PADANG KOTA LAMA PULAU PINANG JALAN JALAN PENANG


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Padang Kota Lama, Pulau Pinang antara warisan dan pelancongan. Pada kunjungan mek ke Pulau Pinang tempoh hari, Padang Kota Lama Pulau Pinang ini bukanlah satu tempat yang mek senaraikan untuk berkunjung. Memang betul Padang Kota Lama Pulau Pinang adalah satu tempat yang diwar-warkan untuk ke sini bagi melihat warisan peninggalan penjajahan suatu ketika dahulu. Dan ianya tidak menarik minat mek untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tapi bila tiba je di Pulau Pinang, masyaAllah bangunan warisan yang dikekalkan itu membawa mek ke Padang Kota Lama Pulau Pinang bagi melihat dengan lebih dekat peninggalan penjajah ini. Memang betul, terasa warisan English Style yang ada di Pulau Pinang. Dan kini ianya menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung.


Padang Kota Lama, Pulau Pinang 

Warisan di Padang Kota Lama Pulau Pinang

Sepanjang percutian mek di Pulau Pinang, mata mek memang banyak ‘tangkap’ keunikan bangunan-bangunan warisan di Pulau Pinang yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Yang pertama mek tengok adalah KFC yang mana restaurantnya dalam bangunan kayu. Seterusnya pihak perbankan, insurans dan juga tidak lupa kepada automobil. Hampir ke semua berada di bangunan warisan seperti dalam cerita P Ramlee. Paling mek tabik adalah Starbucks yang seolah-olah cafe urban berada di dalam kopitiam tahun 80-an. Untuk ke Padang Kota Lama Pulau Pinang, korang akan melihat semua yang mek maklumkan tadi. Jika korang menaiki basikal atau motor memang agak senang untuk berhenti dan mengambil gambar namun jika berkereta agak susah juga. Di Padang Kota Lama Pulau Pinang korang akan dihidangkan juga dengan lebih 5 bangunan yang bersejarah dan berwarisan daripada dulu. Cukup cantik untuk korang mengabadikan potret-potret ini dalam sosial media korang. Bagi mek, ianya ibarat lukisan. Seolah-olah tak percaya bangunan warisan sebegini masih dikekalkan di Pulau Pinang.


Padang Kota Lama, Pulau Pinang 

Tarikan pelancongan di Padang Kota Lama Pulau Pinang

Jika ke Pulau Pinang namun tidak singgah melihat Padang Kota Lama Pulau Pinang memang #jalanjalanpenang korang takkan lengkap. Sebab di sini korang boleh lihat dan rasa ‘Pulau Pinang’ itu macam mana sekelilingnya. Di Padang Kota Lama Pulau Pinang korang boleh bersantai dan juga makan-makan makanan yang berasal dari negeri ini. Sebagai contoh, korang boleh lepak di lapangan Padang Kota Lama Pulau Pinang sambil ambil angin dan tengok orang bermain di padang. Kalau ada anak kecil, seronok lah mereka berlari ke sana ke mari. Lebih seronok kalau main buih belon bersama mereka. Nak photoshoot memang lawa sangat-sangat dengan berlatar belakangkan bangunan lama. Di tepian laut pula korang boleh ambil pemandangan kapal-kapal besar serta kapal cruise yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang. Di sini memang cantik sangat pada waktu matahari terbenam atau dalam islam kita panggil waktu Maghrib. Dan korang juga boleh makan malam di Medan Selera Padang Kota Lama Pulau Pinang. Di sini korang jangan terkejut bila ramai yang akan kerumun korang bila korang dapat tempat duduk sebab setiap wakil kedai akan datang kepada korang untuk bertanyakan order. Memang satu budaya yang mek tak pernah jumpa di negeri lain.


Padang Kota Lama, Pulau Pinang 


Padang Kota Lama, Pulau Pinang 

Maka betullah dakwaan mereka yang pernah berkunjung ke Pulau Pinang, kalau tak jejak kaki ke Padang Kota Lama Pulau Pinang, kau takkan kenal Pulau Pinang ini macam mana. Mek bersetuju. Dan mek bersyukur kerana spouse memberi cadangan untuk kami makan malam di sini kerana keunikan dan warisan yang ada di Padang Kota Lama Pulau Pinang ini betul-betul membuatkan mek rindu untuk ke sana sekali lagi, macam rasa banyak lagi gambar yang tidak diambil sepanjang keberadaan di sana. Kalau korang berkunjung ke Padang Kota Lama Pulau Pinang, jangan lupa untuk luangkan masa sebanyak mungkin supaya setiap inci di Padang Kota Lama Pulau Pinang itu korang boleh rakam sejarah dan juga mencipta kenangan untuk di bawa pulang.


Padang Kota Lama, Pulau Pinang 


Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Sekian ..

#jalanjalanpenang
#jalanjalan
#penang
#mekyunietravel
#travelling
#travelog
#padangkotalama
#nahcadangan
#medanselerapadangkotalama

3 comments

  1. best nya..saya xpuas jalan2 sana lagi..tq ye sharing..😊

    ReplyDelete
  2. Terliur tgk masa2 ni. Pasemborrrr.. Sedapnya wei.

    ReplyDelete