Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Berbuka
puasa dan bersahur di Mcdonald. Salam ramadhan untuk sahabat alam maya mek.
Sahabat yang depan mata pun selamat berpuasa jugak. Sahabat yang jauh di mata
dekat di hati pun selamat berpuasa penuh juga. Pendek kata, seluruh umat islam
di dunia ini, salam ramadhan kareem. Semoga ibadah puasa kita tahun ini
diterima, amalan-amalan kita juga diterima dan menjadi perteduhan di akhirat
kelak, insyaAllah. Masuk ramadhan selain rehatkan perut daripada memproses
makanan, minda juga kalau boleh nak berehat dan bertenang juga. Tapi saban
tahun apa yang mek hadapi adalah memilih menu untuk berbuka dan bersahur. Kalau
dulu boleh ikut suka sahaja nak bersahur milo dengan biskut, namun tidak lagi
untuk tahun ini. Bukan takada cadangan yang blogger pakat tulis ‘30 hari menu
berbuka’ atau ‘30 jenis air untuk iftar’ dan ada juga ‘30 menu simple untuk
bersahur’ - ada guys, terima kasih untuk semua entry itu. Tapi ada menu yang
korang perlu cuba selain daripada cadangan-cadangan di atas tadi.
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Seasonal
menu kembali
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Tahun
sebelum-sebelum ini memang dah ada menu ini cuma untuk ramadhan 1440h, Chicken
Foldover McD diperbaharui dengan sos Harissa yang lagi buatkan Chicken Foldover
McD ini sedap. Korang mengetahui yang Chicken Foldover McD ini adalah
berasaskan dua kepingan ayam, penuh dengan sayur segar serta sos Harissa yang
masam manis, dibalut dengan roti tortilla yang lembut - masyaAllah, sedapnya
terasa pada suapan pertama. Bagi mek, kalau korang nak ambil Chicken Foldover
McD pada waktu berbuka juga recommended kerana satunya dah cukup untuk
mengenyangkan. Jika nak ambil ketika morekh juga recommended malah kalau korang
nak makan Chicekn Foldover McD pada waktu sahur pun okei. Ianya sesuai pada
mana-mana masa yang mek bagitahu tadi. Jadi, tak adalah nanti pening nak fikir
nak makan apa, beli Chicken Foldover McD, selesai masalah korang.
Harga
thru kaunter : RM16.95 berserta air Iced Lemon Tea
Beli
melalui aplikasi : RM16.95 dapat lagi seketul ayam goreng McD berserta air Iced
Lemon Tea.
Dua
menu baharu diperkenalkan
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Selain
daripada seasonal menu pada ramadhan, McDonald turut memperkenalkan dua menu
baharu yang boleh menceriakan lagi korang pada ramadhan kali ini. Menu
terbaharu yang pertama adalah Nasi Kari McD, dihidang bersama sayur segar
mayonis dan juga ayam goreng spicy McD. Perghhhh, teringat-ingat time makan
hari tu. Memang kari yang dihidangkan begitu mengena dengan selera tekak,
seakan-akan kari kepala ikan mamak ! Nasi dan ayam goreng spicy McD memang tak
perlu ulas kerana semua orang dah tahu bagaimana sambutannya pada awal
perkenalan sehingga hari ini. Menu kedua yang baharu adalah Iced Blended Ribena
McD. Yang ini memang sengaja dikeluarkan pada ramadhan kerana memahami bahawa
setelah seharian berpuasa, air yang boleh menyejukkan tekak, menghilangkan haus
serta memberi kesegaran semula pada diri adalah tentunya Iced Blended Ribena
McD. Untuk kedua-dua menu ini tidak datang bersama. Jadi korang kena beli
asing-asing.
Harga
thru kaunter :
Nasi
Kari McD (seketul ayam) : RM15.45
Nasi
Kari McD (dua ketul ayam) : RM18.45
Beli
melalui aplikasi : dapat lagi aiskrim Sundae Cup perisa strawberry atau
chocolate.
Iced
Blended Ribena McD (medium) : RM4.50
Iced
Blended Ribena McD (large) : RM6.00
Beli
melalui aplikasi : dua Iced Blended Ribena McD size medium hanya RM5.95
Sumbangan
ikhlas pada mereka yang memerlukan
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Ini
part yang mek suka pada McDonald berbanding fast food lain. Yang lain bukan tak
makan, yang lain makan juga tapi bila berkunjung ke McDonald, akan ternampak
tabung merah ini di setiap kaunter mereka. Dan hasil tabung ini telah pun
di’zahir’kan melalui pembinaan Rumah Ronald Mcdonald House Charity di HUSM
Kubang Kerian. Sebenarnya banyak lagi program-program dan sumbangan Ronald
Mcdonald House Charity (RMHC) ini kepada orang ramai. Yang mek tahu di UM ada
juga Rumah Ronald Mcdonald House Charity ini. Dan ada juga mereka sediakan
bilik-bilik sensory di beberapa lokasi untuk kegunaan orang ramai. Sebahagian
daripada program-program ini adalah hasil daripada duit tabung yang ada pada
kaunter-kaunter McDonald. Sedikit sumbangan mampu memberikan seribu senyuman
kepada mereka yang memerlukan.
Harapnya
entry mek kali ini dapat membantu korang dalam pemilihan menu pada waktu
berbuka, bersahur serta morekh. Paling tidak entry mek ni boleh juga ubah selera
korang bila malas untuk masuk dapur atau malas nak masuk bazar ramadhan. Atau
entry mek ini membantu korang bila korang dalam keadaan tergesa-gesa tak sempat
untuk menyediakan juadah berbuka atau bersahur. Kalau korang ada cadangan lain
untuk berbuka dan bersahur atau morekh, boleh drop komen dengan link entry
masing-masing. InsyaAllah mek terjah nanti. Bulan puasa ni kalau boleh tak nak
serabutkan kepala dengan ‘nak makan apa ye hari ni’ sebab kalau boleh nak
bersyukur dengan apa jua hidangan yang ada daripada mencari-cari kononnya food
hunting pada ramadhan. Patutnya pahala hunting pada ramadhan, kan?
Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald
Sekian
..
#chickenfoldovermcd
#nasikarimcd
#icedblendedribenamcd
#menusahur
#menuberbuka
#iftar
#nahcadangan
#mcdreview
mek blanjo la aku..haha
ReplyDeleteNak cuba chicken foldover tu nampak mcm sedap.
ReplyDeleteaduh duh duh duh sedapnya, lapar ler pulak hihi
ReplyDeleteWow...am craving for McD now...wanna filet o fish 😋😋
ReplyDeleteSahur kalau buntu sangat tu keluar aje gi McD senang dan mudah kan...
ReplyDeleteChicken foldoverrrr tuu nampak macam best je, belum sempat try lagi.. Akan ku cuba untuk menu Sahur
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh cuba ni
DeleteSelamat berpuasa
ReplyDeletehok paling tak tahan tengok Mek gaul nasi dengan kari tuh... asal tengok iklan mekdi ingat Mek..ahahha
ReplyDeleteWah nanti nk try
ReplyDeletesedap bebeno tengok si kecik tu sedut air. banyak pilihan je kat McD ni kan.
ReplyDelete