya banyak juga kesan jika puff kotor. Bab jerawat tu kalau dah mula menapak ambil masa seminggu juga untuk surut dan hilang dari wajah. Nak tak nak, kesedaran dan istiqamah perlu ada untuk bersihkan puff dengan betul.

Korang ada cara tersendiri untuk bersihkan puff dengan betul? Boleh kongsikan dengan mek di ruangan komen di bawah. Mana tahu cara korang lebih baik dan lagi efektif. Kongsi ilmu tak rugi, kan?

Sekian ..

2 comments