SEWA KERETA KETIKA MELANCONG DENGAN MYSUPERVIP CAR RENTAL

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Sewa kereta lebih mudah dan jimat ketika melancong di mysupervip car rental. Atau korang lebih suka pada pengangkutan awam bila melancong? Kalau dalam Malaysia, mek lebih suka untuk berkereta dan pandu sendiri memandangkan servis pengangkutan awam kita belum lagi sampai peringkat negara matahari terbit. Mungkin jika melancong seorang diri, ianya tidak begitu susah namun bila melancong bersama anak kecil, tentunya pelbagai persiapan perlu dilakukan. Perlu lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi sepanjang melancong di negeri orang. Bagi mek, kalau nak tunggu pengangkutan awam, alamatnya menjerit stress dulu lah mek di pertengahan jalan tu nanti. Jadi, sewa kereta adalah pilihan yang tepat.

Mengikut kesesuaian keluarga


Sewa kereta lebih mudah dan jimat ketika melancong di mysupervip car rental.

Dengan sewa kereta, kita boleh pilih kereta apa yang bersesuaian dengan keluarga kita. Contohnya kalau mek berempat, Myvi, Axia atau Saga sudah memadai untuk bergerak kemana-mana. Pun begitu jika ahli keluarga lain turut menyertai pelancongan dalam negeri, maka kereta yang lebih besar adalah lebih diperlukan contohnya Avanza, Inova atau apa-apa yang seumpamanya. Tambah pula, jika menggunakan perkhidmatan sewaan kereta, bagi mek ianya lebih menjimatkan masa dan kos kerana kita tidak perlu untuk menunggu lama untuk bergerak ke mana-mana dan juga boleh guna satu kereta itu sahaja tanpa memerlukan perpecahan ketika melancong. Kalau tidak, kena pula menunggu ‘group’ lain sampai ke destinasi yang dituju bersama.

Lebih selesa untuk bergerak


Sewa kereta lebih mudah dan jimat ketika melancong di mysupervip car rental.

Penggunaan kereta memang dititik beratkan bila melancong memandangkan untuk satu tempat ke tempat yang lain, tak semua kemudahan awam dapat disediakan. Kadang perlu berjalan. Kalau bawa ibu bapa dan kanak-kanak tentunya sewa kereta akan memudahkan semua pihak. Kadang bila melancong, jadual masa kita tidak terikat dengan mana-mana pihak. Jadi kita lebih bebas untuk ke mana-mana. Contohnya, kalau nak keluar sehingga 1 pagi pun, dengan sewa kereta tidak menjadi masalah. Seperti mek di Sabah pada Februari 2019, kami nak gerak turun dari Kundasang jam berapa pun tak kisah sebab tidak terikat dengan mana-mana ‘outsider’. Anak-anak pun tahu sajalah, ada yang nak kena tukar pampers, ada yang nak terkucil, kadang ternampak jualan di bahu jalan teringin nak merasa.

Guna mysupervip car rental


Sewa kereta lebih mudah dan jimat ketika melancong di mysupervip car rental.

Mek nak cadangkan kepada korang satu website untuk sewa kereta dengan lebih mudah dan jimat, supaya pelancongan korang menjadi lebih tenang dengan persiapan awal dan bantuan daripada team mysupervip car rental. Untuk pengetahuan korang, mysupervip car rental ini menyediakan perkhidmatan sewaan kereta di seluruh negeri dalam Malaysia. Mudah lah untuk kita buat ‘dealing’ dengan team mysupervip car rental. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan servis yang disediakan seperti yang mek perkatakan tadi. Dalam erti kata lain, perjalanan melancong korang akan lebih mudah dan jika mengalami masalah sekalipun, boleh terus telefon mereka yang bertugas untuk minta bantuan.


Sewa kereta lebih mudah dan jimat ketika melancong di mysupervip car rental.

Sempena nak berhari raya ni, korang mesti ada merancang nak balik ke kampung melalui pesawat, kan? Tak nak bersesak lama di jalan raya. Balik kampung mungkin kereta saudara mara yang lain ada akan tetapi pada waktu hari raya, semua orang nak menggunakan kereta untuk tujuan masing-masing. Jadi mungkin korang boleh usha mysupervip car rental untuk buat sewaan kereta sementara di kampung. Boleh la berkunjungan ke rumah rakan taulan yang sekian lama tak berjumpa. Musim raya beginilah nak eratkan balik hubungan yang telah lama ‘dingin’ disebabkan kesibukan kerjaya masing-masing. Jom hangatkan kembali dengan mysupervip car rental. Pasti puas hati !

Tempah kereta di : website mysupervip car rental
Guna promo kod (RM10 diskaun) : MEKYUNIEPROMO

Sekian ..

#carrental
#keretasewa
#promokeretasewa
#keretasewamurah

5 comments

  1. Kemudahan yang boleh dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  2. Dulu ke Langkawi memang sewa kereta sebab nak shopping dengan selesa hahahhah

    ReplyDelete
  3. Sewa kereta memang lebih praktikal kan, sesuai bagi yang mana rasa tak larat mlnak drive jauh dari rumah ke destinasi tujuan..

    ReplyDelete
  4. Mudah sekarang ada servis macam ni..

    ReplyDelete
  5. The cheapest car rental in Langkawi is Proton Saga from Merge-Car-Rental. Its price is only $15.74 per day. Merge-Car-Rental was reviewed by 5+ customers with a rating average score of 9.1/10

    ReplyDelete