MOREKH DI KELANTAN, RESTOREN E RANTAU PANJANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang. Sesi morekh pada musim Ramadhan kali ini diteruskan lagi dengan mencuba menu-menu morekh di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Sejujurnya mek tak pernah tahu pun kewujudan Restoren E Rantau Panjang ini. Mungkin sebab mek jarang mencari makanan seberang sana di kawasan situ jadi mek kurang peka dengan restoren yang ada. Pada kebiasaan, jika ada yang bertandang ke Rantau Panjang, mek akan bawa ke beberapa kedai yang mek dah kenali seperti *Restoren Resepi Rantau Panjang* dan juga gerai mee celup di Kg Bagus, Kubang Rambutan, Rantau Panjang. Lepas raya mek akan cuba untuk review gerai mee celup yang popular sekitar Rantau Panjang.


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang

Colek Kelantan dari negara seberang

Kunjungan mek ke Restoren E Rantau Panjang ini bukanlah di ‘recommend’ oleh siapa-siapa. Ianya hanya kebetulan pada malam tersebut, mek keluar untuk mencari roti tempayan cheese namun kedainya tutup. Maka mek pun singgah di Restoren E Rantau Panjang kerana mek lihat kemeriahan pada kedai tersebut. Ternyata mek mendapat jawapan kenapa Restoren E Rantau Panjang menjadi tumpuan penduduk setempat. Peniaga di sini rata-ratanya kelihatan seperti mereka yang tinggal di seberang sana. Daripada segi percakapan mereka mek boleh agak yang mereka adalah penduduk Thailand yang berniaga mencari rezeki di sini. Kebanyakkan hasil air tangan negara jiran ini mampu memikat selera kami penduduk tempatan di Rantau Panjang ini.

Lebih 5 jenis juadah morekh

Mek agak teruja dengan hidangan yang ada, memang banyak dan rasanya kalau mencuba semuanya memang mahu pecah perut dibuatnya. Berikut colek yang disediakan di Restoren E Rantau Panjang :


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang

Gorengan cucur dan adik-beradik fishball, hotdog.
Colek perut lembu
Colek buah-buahan campuran jeruk dan segar
Colek kerang
Somtam
Kerabu Maggy

Selain daripada makanan colek dan kudapan sambil berborak, hidangan popular negara jiran seperti Mee Celup juga turut ada untuk pelanggan mencuba air tangan mereka. Mek belum berkesempatan untuk mencubanya. Tapi apa yang mek cuba dengan colek gorengan dan colek buah-buahan adalah setanding dengan hidangan colek pada bulan Ramadhan.

Jika korang berkunjungan ke Kelantan atau bagi mereka yang dah berada dalam Kelantan, boleh ke Rantau Panjang pula untuk mencuba morekh di sini. Lepas solat terawikh di Masjid Beijing, boleh terus ke Restoren E Rantau Panjang untuk mencuba aneka colek Kelantan dan juga makanan morekh di seberang Thailand sana. Bagi mek, colek di Restoren E Rantau Panjang memang mengena juga dengan selera mek. Tidaklah teruk sangat untuk ‘recommend’ kepada korang. Untuk pengetahuan korang juga, Restoren E Rantau Panjang ini juga beroperasi pada hari biasa (bukan bulan Ramadhan). Jika tak sempat untuk berkunjung pada musim morekh ini, boleh berkunjung bila berkunjung ke sini nanti.

Sekian ..

#morekhdikelantan
#morekh
#colekkelantan
#morekhrantaupanjang
#tempatmorekhkelantan
#nahcadangan
#rantaupanjang
#thisisrantaupanjang

1 comment

  1. colek tu apa mek sebenarnya. dia ada makanan khas yang di colek ke?

    ReplyDelete