Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Entry yang pendek sekadar nak mencoret luahan rasa terhadap
satu kedai burger di Kota Bharu yang mek cuba tempoh hari. Pada awalnya mek tak
tahu nama kedai burger tu apa, tapi setelah cubaan google, nama kedai tersebut
adalah Burger Polis. Kedai burger polis Kota Bharu ini mendapat rating yang
tinggi melalui platform google. Dan memang benar, dari amatan mek yang lalu
lalang depan kedai burger polis Kota Bharu ini pun, beraturnya boleh tahan
panjang.
Lokasi kedai burger polis Kota Bharu ini amat senang untuk
di temui. Ianya betul-betul berhadapan dengan Raza Premium Auto, Jalan Kuala
Krai, Kota Bharu Kelantan. Bunyi sahaja nama Jalan Kuala Krai tapi ianya
bukanlah terletak di Kuala Krai Kelantan. Kedai burger polis Kota Bharu ini
masih lagi terletak di jajahan Kota Bharu. Kalau susah nak bayang di mana Raza
Premium Auto, korang boleh bayangkan KB Mall di hadapan korang. Jika ianya
berada di hadapan korang, maka kedai burger polis Kota Bharu berada di laluan
kiri korang, di mana jalan untuk menyusur keluar dari bandar Kota Bharu untuk
ke Machang, Pasir Puteh dan lain-lain tempat berkaitan.
Pada pembelian pertama mek, mek mencuba burger special
tambah cheese di kedai burger polis Kota Bharu. Spouse pun sama. Burger special
ini didatangkan dengan sebiji telur mata dan juga extra mayonis. Selepas habis
sebiji burger yang dibeli di kedai burger polis Kota Bharu mek dan spouse
bersepakat untuk memberikan rating 3 di google reviews. Bagi mek ianya tidak
begitu sedap sehingga mampu untuk dapat rating 4. Dan ada beberapa lagi kedai
burger jalanan yang mampu tandingi rasa burger dari kedai burger polis Kota
Bharu. Ianya bukan lah tidak sedap namun ianya biasa sahaja.
Pun begitu, korang boleh mencubanya sendiri di kedai burger
polis Kota Bharu bila berkunjung ke Kota Bharu nanti. Biasalah, tekak manusia
rasanya tidak sama. Kadang ada yang citarasa tinggi, ada yang jenis okei sahaja
semua makanan. Korang boleh buat penilaian sendiri bila dah cuba nanti. Harga
yang ditawarkan pun adalah harga normal bagi sebiji burger. Tidak melampau.
Jadi, jomlah rasai sendiri burger jalanan di kedai burger polis Kota Bharu.
Info lanjut :
Alamat ;
Kampung Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan
Kampung Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan
Waktu pengoperasian :
Setiap hari, 7.00 petang hingga 3.00 pagi
Setiap hari, 7.00 petang hingga 3.00 pagi
Telefon :
Sekian ..
Wah kalau ada gambar best juga nak tau kedainya cam mana..
ReplyDeletekalau ke KB nt boleh cari
ReplyDeleteWahh sedapppnya burger
ReplyDelete