Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Bukit Bendera Penang Hill, peninggalan penjajah menjadi
tarikan pelancongan masa kini. Bila sebut je Pulau Pinang akan terbayanglah
jambatannya yang menjadi mercu tanda Pulau Pinang. Dan bila sebut juga Pulau
Pinang akan terbayang juga Bukit Bendera Penang Hill yang tersergam indah di
atas sana. Dah terbayang akan naik keretapi untuk naik ke atas sana. Bila mek
sampai ke Bukit Bendera Penang Hill rupanya kemudahan keretapi ini adalah
inisiatif para penjajah pada ketika itu. Memang diaorang buat penampatan di
Bukit Bendera Penang Hill kerana cuaca yang lebih sejuk berbanding berada di
paras laut. Bukit Bendera Penang Hill ni bukanlah kali pertama mek kunjungi
namun pada kunjungan mek sebelum ini, masih lagi tidak mengerti apa -apa
tentang sejarah Bukit Bendera Penang Hill. Dan di bawah adalah beberapa info
yang korang perlu tahu bila berkunjung ke Bukit Bendera Penang Hill.
Kaunter tiket yang berbeza di Bukit Bendera Penang Hill
Nak naik ke Bukit Bendera Penang Hill kena bertiket kalau
tidak korang akan sampai di kaki bukit Penang Hill je lah. Tapi di bawah tu pun
dah banyak tarikan juga. Kaunter Bukit Bendera Penang Hill akan berada di
sebelah kiri korang bila korang tiba di sana. Kena juga beratur macam biasa
untuk pembelian tiket. Memang sesak dan ramai dengan pengunjung luar negara.
Jadi bila dah sampai di kaunter untuk membeli tiket, korang ada dua pilihan
samada untuk menggunakan tiket biasa naik ke Bukit Bendera Penang Hill atau
menggunakan tiket fast lane. Beza dua tiket ini dalam berbelas jugak. Memang
sekali fikir sayang kat duit tapi keistimewaan yang korang dapat daripada tiket
fast lane Bukit Bendera Penang Hill salah satunya dapat naik keretapi sebelum
orang lain dibenarkan masuk dalam keretapi. Dan dalam apa jua yang beratur di
Bukit Bendera Penang Hill, korang akan diberi keutamaan. Cadangan mek, kalau
berjalan dengan anak kecil, elok ambil yang tiket fast lane untuk elak bersesak
dengan orang ramai.
Bukit Bendera Penang Hill
Kemudahan yang ada pada Bukit Bendera Penang Hill
Sebelum mek pergi ke Bukit Bendera Penang Hill memang dah
google apa yang ada di sini. Cuma mek hanya view ala kadar begitu sahajalah.
Tak tahu apa yang ‘must have’ di Bukit Bendera Penang Hill. Kiranya mek
masukkan tempat ini sebagai tujuan kami pada hari kedua namun apa yang ada
nanti tengok sendiri je lah. Bila sampai je di atas Bukit Bendera Penang Hill
yang pertama adalah nampak pemandangan Pulau Pinang secara keseluruhan. Macam
dalam cerita dan macam dalam FB dan IG juga. Lepas dah tengok pemandangan terasa
haus so cari kedai minum. Rupanya di Bukit Bendera Penang Hill ni ada juga
musium. Dalam musium tu ada cafe dan pelbagai menu menarik ada di situ.
Dikesempatan berehat di cafe itu lah mek baru mencari thru
#bukitbenderapenanghill . Banyak rupanya tempat menarik di atas ini. Ada juga
kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan dan ianya betul-betul berfungsi. Ada
pejabat pos juga dan macam-macam lagi lah. Cuma mek tak sempat nak jelajah
semua sebab nak kejar ke satu lagi tempat yang mana tujuan asal mek datang ke
Pulau Pinang.
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Keseluruhan mek berpuas hati dengan layanan tiket fast
lane dan juga apa jua kemudahan yang ada di atas sana. Memang betul-betul
terpelihara untuk tujuan pelancongan. Cuma yelah, yang bawa anak kecil kena
bertabah sedikit sebab di atas Bukit Bendera Penang Hill memang berjalan
sahaja. Ada buggy tapi mek tak sempat tanya kena bayar atau boleh sahaja
gunakan tiket fast lane itu atau memang untuk ibu bapa bersama anak kecil. Mek
memang lepak selama satu jam setengah sahaja di Bukit Bendera Penang Hill dan
tak teroka semua yang ada contohnya tak sempat nak solat di Bukit Bendera
Penang Hill, tak sempat nak poskan poskad pada kawan-kawan. Jadi kalau korang
berkunjung ke sini paling tidak sempat ke lebih 5 checkpoint yang ada barulah
80% puas hati dengan lawatan tersebut.
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Bukit Bendera Penang Hill
Info lanjut :
Sekian ..
#jalanjalanpenang
#mekyunietravel
#jalanjalan
#penang
#travelling
#travelog
#bukitbendera
#pulaupinang
#nahcadangan
#tempatpelancongan
in sha Allah akan sampai ke sini satu hari nanti.
ReplyDeleteLast naik ke Penang Hill ni masa anak sulung umor setahun.. Skrg ni dia dah 6 y dah.. Padahal duk Penang ja pun😂
ReplyDelete