BERBUKA DAN BERSAHUR DI MCDONALD SEPANJANG RAMADHAN I440H

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald. Salam ramadhan untuk sahabat alam maya mek. Sahabat yang depan mata pun selamat berpuasa jugak. Sahabat yang jauh di mata dekat di hati pun selamat berpuasa penuh juga. Pendek kata, seluruh umat islam di dunia ini, salam ramadhan kareem. Semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima, amalan-amalan kita juga diterima dan menjadi perteduhan di akhirat kelak, insyaAllah. Masuk ramadhan selain rehatkan perut daripada memproses makanan, minda juga kalau boleh nak berehat dan bertenang juga. Tapi saban tahun apa yang mek hadapi adalah memilih menu untuk berbuka dan bersahur. Kalau dulu boleh ikut suka sahaja nak bersahur milo dengan biskut, namun tidak lagi untuk tahun ini. Bukan takada cadangan yang blogger pakat tulis ‘30 hari menu berbuka’ atau ‘30 jenis air untuk iftar’ dan ada juga ‘30 menu simple untuk bersahur’ - ada guys, terima kasih untuk semua entry itu. Tapi ada menu yang korang perlu cuba selain daripada cadangan-cadangan di atas tadi.


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald

Seasonal menu kembali


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald

Tahun sebelum-sebelum ini memang dah ada menu ini cuma untuk ramadhan 1440h, Chicken Foldover McD diperbaharui dengan sos Harissa yang lagi buatkan Chicken Foldover McD ini sedap. Korang mengetahui yang Chicken Foldover McD ini adalah berasaskan dua kepingan ayam, penuh dengan sayur segar serta sos Harissa yang masam manis, dibalut dengan roti tortilla yang lembut - masyaAllah, sedapnya terasa pada suapan pertama. Bagi mek, kalau korang nak ambil Chicken Foldover McD pada waktu berbuka juga recommended kerana satunya dah cukup untuk mengenyangkan. Jika nak ambil ketika morekh juga recommended malah kalau korang nak makan Chicekn Foldover McD pada waktu sahur pun okei. Ianya sesuai pada mana-mana masa yang mek bagitahu tadi. Jadi, tak adalah nanti pening nak fikir nak makan apa, beli Chicken Foldover McD, selesai masalah korang.

Harga thru kaunter : RM16.95 berserta air Iced Lemon Tea
Beli melalui aplikasi : RM16.95 dapat lagi seketul ayam goreng McD berserta air Iced Lemon Tea.

Dua menu baharu diperkenalkan


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald

Selain daripada seasonal menu pada ramadhan, McDonald turut memperkenalkan dua menu baharu yang boleh menceriakan lagi korang pada ramadhan kali ini. Menu terbaharu yang pertama adalah Nasi Kari McD, dihidang bersama sayur segar mayonis dan juga ayam goreng spicy McD. Perghhhh, teringat-ingat time makan hari tu. Memang kari yang dihidangkan begitu mengena dengan selera tekak, seakan-akan kari kepala ikan mamak ! Nasi dan ayam goreng spicy McD memang tak perlu ulas kerana semua orang dah tahu bagaimana sambutannya pada awal perkenalan sehingga hari ini. Menu kedua yang baharu adalah Iced Blended Ribena McD. Yang ini memang sengaja dikeluarkan pada ramadhan kerana memahami bahawa setelah seharian berpuasa, air yang boleh menyejukkan tekak, menghilangkan haus serta memberi kesegaran semula pada diri adalah tentunya Iced Blended Ribena McD. Untuk kedua-dua menu ini tidak datang bersama. Jadi korang kena beli asing-asing.

Harga thru kaunter :
Nasi Kari McD (seketul ayam) : RM15.45
Nasi Kari McD (dua ketul ayam) : RM18.45
Beli melalui aplikasi : dapat lagi aiskrim Sundae Cup perisa strawberry atau chocolate.

Iced Blended Ribena McD (medium) : RM4.50
Iced Blended Ribena McD (large) : RM6.00
Beli melalui aplikasi : dua Iced Blended Ribena McD size medium hanya RM5.95

Sumbangan ikhlas pada mereka yang memerlukan


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald 


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald

Ini part yang mek suka pada McDonald berbanding fast food lain. Yang lain bukan tak makan, yang lain makan juga tapi bila berkunjung ke McDonald, akan ternampak tabung merah ini di setiap kaunter mereka. Dan hasil tabung ini telah pun di’zahir’kan melalui pembinaan Rumah Ronald Mcdonald House Charity di HUSM Kubang Kerian. Sebenarnya banyak lagi program-program dan sumbangan Ronald Mcdonald House Charity (RMHC) ini kepada orang ramai. Yang mek tahu di UM ada juga Rumah Ronald Mcdonald House Charity ini. Dan ada juga mereka sediakan bilik-bilik sensory di beberapa lokasi untuk kegunaan orang ramai. Sebahagian daripada program-program ini adalah hasil daripada duit tabung yang ada pada kaunter-kaunter McDonald. Sedikit sumbangan mampu memberikan seribu senyuman kepada mereka yang memerlukan.

Harapnya entry mek kali ini dapat membantu korang dalam pemilihan menu pada waktu berbuka, bersahur serta morekh. Paling tidak entry mek ni boleh juga ubah selera korang bila malas untuk masuk dapur atau malas nak masuk bazar ramadhan. Atau entry mek ini membantu korang bila korang dalam keadaan tergesa-gesa tak sempat untuk menyediakan juadah berbuka atau bersahur. Kalau korang ada cadangan lain untuk berbuka dan bersahur atau morekh, boleh drop komen dengan link entry masing-masing. InsyaAllah mek terjah nanti. Bulan puasa ni kalau boleh tak nak serabutkan kepala dengan ‘nak makan apa ye hari ni’ sebab kalau boleh nak bersyukur dengan apa jua hidangan yang ada daripada mencari-cari kononnya food hunting pada ramadhan. Patutnya pahala hunting pada ramadhan, kan?


Berbuka puasa dan bersahur di Mcdonald

Sekian ..

#chickenfoldovermcd
#nasikarimcd
#icedblendedribenamcd
#menusahur
#menuberbuka
#iftar
#nahcadangan
#mcdreview

12 comments

  1. Nak cuba chicken foldover tu nampak mcm sedap.

    ReplyDelete
  2. aduh duh duh duh sedapnya, lapar ler pulak hihi

    ReplyDelete
  3. Wow...am craving for McD now...wanna filet o fish ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  4. Sahur kalau buntu sangat tu keluar aje gi McD senang dan mudah kan...

    ReplyDelete
  5. Chicken foldoverrrr tuu nampak macam best je, belum sempat try lagi.. Akan ku cuba untuk menu Sahur

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hok paling tak tahan tengok Mek gaul nasi dengan kari tuh... asal tengok iklan mekdi ingat Mek..ahahha

    ReplyDelete
  8. sedap bebeno tengok si kecik tu sedut air. banyak pilihan je kat McD ni kan.

    ReplyDelete