MOREKH DI KELANTAN, COLEK KG CHERANG KOTA BHARU


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu. Kalau tak silap mek, morekh ini bukan sahaja popular di Kelantan malah diseluruh negeri dalam Malaysia. Cuma mungkin menu morekh kita sedikit tidak sama memandangkan setiap negeri ada makanan morekh mereka masing-masing. Kali ni mek nak kongsi dengan korang apa menu yang popular bila tibanya musim morekh ini di Kelantan. Kalau tak pekena sesi morekh ini ibarat macam tak lengkap pula. Maklum sahajalah, sesi morekh ini hanya ada pada bulan ramadhan sahaja. Lebih syok bagi mek, sesi morekh ini dilansungkan sejurus selepas selesai solat sunat terawikh. Cantik je semua di kedai makan dengan pakaian solat. Yang lelaki elok tampan, yang perempuan sopan menawan.

Colek Ayam Paling Popular


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Sebenarnya colek ini pelbagai jenis yang ada dijual lebih-lebih lagi di negeri Kelantan. Namun di Kg Cherang Kota Bharu ini lebih popular Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu. Mek juga tak berapa pasti kenapa ianya menjadi begitu popular dalam kalangan penduduk setempat tapi sambutan untuk Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ini memang begitu meriah. Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ini sepinggan sudah memadai untuk makan bersama dua orang dewasa. Sepinggan pun tidaklah mahal, harga mampu milik (tak boleh nak beritahu harga sebenar sebab tak tanya kaunter, kira semua terus). Bagi mek, bila dapat makan Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ni, terasa benar berada dalam tempoh morekh.

Colek Buah Pencuci Mulut


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Bagi korang yang tak terasa nak makan Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu, korang boleh juga mencuba colek buah-buahan yang ada di kedai Colek Kg Cherang Kota Bharu. Buah-buahan yang dijadikan sebagai hidangan colek adalah buah-buahan yang segar sahaja seumpamanya jambu batu, jambu madu, ubi sengkuang, mangga dan sahabat mereka yang lain juga. Kuah colek yang tidak begitu pedas, berasa manis gula melaka memang sesuai untuk makan bersama colek buah-buahan segar ini. Pada kunjungan mek di kedai Colek Kg Cherang Kota Bharu ini, ramai juga yang meminta colek buah sebagai pencuci mulut selepas mengambil Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu. Alang-alang dah singgah sini, baik terus cuba kedua-duanya.

Tarikan orang ramai pada bulan Ramadhan


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Seperti yang korang tahu, di Kelantan malah diluar Kelantan juga menu colek ini memang popular pada bulan Ramadhan. Begitu significant dengan bulan mulia ini. Hidangan colek ini memang menjadi perhatian orang ramai untuk dinikmati sambil berbual dengan rakan atau dalam erti kata lain ‘lepak’ bersama mereka. Maklumlah, pada waktu pagi kita perlu berpuasa dan tidak boleh ada waktu makan tengahari bersama untuk berbual-bual. Pada kebiasaan, kedai Colek Kg Cherang ini mulai penuh dengan pelanggan pada jam 9.30 malam, kira-kira selepas jemaah selesai menunaikan solat terawikh 8 rakaat. Dan ianya berlarutan sehingga jam 1 atau 2 pagi bagi mereka yang selesai agak lewat bagi jemaah solat terawikh 20 rakaat. Apa-apa pun, hidangan Colek Kg Cherang ini memang menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke Kota Bharu.

Info lanjut :



Sekian ..

#morekh
#menumorekh
#morekhkb
#morekhkotabharu
#morekhkelantan
#colekkgcherang
#colekcherang
#colekayam
#colekbuah

2 comments