ALTHEA A'BLOOM SERIES, SET #MUSTHAVE OLEH WANITA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Miliki kulit wajah mulus, jelita, putih serta kulit wajah yang sihat adalah impian hampir ke semua wanita. Dan akhir-akhir ini bukan sekadar wanita sahaja yang nakkan kulit sebegitu malah lelaki juga hendakkan kulit yang bebas masalah, senang cerita - kulit wajah yang sihat. Antara skin care yang tak pernah mengecewakan adalah kebanyakkannya lahir di Korea. Mutu dan bahan buatan mereka tampak berhasil juga pada kulit melayu asean Malaysia kita ini. Kalau dah sesuai, apa lagi. Jomlah beli !

Pembelian secara atas talian kini memang menjadi pilihan netizen. Klik dari mana-mana, boleh jadi di rumah, dalam kereta, di pejabat, malah mungkin di dalam lif - zass dua tiga hari muncul lah barangan yang kita pesan. Senang, jimat masa serta tenaga. Yang mek perasan untuk barangan skin care, ramai memilih untuk membelinya daripada althea.kr - barangan skin care dan juga kelengkapan kecantikan 100% daripada Korea. Alang-alang nak membeli, beli dari negaranya teruslah, ye dak.


Parcel Althea A'bloom terus dari Korea


Unboxing the Althea A'bloom


Kotak yang sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kepada teman rapat


Set Althea A'bloom

Althea A’bloom merupakan koleksi terbaru yang dikeluarkan oleh Althea. Sebelum-sebelum ini banyak juga Althea keluarkan series dan tentunya setiap series Althea keluarkan akan menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Mek memang teruja habis bila set Althea A’bloom ini berada di atas meja mek. Tak sabar nak unboxing, tak sabar nak cuba semua yang ada di dalamnya. Mek pasti, setiap keluaran daripada Althea semestinya diperbuat dengan kualiti yang tinggi, seiring dengan mutu barangan keluaran Korea.

Dalam satu set Althea A’bloom ada :

BHA Blackhead Blaster

Giant and Baby Meringue Puff

Face Mask Althea A’Bloom

Jom mek ceritakan satu per satu produk yang ada dalam Althea A’bloom ini supaya korang lebih mengenali dan terpikat sama untuk ada koleksi Althea A’bloom ini.


BHA Blackhead Blaster untuk hilangkan sebum di kulit wajah


Sapu secara circular motion di bahagian hidung, dahi dan dagu

BHA Blackhead Blaster berfungsi sebagai blackhead remover atau lebih senang sebum remover pada kulit wajah. Sebum dalam bahasa senang nak faham adalah kotoran seperti minyak yang berlebihan pada bahagian hidung, dagu dan juga dahi. Tahap keberkesanan BHA Blackhead Blaster yang ada dalam koleksi Althea A’bloom ini adalah 90% kotoran di bahagian yang mek sebutkan tadi, hilang meninggalkan kulit wajah dengan berkesan. Ini bukan sahaja dikatakan oleh mek, malah spouse yang saja-saja nak cuba pun terasa keberkesanan BHA Blackhead Blaster oleh Althea A’bloom ini. Harga : RM16


Lembut, senang untuk ratakan foundation di kulit muka


Giant Meringue Puff untuk blending foundation di wajah


Pastikan puff korang sentiasa dalam keadaan bersih untuk elak bakteria

Seterusnya, memperkenalkan Giant and Baby Meringue Puff oleh Althea A’bloom, yang bakal menjadi kesukaan dan #musthave oleh kaum wanita. Meringue Puff ni agak menjadi bualan dalam kalangan peminat barangan Althea. Bila Althea A’bloom memperkenalkan Meringue Puff ini, ramai yang mencubanya dan menyarankan untuk setiap wanita ada Meringue Puff disebabkan ke-gebua-an yang dihasilkan. Bila mek sendiri yang mencubanya, memang tepat dan benar ke-gebu-an Meringue Puff ini berjaya memikat hati mek untuk terus menerus menggunakan Meringue Puff dari Althea A’bloom. Didatangkan dalam dua size iaitu Giant dan Baby. Harga : RM8 (Giant, 1pc) RM11 (Baby, 3pc)


Althea A'bloom Face Mask, direka khusus untuk memberi kesan yang sihat pada kulit wajah


Dapatkan zat-zat yang sepatutnya pada kulit wajah supaya mereka sentiasa sihat

Yang bakal mek ceritakan ini juga adalah salah satu keperluan oleh kaum wanita. Tak kisah samada surirumah atau yang berkerjaya. Kerana, dengan penggunaan produk ini secara auto-nya kita dapat me time dalam 20 minit. Lama jugak, kan. Face Mask dari set Althea A’bloom ini yang didatangkan dengan 4 variasi buah-buahan memang nyaman aje bila melekat di muka. Face Mask agak penting kepada kita bagi kulit wajah mendapatkan zat-zat yang sepatutnya seperti moisturise, whitening, anti wrinkle, dan juga balance pengeluaran minyak pada kulit wajah. Senang cerita, pakai Face Mask untuk dapatkan kulit wajah yang sihat. Face Mask dari Althea A’bloom ini memang cepat sangat susut stoknya di althea.kr , tahap kesedaran kepentingan Face Mask dalam kalangan wanita Korea memang tinggi. Jadi, jom kita mulakan dari sekarang. Harga : RM2 sepeket, RM15 10 peket.

Harga untuk Althea A’bloom ni tidak begitu mahal, semuanya harga mampu milik. Paling penting ianya terus dihantar dari Korea. Korang boleh daftar untuk jadi members di website Althea seperti mek sertakan di bawah. Banyak keuntungan bila korang daftar, dapat tahu set terbaru yang dikeluarkan oleh Althea, macam set Althea A’bloom ni. Boleh mencuba setiap satu yang terbaru dari Korea, tak gitu. Althea tidak terhad kepada produk kecantikan muka sahaja, ada juga produk penjagaan yang lain seperti rambut, wangian dan lain-lain yang berkaitan.

Bagi korang yang belum pernah mencuba produk kecantikan dari Korea, Althea A’bloom adalah salah satu set yang korang boleh dijadikan sebagai permulaan untuk menggunakan produk kecantikan Korea. Tiga produk yang ada dalam set Althea A’bloom tidak akan membahayakan kulit wajah korang kecuali kulit wajah korang begitu sensitif dengan produk baru. Pun begitu, dengan harga yang ditawarkan oleh satu set Althea A’bloom mek rasa berbaloi untuk korang mencubanya. Tak cuba, tak tahu bagaimana tindakbalas set Althea A’bloom pada wajah korang.

Info lanjut untuk dapatkan Althea A’bloom ;


Sekian ..

CARA MENCUCI PUFF MUKA DENGAN BETUL


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hujung minggu macam ni terasa nak buat satu entry tips menjaga alatan kecantikan wajah kita semua. Mek yakin setiap antara kita mesti ada puff, kan? Puff atau biasanya mek gelarkan dia sebagai spounge foundation adalah salah satu yang mesti ada dalam setiap bag make up kita. Siapa yang tak gunakan foundation, kan? Tapi sejauh mana kesedaran kita dalam menjaga puff ini supaya ianya kekal bersih, tidak berbau, tidak menjadi medium pembawa kuman untuk rosakkan kulit wajah kita. Jadi jom lah kita belajar cara bersihkan puff dengan betul.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bersihkan puff dengan betul :

Bekas dari kaum kerabat besen.
Sabun buku tak kisah jenama apa.
Puff korang yang dah digunakan.


Besen, sabun buku dan puff yang telah digunakan

Tatacara bersihkan puff dengan betul :

Tempat yang sebaiknya adalah di sinki.
Basahkan puff korang dengan air.
Penuhkan 1/4 air di dalam bekas besen.
Puff ditonyoh ala-ala manja di sabun buku.
Kemudian ambik puff dan squeeze dalam air.
Ulang step ni sehingga puff korang bersih.
Jemur puff untuk kering.


Gosok puff pada sabun buku, bahagian yang kotor amat dititikberatkan


Squeeze puff dalam air untuk tanggalkan kotoran


Jemur puff ditempat yang teduh namun berangin untuk kering

Mudah sahaja kan untuk bersihkan puff dengan betul. Jumlah keseluruhan masa yang mek ambil tadi dalam 10 minit je untuk dapatkan puff yang bersih. Memang sekejap namun susah untuk istiqamah. Kadang hujung minggu pun lupa nak lakukan tatacara bersihkan puff dengan betul. Maklumlah, yang seharian, yang hakiki tu banyak juga nak dikejar sehingga lupa nak bersihkan apa yang patut. Tapi jangan risau dah, setiap hujung minggu mulai sekarang dah boleh masukkan bersihkan puff dengan betul adalah satu kemestian.

Puff walaupun korang belinya dengan RM10 ataupun korang belinya dengan harga yang sedikit mahal, korang tetap kena jaganya dengan betul yakni kena bersihkan puff dengan betul. Sebab?

Tujuan korang perlu bersihkan puff dengan betul :

Menyahkan kuman yang ada pada puff.
Elak daripada menggunakan puff yang tidak bersih yang mana mengakibatkan jerawat boleh bertapak di kulit wajah.
Elakkan daripada puff berbau busuk.
Untuk panjangkan lagi usia sebiji puff.

Nampak remehkan, tapi sebenarnya banyak juga kesan jika puff kotor. Bab jerawat tu kalau dah mula menapak ambil masa seminggu juga untuk surut dan hilang dari wajah. Nak tak nak, kesedaran dan istiqamah perlu ada untuk bersihkan puff dengan betul.

Korang ada cara tersendiri untuk bersihkan puff dengan betul? Boleh kongsikan dengan mek di ruangan komen di bawah. Mana tahu cara korang lebih baik dan lagi efektif. Kongsi ilmu tak rugi, kan?

Sekian ..

RUMAH RONALD MCDONALD (RMH) DI HUSM KUBANG KERIAN DIBUKA SEPENUHNYA


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Alhamdulillah, mek diberi peluang dan kesempatan lagi untuk menjadi salah seorang saksi dalam detik bersejarah antara pihak HUSM Kubang Kerian dan juga Ronald McDonald House Charities (RMHC). Pada permulaan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini, masih segar dalam ingatan mek perjanjian yang termeterai antara kedua pihak ini. Dan semua yang hadir begitu teruja dan mendoakan agar proses Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dapat didirikan dengan lancar dan sesempurna mungkin.



Bahagian hadapan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian



Kurang dari setahun, lebih tepat selama 9 bulan pembinaan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dibina, menyediakan beberapa kemudahan untuk para penjaga pesakit wad kanak-kanak di HUSM Kubang Kerian ini. Tentunya korang akan teruja jika mek sebutkan setiap inci yang tersedia di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian. Projek yang menelan belanja RM4 Juta ini tentunya akan menyenangkan ramai ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka yang menerima rawatan di wad kanak-kanak HUSM Kubang Kerian.


General Manager RMHC, En Nazri

Antara kemudahan yang ada di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian :

Bilik penginapan untuk ibu bapa (sebanyak 18 bilik)

Ruang makan

Ruang istirehat

Dapur untuk memasak

Ruang TV

Ruang bermain untuk kanak-kanak

Bilik Dobi

Bilik Sensori Ronald McDonald


Ruang TV


Laman permainan untuk kanak-kanak


Bilik tidur untuk keluarga pesakit, memuatkan 4 orang per bilik


Bilik Dobi


Kaunter pendaftaran sebelum menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Bilik permainan untuk kanak-kanak


Sensory Room, untuk kegunaan kanak-kanak yang mendapat rawatan autism


Ruang dalam Sensory Room

23 Jun 2019 menjadi tarikh yang amat bermakna bagi pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan juga HUSM Kubang Kerian apabila Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian dibuka sepenuhnya kepada ibu bapa yang anak-anaknya mendapatkan rawatan di wad kanak-kanak HUSM Kubang Kerian. Tujuan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dibina tersangat murni iaitu meringankan bebanan serta membendung emosi ibu bapa yang menjaga anak mereka yang sedang sakit.


Sesi penyerahan kunci kepada keluarga pertama oleh Ybhg Prof. Datuk Dr Asma Ismail (Naib Canselor USM) dan En Azmir Jaafar (Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia)


Keluarga kedua, diiringi juga oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari (Pengarah HUSM Kubang Kerian) serta En Nazri (General Manager Persatuan Kebajikan Ronald McDonald, RMHC)


Keluarga ketiga


Bersama ibu bapa pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian

Untuk pengetahuan korang, Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini adalah yang kedua selepas Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUKM, dibina pada 1999.  Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian dilunaskan pada saat yang tepat, mengikut keperluan semasa dan keperluan sejagat. Dengan berbezanya selama 20 tahun sejak penubuhan Rumah Ronald McDonald yang pertama, tidak bermaksud Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) berdiam diri. Namun fokus mereka teralih kepada penyediaan Sensory Room di kebanyakkan negeri.


Pn Nur Wahida, Pengurus Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Keceriaan mereka adalah hasil sumbangan kita pada hari ini


Keluarga pertama yang menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Ruang bilik yang selesa


Penjagaan rapi daripada kakitangan HUSM sepanjang keluarga menginap di sini


Kebajikan yang sentiasa terjaga


Ruang makan yang selesa

Ibu bapa akan terasa lebih ringan dari segi kewangan, emosi dan juga aspek keselesaan bila mereka juga dijaga kebajikan mereka melalui pembukaan Rumah Ronald McDonald ini. Dengan kadar hanya serendah RM5 semalaman, tentunya ianya cukup meredakan perasaan gundah gulana ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika salah seorang harus berhenti dari mencari punca pendapatan semata-mata untuk menjaga anak mereka di wad kanak-kanak. Tentunya pesakit kanser, atau lain-lain penyakit yang memerlukan rawatan lebih dari sebulan, memakan kos yang tinggi, bukan sahaja dari segi bil rawatan, malah kos sara hidup seharian ibu bapa juga meningkat.

Prasyarat untuk menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian :

Anak-anak yang di daftarkan di wad kanak-kanak HUSM Kubang Kerian sahaja.

Tiada minima atau maksima pendapatan yang ditetapkan.

Setiap ibu bapa yang ingin menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian perlu melalui Pegawai Kebajikan HUSM terlebih dahulu.

Sehari sebelum Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dibuka kepada tetamu, pihak pengurusan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) bersama sebahagian besar pihak pengurusan McDonald’s Malaysia, turun padang bergotong-royong membersihkan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian bagi memastikan tetamu yang menginap di sini nanti mendapat semaksima mungkin keselesaan yang ada. Turut menghadirkan diri dalam sesi gotong-royong ini adalah kakitangan HUSM Kubang Kerian yang juga menjadi pendokong utama Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini berjaya berada di sini pada hari ini.


Kakitangan McDonald’s juga turut hadir untuk sesi gotong-royong sehari sebelum Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian dibuka sepenuhnya


Pihak Pengurusan Rumah Ronald McDonald (RMH) juga turut hadir


Blogger juga turut membantu


Persiapan bagi menerima kunjungan keluarga di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Sesi penanaman pokok oleh En Azmir Jaafar


Tanaman pokok oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Sukari


Laman Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Pokok yang bakal menjadi teduhan bagi laman Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian


Warga kerja Rumah Ronald McDonald (RMH) dan HUSM Kubang Kerian

Mek rasa ramai juga yang perasan tabung kecil bewarna merah di Restoren McDonald’s, biasanya diletakkan di bahagian kaunter. Di laluan Drive Thru juga turut diletakkan tabung kecil ini. Sebenarnya, hasil sumbangan daripada tabungan itu lah yang terbinanya Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini. Pun begitu, jumlah kutipan yang diterima di seluruh Malaysia mulai Januari 2018 sehingga Disember 2018 mencecah RM1 Juta ! Sepenuhnya wang ringgit ini disalurkan bagi pembinaan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini. Baki lagi RM3 Juta adalah sumbangan daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), badan-badan korporat dan juga NGO untuk sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan, agar ibu bapa mendapat keselesaan, meredakan emosi.

Untuk menampung keperluan keluarga yang menginap di Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian tentunya banyak lagi dana yang diperlukan. Besar juga harapan pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan juga HUSM Kubang Kerian untuk kita sama-sama membantu dalam menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan keluarga yang menginap di sini. Mungkin sumbangan tenaga juga boleh dihulurkan bagi memastikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian sentiasa kemas, bersih serta selesa untuk keluarga yang hadir. Mana tahu sedikit kudrat dan wang ringgit yang disalurkan di sini dapat menjadi teduhan kita sana nanti.


Para penyumbang untuk jayakan Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian, Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.


Wakil blogger Kelantan yang turut menjadi saksi bagi Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian

Teruskan menyumbang di tabung-tabung kecil di McDonald’s agar lebih banyak lagi Rumah Ronald McDonald (RMH) dibina, memberi senyuman kepada lebih ramai lagi. Sumbangan yang kecil mampu membantu mereka yang begitu memerlukan. Semoga Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua.

Sekian ..

SENORITA SHAWN MENDES AND CAMILA CABELLO



Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Lagu Senorita ini mek terperasan di youtube tempoh hari. Tapi masa tengok thumbnail tu, tak tekan play pun. Cuma terdetik dalam hati ‘oh lagu baru ni.’ Dibiarkan begitu sahaja, tak search pun lirik lagu senorita atau apa-apa yang berkaitan. Terus melupakan sehinggalah tersalah buka hitz atau hot fm. Mek tak pasti yang mana satu, tapi bila lirik lagu Senorita dimainkan, mek yakin dan pasti ini adalah lagu yang mek tak peduli tempoh hari. So layan lah lirik lagu Senorita sambil drive balik kerja.


Camila Cabello, Senorita

Lirik lagu Senorita :

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

Land in Miami
The air was hot from summer rain
Sweat dripping off me
Before I even knew her name, la la la
It felt like ooh la la la
Yeah no
Sapphire moonlight
We danced for hours in the sand
Tequila sunrise
Her body fit right in my hands, la la la
It felt like ooh la la la, yeah

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running

Ooh, you know I love it when you call me señorita
I wish it wasn't so damn hard to leave you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for ya

Locked in the hotel
There's just some things that never change
You say we're just friends
But friends don't know the way you taste, la la la
'Cause you know it's been a long time coming
Don't you let me fall
Ooh, when your lips undress me
Hooked on your tongue
Ooh love, your kiss is deadly
Don't stop

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need you
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you know I love it when you call me señorita
I wish it wasn't so damn hard to leave ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

All along I've been coming for you
And I hope it meant something to you
Call my name, I'll be coming for you
Coming for you, coming for you, coming for you
For you (ooh, she loves it when I come)
For you
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

Komen mek pada lirik lagu Senorita :

Lagunya agak okei, mek tak tahu melody jenis apa lagu Senorita bawakan cuma yang mek pasti ianya sesuai dan tak begitu menyerabutkan.

Lirik lagu Senorita takada yang kotor pun cuma kalau korang otak kuning fikirannya melayang lah kebahagian-bahagian yang tidak sepatutnya. Lirik lagu Senorita hanya menceritakan yang perempuan ni suka dengan panggilan / layanan lelaki ini. Cuma dia harap kalau cinta tak kesampaian takadalah dia meratapi / hadap sangat dengan lelaki tu. Biasa je kan?

Video klip lirik lagu Senorita, ini adalah kebiasaan pada mereka orang barat namun bukan kita yang beragama islam. Tengok sekadar tengok mungkin okei. Tu pun cukuplah sekali tengoknya. Kalau dua kali takut menjadi dosa pula, takut menimbulkan rasa syahwat atau apa-apa yang boleh mengundang perkara mungkar. Jadi cukuplah layan lagunya sahaja.

Itulah pandangan mek terhadap lirik lagu Senorita. Korang pulak yang dah dengar lirik lagu Senorita, boleh lah letak komen di bawah ni.

Sekian ..