AIDILFITRI PERTAMA 1440H


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Aidilfitri pertama 1440H. Raya tahun ni, mek adalah #teamrayakelantan dan memang setiap tahun memang raya di Kelantan sahaja. Tahun ni mek berpeluang untuk raya di rumah mummy mek sendiri. Sebelum-sebelum ini mek tak pernah buat giliran pun. Cuma tahun ini terasa nak beraya di rumah mummy mek, agaknya rindu suasana malam raya bersama mummy dan adik-beradik yang lain. Rindu pekikan mummy yang menyuruh kami mop lantai, pasangkan langsir. Sudahnya lepas subuh baru siap segala. Bila teringat, seronok. Itu adalah memori yang akan diingati sentiasa. Mek yakin setiap antara kita mesti merindui saat-saat malam raya di rumah masing-masing. Tak kisahlah meriah ataupun tidak suasana malam raya di rumah kita, tetap rindukan setiap insan yang ada pada ketika itu.

Juadah di pagi raya 1440h

Semestinya pada waktu pagi sebelum ke masjid, hidangan Nasi Dagang Original Terengganu oleh mummy menjadi santapan kami. Dan seperti kebiasaan, bila bersama keluarga lagi-lagi bila masa makan memang handphone dalam bilik masing-masing maka tak merakamlah gambar hidangan di pagi raya. Juadah ini mek akui mummy mek hanya sempat tidur dua jam sahaja untuk menyediakan gulai ayam, gulai ikan serta mengukus nasi dagang. Masa makan pagi tu pun mata mummy macam orang yang mengantuk teramat sangat tapi bila semua anak ada semangat raya tu lain macam sikit. Alhamdulillah. Semoga Allah rahmati keluarga kita semua selalu. Kebahagian yang kita dapat ini adalah rezeki serta anugerah yang Allah hantar untuk kita. Maka, bersyukurlah.

Raya setengah hari sahaja

Pada raya pertama kebiasaannya pun memang raya kejap je di rumah mummy sebab nak bagi dia rehat pula. Raya kedua dan seterusnya pula kami akan sambung beraya di rumah saudara-mara yang lain. Tradisi keluarga mek, raya pertama kebanyakkannya memang flat terus sebab tidur hanya dua jam pada malam sebelum raya. Memang dah faham sangat maka pada raya pertama yang muda-mudi akan bawa haluan masing-masing untuk beraya. Memang takada pengalaman konvoi epik raya macam iklan TNB tu pada raya pertama. Raya seterusnya pun memang janji jumpa rumah saudara terus ‘instead of’ konvoi ramai-ramai. Kalau yang tak kenal rumah pun guna whatsapp ‘share location’. Entah bila nak buat konvoi macam keluarga lain.

Masa untuk bergambar

Bila dah sampai rumah barulah sesi untuk bergambar dengan keluarga kecil yang ada ni. Masa di rumah mummy memang kebanyakkan tak peduli sangat dengan gambar keluarga. Sekali dengan mek tak bersungut untuk ada gambar satu keluarga besar. Mungkin dari dulu lagi tak bergambar sangat jadi dah terlupa nak minta ramai-ramai berkumpul ambil gambar. Jadi, ini sahaja lah yang ada pada hari raya aidilfitri 1440 yang pertama dari mek. Cukuplah sekadar kenangan, untuk tengok di masa hadapan. Korang pun mesti nak ‘frame’-kan di blog, kan? Ada satu lagi korang kena ‘frame’-kan iaitu di Photobook. Download photobook untuk dapatkan gambar 4R sebanyak 30 keping secara percuma. Atau korang mungkin nak print photobook terus dan dapat diskaun 75% ! Berbaloi-baloi. Untuk mek, ini koleksi pada raya pertama :


Aidilfitri pertama 1440H


Aidilfitri pertama 1440H


Aidilfitri pertama 1440H


Aidilfitri pertama 1440H


Aidilfitri pertama 1440H


Aidilfitri pertama 1440H

Tunggu untuk raya kedua pulak.

Sekian ..

#aidilfitri1440h
#teamrayakelantan
#selamathariraya2019

7 comments

  1. Salam Aidilfitri!
    Sama lah tema kita...hehee..dark blue....

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya baju Raya sedondon. Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya mek.. Lawa warna tema baju raya tu

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya!! ceria nau 2 ketol tuh!hahaah

    ReplyDelete
  6. Salam lebaran 1440H
    cantik2 membiru.

    ReplyDelete
  7. cantiknya baju raya mek !
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir BAtin

    Eh..nasi dagang tu buat akk lapar lah pulak !

    ReplyDelete