BURGER POLIS GERAI BURGER KOTA BHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Entry yang pendek sekadar nak mencoret luahan rasa terhadap satu kedai burger di Kota Bharu yang mek cuba tempoh hari. Pada awalnya mek tak tahu nama kedai burger tu apa, tapi setelah cubaan google, nama kedai tersebut adalah Burger Polis. Kedai burger polis Kota Bharu ini mendapat rating yang tinggi melalui platform google. Dan memang benar, dari amatan mek yang lalu lalang depan kedai burger polis Kota Bharu ini pun, beraturnya boleh tahan panjang.

Lokasi kedai burger polis Kota Bharu ini amat senang untuk di temui. Ianya betul-betul berhadapan dengan Raza Premium Auto, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Bunyi sahaja nama Jalan Kuala Krai tapi ianya bukanlah terletak di Kuala Krai Kelantan. Kedai burger polis Kota Bharu ini masih lagi terletak di jajahan Kota Bharu. Kalau susah nak bayang di mana Raza Premium Auto, korang boleh bayangkan KB Mall di hadapan korang. Jika ianya berada di hadapan korang, maka kedai burger polis Kota Bharu berada di laluan kiri korang, di mana jalan untuk menyusur keluar dari bandar Kota Bharu untuk ke Machang, Pasir Puteh dan lain-lain tempat berkaitan.

Pada pembelian pertama mek, mek mencuba burger special tambah cheese di kedai burger polis Kota Bharu. Spouse pun sama. Burger special ini didatangkan dengan sebiji telur mata dan juga extra mayonis. Selepas habis sebiji burger yang dibeli di kedai burger polis Kota Bharu mek dan spouse bersepakat untuk memberikan rating 3 di google reviews. Bagi mek ianya tidak begitu sedap sehingga mampu untuk dapat rating 4. Dan ada beberapa lagi kedai burger jalanan yang mampu tandingi rasa burger dari kedai burger polis Kota Bharu. Ianya bukan lah tidak sedap namun ianya biasa sahaja.

Pun begitu, korang boleh mencubanya sendiri di kedai burger polis Kota Bharu bila berkunjung ke Kota Bharu nanti. Biasalah, tekak manusia rasanya tidak sama. Kadang ada yang citarasa tinggi, ada yang jenis okei sahaja semua makanan. Korang boleh buat penilaian sendiri bila dah cuba nanti. Harga yang ditawarkan pun adalah harga normal bagi sebiji burger. Tidak melampau. Jadi, jomlah rasai sendiri burger jalanan di kedai burger polis Kota Bharu.

Info lanjut :


Alamat ;
Kampung Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan

Waktu pengoperasian :
Setiap hari, 7.00 petang hingga 3.00 pagi

Telefon :

Google Maps :
Burger Polis

Sekian ..

3 comments