Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Miliki kulit wajah mulus, jelita, putih serta kulit wajah
yang sihat adalah impian hampir ke semua wanita. Dan akhir-akhir ini bukan
sekadar wanita sahaja yang nakkan kulit sebegitu malah lelaki juga hendakkan
kulit yang bebas masalah, senang cerita - kulit wajah yang sihat. Antara skin
care yang tak pernah mengecewakan adalah kebanyakkannya lahir di Korea. Mutu
dan bahan buatan mereka tampak berhasil juga pada kulit melayu asean Malaysia
kita ini. Kalau dah sesuai, apa lagi. Jomlah beli !
Pembelian secara atas talian kini memang menjadi pilihan
netizen. Klik dari mana-mana, boleh jadi di rumah, dalam kereta, di pejabat,
malah mungkin di dalam lif - zass dua tiga hari muncul lah barangan yang kita
pesan. Senang, jimat masa serta tenaga. Yang mek perasan untuk barangan skin
care, ramai memilih untuk membelinya daripada althea.kr - barangan skin care
dan juga kelengkapan kecantikan 100% daripada Korea. Alang-alang nak membeli,
beli dari negaranya teruslah, ye dak.
Parcel Althea A'bloom terus dari Korea
Unboxing the Althea A'bloom
Kotak yang sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kepada teman rapat
Set Althea A'bloom
Althea A’bloom merupakan koleksi terbaru yang dikeluarkan
oleh Althea. Sebelum-sebelum ini banyak juga Althea keluarkan series dan
tentunya setiap series Althea keluarkan akan menarik minat sesiapa sahaja yang
melihatnya. Mek memang teruja habis bila set Althea A’bloom ini berada di atas
meja mek. Tak sabar nak unboxing, tak sabar nak cuba semua yang ada di
dalamnya. Mek pasti, setiap keluaran daripada Althea semestinya diperbuat
dengan kualiti yang tinggi, seiring dengan mutu barangan keluaran Korea.
Dalam satu set Althea A’bloom ada :
BHA Blackhead Blaster
Giant and Baby Meringue Puff
Face Mask Althea A’Bloom
Jom mek ceritakan satu per satu produk yang ada dalam
Althea A’bloom ini supaya korang lebih mengenali dan terpikat sama untuk ada
koleksi Althea A’bloom ini.
BHA Blackhead Blaster untuk hilangkan sebum di kulit wajah
Sapu secara circular motion di bahagian hidung, dahi dan dagu
BHA Blackhead Blaster berfungsi sebagai blackhead remover
atau lebih senang sebum remover pada kulit wajah. Sebum dalam bahasa senang nak
faham adalah kotoran seperti minyak yang berlebihan pada bahagian hidung, dagu
dan juga dahi. Tahap keberkesanan BHA Blackhead Blaster yang ada dalam koleksi
Althea A’bloom ini adalah 90% kotoran di bahagian yang mek sebutkan tadi,
hilang meninggalkan kulit wajah dengan berkesan. Ini bukan sahaja dikatakan
oleh mek, malah spouse yang saja-saja nak cuba pun terasa keberkesanan BHA
Blackhead Blaster oleh Althea A’bloom ini. Harga : RM16
Lembut, senang untuk ratakan foundation di kulit muka
Giant Meringue Puff untuk blending foundation di wajah
Pastikan puff korang sentiasa dalam keadaan bersih untuk elak bakteria
Seterusnya, memperkenalkan Giant and Baby Meringue Puff
oleh Althea A’bloom, yang bakal menjadi kesukaan dan #musthave oleh kaum
wanita. Meringue Puff ni agak menjadi bualan dalam kalangan peminat barangan
Althea. Bila Althea A’bloom memperkenalkan Meringue Puff ini, ramai yang
mencubanya dan menyarankan untuk setiap wanita ada Meringue Puff disebabkan
ke-gebua-an yang dihasilkan. Bila mek sendiri yang mencubanya, memang tepat dan
benar ke-gebu-an Meringue Puff ini berjaya memikat hati mek untuk terus menerus
menggunakan Meringue Puff dari Althea A’bloom. Didatangkan dalam dua size iaitu
Giant dan Baby. Harga : RM8 (Giant, 1pc) RM11 (Baby, 3pc)
Althea A'bloom Face Mask, direka khusus untuk memberi kesan yang sihat pada kulit wajah
Dapatkan zat-zat yang sepatutnya pada kulit wajah supaya mereka sentiasa sihat
Yang bakal mek ceritakan ini juga adalah salah satu
keperluan oleh kaum wanita. Tak kisah samada surirumah atau yang berkerjaya.
Kerana, dengan penggunaan produk ini secara auto-nya kita dapat me time dalam
20 minit. Lama jugak, kan. Face Mask dari set Althea A’bloom ini yang
didatangkan dengan 4 variasi buah-buahan memang nyaman aje bila melekat di
muka. Face Mask agak penting kepada kita bagi kulit wajah mendapatkan zat-zat
yang sepatutnya seperti moisturise, whitening, anti wrinkle, dan juga balance
pengeluaran minyak pada kulit wajah. Senang cerita, pakai Face Mask untuk
dapatkan kulit wajah yang sihat. Face Mask dari Althea A’bloom ini memang cepat
sangat susut stoknya di althea.kr , tahap kesedaran kepentingan Face Mask dalam
kalangan wanita Korea memang tinggi. Jadi, jom kita mulakan dari sekarang.
Harga : RM2 sepeket, RM15 10 peket.
Harga untuk Althea A’bloom ni tidak begitu mahal,
semuanya harga mampu milik. Paling penting ianya terus dihantar dari Korea.
Korang boleh daftar untuk jadi members di website Althea seperti mek sertakan
di bawah. Banyak keuntungan bila korang daftar, dapat tahu set terbaru yang
dikeluarkan oleh Althea, macam set Althea A’bloom ni. Boleh mencuba setiap satu
yang terbaru dari Korea, tak gitu. Althea tidak terhad kepada produk kecantikan
muka sahaja, ada juga produk penjagaan yang lain seperti rambut, wangian dan
lain-lain yang berkaitan.
Bagi korang yang belum pernah mencuba produk kecantikan
dari Korea, Althea A’bloom adalah salah satu set yang korang boleh dijadikan
sebagai permulaan untuk menggunakan produk kecantikan Korea. Tiga produk yang
ada dalam set Althea A’bloom tidak akan membahayakan kulit wajah korang kecuali
kulit wajah korang begitu sensitif dengan produk baru. Pun begitu, dengan harga
yang ditawarkan oleh satu set Althea A’bloom mek rasa berbaloi untuk korang
mencubanya. Tak cuba, tak tahu bagaimana tindakbalas set Althea A’bloom pada
wajah korang.
Info lanjut untuk dapatkan Althea A’bloom ;
Sekian ..
wah bestnya akak suka blackhead booseter tu
ReplyDeleteakk suka semua dalam kotak ni, semua best
ReplyDeletex try lagi nanti boleh try ni
ReplyDelete