FORMAT LAPTOP MURAH DI KL FR LAPTOP SERVICE

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Format laptop murah di kl. Siapa je tak nak penjimatan dan siapa je yang sanggup nak perhabiskan duit untuk selenggara laptop. Tapi bila laptop buat hal, mahu jadi tak keruan, kerja tak siap, ye tak ye nak kena baiki juga si laptop jantung hati. Kalau dibiarkan ‘mati’ begitu alamatnya tak masuk la income (ini spesifiknya untuk para blogger). Kalau untuk para pelajar pula, alamatnya kena berkongsi PC dengan rakan yang lain lah di perpustakaan nanti. Cuba pula kalau mereka yang kerjayanya meng-edit gambar, okei tak nak bayang lebih sebab memang tahu semuanya akan jadi tak keruan. Akan tetapi sejauh mana kesedaran kita dalam penjagaan laptop kalau tak nak bagi kena format?


Punca laptop perlu di format

Ada beberapa asbab yang datangnya daripada kita menyebabkan laptop kita cepat rosak dan juga perlu di format semula bagi memberi kehidupan yang baru. Antara punca yang ketara adalah force shut down. Hal ini boleh berlaku sekiranya laptop dalam keadaan hang dan kita nak restart laptop kembali tapi korang pun fahamkan bila dah hang, buat apa pun memang dia akan kejung macam tu je. Maka force shut down adalah pilihan terbaik. Pun begitu, kita perlu memahami bahawa jika hang sering berlaku itu bermaksud hard disk kita memberi petanda yang ianya tidak berada dalam keadaan baik. Sebelum apa-apa terjadi yang boleh memudaratkan lagi, lebih baik korang memilih untuk format laptop, bagi perisiannya kembali sediakala. Jangan risau, format laptop murah di kl kan ada.



Lindungi data, files korang di D atau online backup

Perkara paling mek takut untuk format laptop adalah kehilangan segala data. Weih, penat kot dan semuanya hilang begitu sahaja. Menangis pun takkan dapat balik bila laptop dah betul-betul mati. Ianya pernah berlaku kepada mek semasa laptop mek yang kedua dulu. Semua gambar dan files words mek habis hilang begitu sahaja. Dulu gambar yang diambil tak se-agresif sekarang terus upload. Dulu ada gambar simpan, yang tepek dalam social media hanyalah yang betul-betul nak bagitahu orang sahaja. Jadi, untuk mengelakkan kejadian ini berulang, data-data yang ada perlu di simpan pada hard disk D pada laptop. Biarkan C dengan file software programme windows. Atau, korang juga boleh menggunakan kecanggihan yang ada masakini dengan upload segala data korang ke google drives. Selamat sejahtera. Dan ini juga akan memudahkan korang untuk lihat data-data simpanan korang di mana-mana sahaja.



Format laptop murah di kl di FR Laptop Service

Format laptop ni bukan boleh dibuat sembarangan juga. Silap hari bulan, laptop korang mati sampai bila-bila, tak boleh dipulihkan lagi. Maka, solusi terbaik adalah dengan membawa laptop korang ke FR Laptop Service bagi mendapatkan format laptop murah di kl. Bukan sahaja korang akan dapat perkhidmatan format laptop murah di kl malah korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat mengenai performance laptop korang. Boleh dapatkan cadangan daripada kakitangan FR Laptop Service yang memang peramah belaka. Seperkara lagi jika korang format laptop murah di kl bukan sahaja korang dapat jimatkan perbelanjaan korang terhadap penjagaan laptop malah korang juga boleh minta kakitangan FR Laptop Service untuk install terus software apa yang korang guna pakai untuk pekerjaan korang. Tak adalah nanti install mircrosoft lepas dua minggu, corrupt. Selesaikan masalah korang dengan easy peasy di format laptop murah di kl, FR Laptop Service.



Janji FR Laptop Service kepada pelanggan

Paling mek suka dengan perkhidmatan FR Laptop Service ni bukan sahaja menjanjikan format laptop murah di kl malah menjanjikan servis yang cepat dan mantop. Korang tak perlu risau jika tiada kenderaan untuk ke FR Laptop Service. Mereka ada kakitangan yang boleh mengambil dan menghantar laptop korang setelah siap sepenuhnya. Dan jika korang dalam keadaan tergesa-gesa untuk menggunakan laptop, format laptop murah di kl ini menjanjikan dalam tempoh 3 jam sahaja boleh disiapkan. Cepat, kan? Jikalau berlaku apa-apa masalah lain dalam tempoh mereka format laptop korang, ianya akan ditanggung 100% oleh FR Laptop Service. Tidak perlu bimbang dengan cara kerja mereka, semuanya terlatih dan mahir dalam bidang ini.

Secara keseluruhan, format laptop murah di kl by FR Laptop Service korang akan dapat faedah dan kemudahan seperti berikut :

Format laptop murah di kl dan siap sepenuhnya tidak melebihi tiga jam.

Format laptop murah di kl memang menjanjikan harga yang rendah di sekitar Kuala Lumpur.

Format laptop murah di kl menyediakan runner untuk ambil dan hantar laptop korang bila dah siap.

Format laptop murah di kl bukan sahaja format laptop korang malah akan bantu korang untuk install software yang diperlukan korang.

Format laptop murah di kl akan memberi nasihat tentang penjagaan laptop korang dengan baik supaya fail korang takkan corrupt atau hilang.



Info lanjut :


Sekian ..

#formatlaptopmurah
#formatlaptopkl
#masalahlaptop
#frlaptopservice
#tipspenjagaanlaptop

7 comments

  1. thanks kongsi tempat ni, mmg ada laptop rosak ni.. nt nak betulkan lah kat sini

    ReplyDelete
  2. Bagus informasi macam ni.. Sekurangnya tahu kat mana nak dituju nanti

    ReplyDelete
  3. Laptop pon ada jangka hayat dia kan.. atleast tahu nanti dah problem ada tempat nak tuju

    ReplyDelete
  4. berapa caj nak format notebook tu Mek? di KB ada cawangan dia ke?

    ReplyDelete
  5. bagus bila duk berdekatan nih! mudah nak tuju!

    ReplyDelete
  6. niceeee. kat shah alam ade tak yg sama ?

    ReplyDelete