SOUQ RAMADHAN BUFFET HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Salam berpuasa untuk semua yang membaca entry mek ini. Sehingga hari ini, macam mana dengan keadaan puasa korang? #ramadhangoals dah berapa percent terlaksana? Mek harap dan doakan semuanya dapat laksanakan #ramadhangoals dengan jayanya walaupun hanya 80%. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk laksanakan apa yang telah kita matlamatkan. Kadang dalam kita berusaha untuk jayakan matlamat, ada juga kekangan yang mengaral. Jadi, jom tenangkan diri dengan berbuka puasa di tempat yang boleh tenangkan kita. Yang boleh kita berbuka bersama keluarga dalam keadaan selesa serta boleh menunaikan ibadah wajib serta sunat bersama-sama. Jom ke Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu.


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

150 menu hidangan lauk pauk

Lauk-pauk yang terhidang di sini memang cukup membuat tetamu menjadi rambang mata. Mana taknya, sebanyak 150 menu terhidang di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Mungkin korang terfikir takkan mampu untuk makan kesemua 150 hidangan tersebut. Mek bersetuju namun taktikal untuk makan hidangan buffet ramadhan tak sama macam korang pergi kenduri. Korang tak boleh nak tamak cuba semua benda tapi korang boleh ambik serba sedikit apa yang korang rasa nak makan, dan kalau sedap boleh tambah lagi. Taktikal ini berjaya mek lakukan pada Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu dan apa yang mek sempat cuba adalah :
  

Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Ikan Tiga Rasa
Ayam Manggo
Beef Stick
Prawn with Chili Sauce
Soft Bun Chicken
Rojak Buah
Kambing Bakar
Kari Kambing Gearbox
Yong Tau Foo
Air Kelapa
Air Katira
Buah-buahan
Kuih-muih
Lokceng / satay ikan
Puding Blueberry
Kek Chocolate

Mek sempat makan lebih 10% daripada menu yang ada tapi ada dua tiga menu mek tambah sampai tiga kali iaitu Kari Kambing Gear Box dan juga Ikan Tiga Rasa. Memang betul-betul mengenyangkan dan nasi mek ambil suku senduk sahaja untuk ambik rasa makan dengan lauk-pauk lain. Selebihnya hanya meratah sahaja.

Harga Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu berbaloi

Harga Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu pada 2019 masih lagi mengekalkan harga yang sama seperti tahun lepas iaitu RM85 bagi seorang dewasa dan 50% diskaun bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bagi yang bawah 4 tahun, mereka adalah percuma untuk masuk ke Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Bagi mek, dengan RM85 memang dah cukup berbaloi dengan apa yang mek makan. Kalau korang pandang harga memang ianya nampak mahal akan tetapi jika tengok pada menu yang sempat mek makan, kalau diikutkan harga sebenar memang melebihi daripada RM85. Setongkol Kari Kambing Gearbox tu pun dah berapa. Cuba bayangkan jika makan sehingga 5 tongkol. Memang puas hati makan di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Harga yang berbaloi setimpal dengan cukup rasa yang dipersembahkan.

Tempat mengikut kesesuaian tetamu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Salah satu yang menjadi keutamaan mek pada setiap kunjungan makan di restaurant adalah keadaan susun atur meja (layout restaurant). Hal ini mek titik berat sangat memandangkan mek ada anak kecil yang suka berlari sana-sini, meninjau tempat baharu bagi mereka. Di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu ini disediakan pelbagai susun atur yang memenuhi keperluan tetamu. Contohnya untuk mereka yang datang bersama keluarga besar, ada meja bulat untuk mereka. Untuk mereka yang berdua sahaja, ada meja yang khusus untuk berdua. Untuk keluarga kecil atau datang dengan rakan, ada juga meja yang bersesuaian. Dan untuk mereka yang sukakan udara segar, boleh mengambil tempat di ‘pool side’ untuk iftar bersama mereka yang tersayang. Pendek kata, datang Souq Ramadhan Hotel Perdana Kota Bharu semuanya akan berpuas hati.

Surau solat terawikh untuk kemudahan tetamu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Part paling mek bersetuju, suka dan seronok adalah Hotel Perdana menyediakan juga surau untuk solat terawikh untuk tetamunya. Memang saban tahun Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu menyediakan kemudahan ini. Tempat yang selesa serta imam dari pelajar tahfiz memang buatkan lagi ‘hidup’ terawikh di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Bila ada kemudahan seperti ini, tetamu akan lebih selesa dan tenang untuk tunaikan ibadah wajib serta sunat. Tidak lah mereka terkejar-kejar untuk ke surau berdekatan untuk tunai Maghrib serta Isyak. Alang-alang dah bawa keluarga iftar bersama, boleh ajak mereka untuk terawikh sama-sama. Indahnya Ramadhan, menyatukan ummah dalam menunaikan ibadah.

Info lanjut :

Call frontline : 09-7458888

Sekian ..

#bukapuasa
#iftar
#souqramadhan
#buffetramadhan
#hotelperdana
#iftarkotabharu
#nahcadangan
#foodieblogger
#mekyunie

8 comments

  1. Wowww Hotel Perdana memang terbaek!!!
    Bilik, Layanan servis dan makanannya pun semua sedap!!!

    Berbaloi kalau souq di sini ...

    ReplyDelete
  2. byk2 makanan sambal belacan
    tu jgk jadi pilihan utama kita
    seleranya nampak

    ReplyDelete
  3. Sedap sungguh menu-menu dio mek...terliur ambo

    ReplyDelete
  4. Banyaknyaa menu Mek... pening laa nak pilih hok paling berkenan dihati kalau g bufet ramadan gak..

    ReplyDelete
  5. Meriah sungguh menu tu.. orang Kelantan berdekatan kena gi rasa..

    ReplyDelete