ARTE S PENANG STAYCATION PENANG, JALAN JALAN PENANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan. Cuti 1 Mei memang ditunggu-tunggu oleh mek. Dari awal tahun dapat kalendar memang dah mark cuti 1 Mei, mek nak bawa keluarga keluar dari negeri Kelantan. Cuma ketika itu tak merancang lagi nak ke mana. Bila tarikhnya dua minggu nak tiba, mek dilema samada nak pilih Pahang atau Pulau Pinang sebagai destinasi staycation mek kali ini. Bincang dengan spouse dan mek buat beberapa ‘research’ maka bergeraklah kami ke Utara Tanah Air pada 01 Mei 2019. Dalam tempoh seminggu, mek merancang nak menginap di mana. Tentunya nak menginap di tempat yang menarik dengan harga yang berpatutan. Carian mek menemukan mek dengan Arte S Penang. Terima kasih google kerana memberi cadangan ini kepada mek.

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang, Jalan Bukit Gambir salah satu bangunan ikonik masa kini yang ada di Pulau Pinang. Mek anggarkan satu-satu apartment di Arte S Penang ini berharga RM800k sehingga cecah jutaan nilainya. Ini disebabkan dengan facilities yang disediakan kepada penghuni Arte S Penang. Memang mewah bagi rakyat marhean bergred kerani macam mek ini. Masuk hotel yang lebih lima bintang, begitu juga lah rasanya bila meneroka Arte S Penang ini. Tapi jangan terkejut pula dengan apa yang mek akan ceritakan di bawah nanti, akan buat korang tertarik untuk menginap di sini nanti. Akan buat korang godek lebih di google bangunan ikonik Arte S Penang ini. Mek yakin korang akan save untuk menginap di sini nanti.

Servis yang disediakan

Seperti yang mek katakan tadi, Arte S Penang ini boleh dikategorikan sebagai apartment mewah dan kita semua beruntung kerana ada juga pemilik apartment yang sudi menjadikan apartment mereka sebagai homestay atau roomstay bagi kita merasa apartment yang mewah ini. Jadi di bawah ini apa yang korang dapat bila menginap di Arte S Penang :

Perkhidmatan Gim
Kolam Renang dengan pemandangan Kota Raya
Sauna
Jacuzzi
Tempat letak kereta
Wifi 5g dalam apartment
Artistic Lounge
Pemandangan Pulau Pinang dari tingkat 34

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Mungkin korang rasa kebanyakkan apartment sediada memang servisnya begini tapi bagi mek ianya lain kerana satu ianya bangunan yang baharu, semua yang ada mengikut citarasa terkini. Maka, memang patut kalau korang datang ke Pulau Pinang dan menginap di Arte S Penang.

Tempah bilik atau satu apartment

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Di Arte S Penang, korang boleh pilih samada nak menginap satu bilik atau ambik satu apartment untuk menginap satu keluarga besar. Macam mek, ambik satu bilik yang ada bilik air terus untuk memudahkan pergerakan serta penggunaan. Tahu sajalah bila ada anak kecil. Dua bilik yang lain berkongsi bilik air. Untuk satu bilik yang ada bilik air, harganya RM130. Ruang tamu yang disediakan memang agak luas serta disolek dengan gaya urban masa kini, memang tampak eksklusif. Kalau nak ber-ootd pun lawa sangat-sangat. Ruangan dapur yang menyediakan peti ais dan juga jug kettle untuk buat minuman. Untuk memasak memang tak ‘recommended’ kerana tiada dapur gas disediakan. Tapi kalau korang tapau and nak makan sambil berborak dengan ahli keluarga yang lain, okei sahaja.

Lokasi yang ‘tenang’

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang ini terletak di Jalan Bukit Gambir. Kalau nak gambaran, ianya pada bahagian belakang USM. Jadi ianya bukanlah terletak di tengah bandar Pulau Pinang yang mana trafiknya agak sesak seperti Kuala Lumpur juga. Dari Arte S Penang nak ke Bukit Bendera hanya mengambil masa 25 minit dan ke Padang Kota Lama hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Bunyinya macam jauh tapi 25 minit tu termasuk kesesakan yang berlaku di Pulau Pinang. Bagi mek, ianya tidak menyusahkan malah agak senang bagi mek. Sambil sarapan di hadapan Arte S Penang, boleh mendobi baju sekali. Kemudahan asas di sekeliling Arte S Penang juga memang lengkap. Ada 7-Eleven jika korang perlukan apa-apa barangan segera yang ada dijual di sana. Senang, kan?

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Penginapan mek selama dua malam di Arte S Penang seolah-olah tak cukup masa untuk terokai semua yang ada. Mek tak sempat untuk merasai sauna dan betul-betul menggunakan Gim yang ada. Rasanya jika dalam masa seharian itu elok diperuntukan untuk meneroka Arte S Penang sahaja. Keseronokan yang ada di Arte S Penang ini bukan sahaja dirasai oleh mek, malah spouse dan juga anak-anak. Untuk tempahan korang boleh buat melalui medium agoda, booking atau trivago namun cadangan mek untuk korang tempah secara terus dengan bahagian reception mereka untuk dapatkan diskaun atau apa-apa kemudahan lain lagi. Bagi mek berurusan secara terus dengan pemilik adalah lebih baik untuk penjelasan yang jelas mengenai tempahan bilik kita itu. Namun jika ada promo kod dari website tempahan, apa salahnya menggunakan kemudahan tersebut, kan?

Call / Whatsapp : 012 590 6588

Arte S Penang Staycation, tawaran menarik dengan harga berpatutan

Sekian ..

#artespenang
#jalanjalanpenang
#staycationpenang
#jalanjalan
#staycation
#apartmenthotelpenang
#bukitgambir
#pulaupinang
#mekyunietravel
#nahcadangan

2 comments

  1. Unik dan moden laa hotel ni..nanti g penang lain kali nak cuba sini pulak laaa

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, swimming pool dia kena pakai proper swimming suit ke? sbb kan dalam gambar ada banner n ada baca review kat google diorg strict pasal tu.

    ReplyDelete