Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri. Siapa tak kenal
dengan penceramah motivasi tersohor Azizan Osman. Sebut sahaja semua dah
terbayang akan muka Azizan Osman yang tersenyum seolah-olah memberi aura
positif untuk berjaya. Seingat mek, bermula pada 2007 lagi Azizan Osman
merupakan salah seorang motivator yang terkenal di Malaysia. Bila sebut Azizan
Osman yang akan bagi motivasi, semuanya tak sabar untuk mendengar bait-bait
dari mulutnya. Mana taknya, semua hadirin yang pernah memasuki seminar, kelas
motivasi daripada Azizan Osman, semuanya memberi pujian, thumbs up kepadanya
kerana berjaya mencungkil, membuka pintu untuk hadirin supaya mula bergerak
untuk tingkatkan kemajuan diri.
Program Nak Ubah Hidup untuk tingkatkan motivasi diri
Azizan Osman memang aktif dalam memberi motivasinya
kepada orang ramai. Untuk 2019, satu program motivasi yang hebat, Nak Ubah
Hidup Kuasai Potensi Diri akan dipersembahkan oleh Azizan Osman pada 30 Ogos
sehingga 01 September di Setia City Convention Centre (SCCC) Setia Alam, Shah
Alam. Misi program Nak Ubah Hidup ini bukan sahaja untuk mereka yang ingin
kembangkan perniagaan malah untuk tingkatkan potensi diri dalam bidang kerjaya
masing-masing. Tidak semestinya korang perlu menjadi seorang usahawan untuk
terlibat dalam program seperti ini kerana setiap apa yang berlaku dalam
kehidupan kita perlu ada keyakinan diri. Jika kita tidak yakin, bagaimana kita
boleh mendepani cabaran-cabaran yang ada dalam liku kehidupan.
Aura positif akan disuntik
Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri
Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri
Melalui progaram Nak Ubah Hidup ini, korang akan disuntik
dengan aura yang positif untuk berjaya. Dan ianya bukan setakat menyuntik
kata-kata semangat daripada Azizan Osman malah Azizan Osman akan tunjukkan
kepada korang bagaimana untuk ubah kehidupan korang kepada yang lebih baik.
Bagaimana nak kembangkan perniagaan korang dengan lebih yakin dan bagaimana nak
letak diri korang sebagai seorang yang berkeyakinan dalam apa jua bidang yang
korang ceburi. Mungkin ada yang memandang bahawa program Nak Ubah Hidup ini
lebih kepada mereka yang berniaga tapi salah sangkaan itu. Dalam kalangan
hadirin program Azizan Osman ada yang berlatarkan kerjaya sebagai anak seni,
ada juga berkerja kerajaan. Hanya satu matlamat ‘Nak Ubah Hidup’.
Bangkit demi kelansungan hidup
Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri
Jadi, tunggu apa lagi rakan sekalian. Peluang yang baik
seperti ini jangan dilepaskan kerana komen-komen positif daripada mereka yang
hadir ke program Nak Ubah Hidup Azizan Osman ini rata-rata memberi 5 bintang
dan berharap agar program sebegini dapat dilansungkan lagi. Untuk korang yang
belum pernah menghadiri program Nak Ubah Hidup, boleh berbuat demikian pada
tarikh yang telah mek nyatakan tadi. Ingat, kita perlu ubah diri kita demi
kelansungan hidup. Tiada siapa boleh buat kita berjaya melainkan diri kita
sendiri dan program Nak Ubah Hidup Azizan Osman ini akan merungkai jalan dan
cara bagaimana korang nak level up diri korang, level up kehidupan korang,
level up keluarga korang. Tentunya itulah impian setiap insan disamping tidak
meninggalkan akhiratnya.
Info lanjut :
Emel : inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1300882424
Sekian ..
#nakubahhidup2019
#nakubahhidup
#kuasaipotensidiri
#azizanosman
#10ximkk
#zerokemillion
jom wak !! harga tiket dia pun tak mahal sangat rupanya ya.. best serap aura..
ReplyDeletethanks so much for sharing this inspiring session, learnt some tips. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletebagus kan program gini! Sedut aura positif!!
ReplyDeleteGood programme.. Pernahlah pergi dulu seminar by Dr Azizan ni..tu yang asyik ukur jalan kat KL.. Izzat suka sangat bersemangat katanya pahtu ye ajok aku pulok gi..hahahaa tapi seminar yang murah jelah masa tu..yang beribu tu nak kena mengumpul jadi jutawan dululah gamaknya 😂
ReplyDeleteSuka pergi program macam ni boleh tahu potensi diri
ReplyDelete