Salam alaikum untuk sahabat blogger mek sekalian ..
Pekerja amanah, Aspirasi Negara. Tema untuk Hari Pekerja 01
Mei 2019. Rupanya setiap negara Hari Pekerja disambut pada tarikh yang tak
sama. Pada anggapan mek, ianya disambut pada tarikh yang sama. Hari Pekerja ini
diaspirasikan oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail yang mana
usulnya di Parlimen diluluskan dengan justifikasi yang cukup bernas. Saban
tahun mek menyambut Hari Pekerja dengan begitu sahaja. Kononnya hari yang
diberi secara esklusif kepada kakitangan yang layak untuk ada ‘one day off’.
Tapi berlainan pula untuk tahun 2019 ini, bila bukan sosial media, ramai yang
menceritakan siapa yang patut dicontohi keazaman beliau dalam soal kerjaya.
Tentunya bila kerjaya berjaya, kehidupan harian juga turut berubah sama.
kisah viral pada hari pekerja 2019 Khairul Nizam Tiga Jari
Khairul Nizam, dilahirkan dengan kecacatan serta mendapat
penyakit lumpuh separuh badan akibat rebah, tapi siapa sangka insan ini adalah
founder kepada jamumall.com - website yang menghimpun produk-produk local dan
dijual secara atas talian bagi memudahkan kedua-dua pihak iaitu penjual dan
pembeli. Khairul Nizam pernah meletakkan dirinya sebagai tidak berguna dan
hanya menyusahkan keluarga untuk menjaganya sahaja kerana tidak mampu untuk
berbuat apa-apa. Dengan keadaannya yang lumpuh separuh badan, hanya ada tiga
puntung jari sahaja, majikan mana yang ingin mengambilnya untuk bekerja. Dan
jika dia hendak memulakan perniagaan, bisakah untuk menyaingi mereka yang
sempurna pergerakannya.
kisah viral pada hari pekerja 2019 Khairul Nizam Tiga Jari
Pun begitu, semangat untuk bangkit duduk seiring dengan
mereka yang lain memuncak dalam diri Khairul Nizam. Siapa tak mahukan kerjaya
yang memberi ekonomi yang kukuh pada diri sekurang-kurangnya. Dan apakah setiap
pagi yang kita diberi peluang untuk terus mencuba dibazirkan begitu sahaja.
Dengan sokongan moral keluarga dan rakan, Khairul Nizam mulakan perniagaannya
secara atas talian, mengikut kemampuan dirinya. Jatuh bangun dalam membina satu
website yang utuh sekarang adalah berkali-kali menangis dan kecewa namun
Khairul Nizam percaya setiap mereka yang berusaha akan membuahkan hasil yang
setimpal. Apa yang penting adalah kejujuran dalam perniagaan, peluang yang baik
kepada orang ramai menjadi semangat juang untuk Khairul Nizam meletakkan di
mana jamumall.com sekarang.
kisah viral pada hari pekerja 2019 Khairul Nizam Tiga Jari
Kisah Khairul Nizam seperti tampak ringkas jika dibaca
dengan begitu sahaja tapi jika korang mengambil isi pentingnya, kita yang
‘sempurna’ anggota badan, ada kerjaya yang terhidang dengan peluang yang baik
namun masih lagi menolak cabaran, sambil lewa dalam menguruskan kerjaya, dan
paling teruk - kita adalah kakitangan yang hanya membebankan organisasi kita
sahaja. Apakah itu matlamat kerjaya kita sepanjang kehidupan? Adakah setakat
itu sahaja yang kita ingin berikan kepada organisasi atau orang ramai dengan
perkhidmatan yang kita sediakan. Kisah Khairul Nizam ini patut diketahui oleh orang
ramai supaya lebih ramai akan terinspirasi dengan kisahnya. Kerana tanpa sedar,
kadang kita tak bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan.
Sekian ..
#nizam3jari
#khairulnizam
#jamumall
#labourdaystory
#fightforlive
#inspirationalstory
#nooneleftbehind
there's a lot of point to ponder here.
ReplyDeletekisah yang boleh bagi inspirasi untuk semua orang..
ReplyDeleteKisah yang patut dicontohi..sangat memberi motivasi untuk kita yang nak berjaya ni
ReplyDeleteAsssalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang Abam Kie's Birthday Giveway. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Tahniah dan terima kasih!
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2019/05/keputusan-abam-kies-birthday-giveaway.html
bangga, walau tak sempurna tapi berjaya !
ReplyDeleteTerbaikkk usaha nizam ni untuk jadi usahawan berjaya
ReplyDelete