AIDILFITRI KEDUA 1440H

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Aidilfitri kedua 1440h. Untuk raya kedua biasanya kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara disambung lagi. Kalau tak ada rumah sanak saudara, rumah kawan-kawan pun boleh. Pada kebiasaan, mek akan sambung beraya di rumah sanak saudara. Maklumlah raya pertama kebanyakkannya flat semuanya. Bila raya kedua semua bersemangat nak pakai cantik-cantik dan berkunjungan ke rumah antara satu sama lain. Walaupun raya kedua kebanyakkan masakan seperti nasi dagang, nasi minyak, satay dan sebagainya dah surut atau memang dah habis terus, tapi berkunjungan itu yang penting. Bila berkunjungan makan biskut habis sebalang pun takpe. Minum air kosong pun takpe. Asalkan dapat berborak antara satu sama lain.

Mula berkunjungan selepas zohor

Pada waktu pagi memang hanya jalani kehidupan seperti hujung minggu. Bangun dan bersarapan, kemas rumah, tengok TV dan kadang tertidur. Rasanya bukan kadang, tapi memang tidur sehingga jam 12 atau 1 tengahari. Bila dah bangun siapakan anak dan diri sendiri, lepas zohor terus zasss keluar. Masa tu baru lah nak call adik beradik yang lain rumah mana nak serbu dulu. Kadang ada juga plan awal-awal nak ke rumah saudara mana yang dulu, kadang main terjah je. Pernah jugak kita terjah rumah dia, di takada. Bila call tanya kat mana katanya depan rumah kita pula. Jadi merancang awal itu memang penting bagi mengelakkan daripada berlakunya pertembungan yang tidak diingini ini.

Persalinan untuk raya kedua

Hidangan makan-makan dah jadi kebiasaan tak capture buat kenangan. Tak pasti samada tak menarik atau memang gelojoh terus makan sahaja. Tapi rasanya yang kedua kot. Semua macam pirana je bila tengok makanan kat atas meja. Bila di rumah saudara yang rapat, tak malu sangat nak makan. Kalau rumah kawan-kawan ni agak segan nak jadi pirana, jadi macam ikan emas je. Jaga keayuan, jaga lipstik, jaga tatasusila situ dan sini. Makan pun ambik portion macam orang dah kenyang. Berbeza betul bila makan di rumah saudara dan rumah rakan taulan. Apa-apa pun, di kedua-dua rumah ini ada satu persamaan iaitu - jaga mulut, jangan celupar.


Aidilfitri kedua 1440h


Aidilfitri kedua 1440h


Aidilfitri kedua 1440h

Tunggu entry raya ketiga pula.

Sekian ..

#teamrayakelantan
#teamrayajalanjalan
#kunjungberkunjungan
#tradisituruntemurun
#teamputih

8 comments

  1. jaga mulut, jaga adab, jaga hati..gituuu...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri mekyunie sekeluarga

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri.. seronok kunjung mengunjungi.
    seronok makan =D

    ReplyDelete
  5. Bila hari raya inilah masa yang sesuai untuk kunjung-mengunjung dan eratkan silaturahim..
    Masa ni rezeki makan melimpah-ruah, syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete