AMANI FIRST HAIR CUT AND GROOMING AMZAR FOR AIDILFITRI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penjagaan rambut bagi kanak-kanak bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Mungkin kecil bagi mereka yang ‘pandai’ mendandan rambut anak sendiri di rumah, namun tidak bagi mek. Mek bukanlah seorang yang pandai gunting rambut anak atau trim bagi nampak kemas. Spouse mek boleh juga menggunting rambut Amzar (as for Amani tak pernah potong selepas cukur rambut masa bayi). Pun begitu bukanlah seorang yang profesional maka kadang cantik dan kadang botak di beberapa bahagian.


Kedai gunting rambut Kota Bharu, E Salun Jalan Padang Garong

Tak lain tak bukan kami kena juga dapatkan perkhidmatan kedai gunting rambut Kota Bharu kalau nak rambut Amzar jadi elok, nampak handsome seperti adanya. Dengan bantuan google kedai gunting rambut Kota Bharu, dengan rating yang bagus, E Salun Jalan Padang Garong menjadi pilihan mek dan spouse. Tanpa buat appointment, mek terjah gitu je E Salun Jalan Padang Garong, nasib tak ramai sangat orang masa tu (sebab bulan puasa, lepas Asor orang tuju ke Param).

Kedai gunting rambut Kota Bharu memang banyak pilihan. Korang boleh google dan ikut mana yang berdekatan dengan korang. Tapi kalau mek, mek lebih utamakan rating satu-satu kedai sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. E Salun Jalan Padang Garong ini dahulunya bernama Snips. Entah tahun mana mereka tukar nama menjadi E Salun Jalan Padang Garong. Nak cari kedai ni tak susah pun, ianya betul-betul bersebelahan dengan Klinik Balqis.


Amani first hair cut ! Mummy saved sini ye, nanti dah besar boleh tengok balik


Rambut since lahir, umur 4 tahun baru potong sebab panjang sangat


Amzar second haircut di kedai sebab biasanya papa saje yang potong rambut Amzar


Behave, sebab kakak gunting rambut umpan dengan gula-gula

Untuk potong rambut Amani dan Amzar atau lebih senang harga untuk potong rambut kanak-kanak adalah flat rate iaitu RM20. Macam mana nak potong kita boleh request. Kalau tak tahu, pekerja E Salun Jalan Padang Garong boleh cadangkan kepada korang jenis potongan mana yang sesuai dengan raut wajah anak korang. Senang la kan? Kadang kita rasa potongan pendek sesuai untuk kanak-kanak namun mereka juga perlu dilihat cantik dengan dandanan rambut yang betul dan kemas. Barulah cantik nak ber-ootd, kan?


Tempat private untuk muslim potong dan cuci rambut, aurat terjaga walaupun kedai cina

Untuk mek pula, di E Salun Jalan Padang Garong mek dapatkan perkhidmatan mencuci rambut. Seperti biasa, mencuci rambut walaupun bertudung adalah penting bagi setiap wanita. Mencuci rambut di rumah takkan sama mencuci rambut di kedai sebab :

Mencuci di kedai semestinya hilang kerak daki di kulit kepala.
Mendapat urutan kepala, bahu dan juga leher.
Menggunakan shampoo yang merawat kulit kepala.
Rambut di blow elok supaya flowy.

Dengar macam simple kan? Cuci rambut je pun tapi banyak kelebihannya. E Salun Jalan Padang Garong menawarkan RM30 untuk perkhidmatan mencuci rambut bagi wanita. Perkhidmatan begini banyak aje di kedai gunting rambut Kota Bharu, cuma ada yang mahal ada yang murah. Tapi bagi mek RM30 tu dah berbaloi sangat untuk dapatkan ‘me time’ bersama secawan teh madu lemon sebagai pembasah tekak disamping alunan musik klasik menenangkan jiwa. Seronoknya ! Bila lagi nak dilayan seperti berada di spa dengan harga RM30, kan.

Korang yang nak mencuba perkhidmatan E Salun Jalan Padang Garong ini boleh berbuat demikian. Korang boleh call atau waze sahaja dengan meng-google E Salun Jalan Padang Garong. Di situ akan keluar maklumat kedai dan juga capaian Facebook E Salun Jalan Padang Garong. Boleh usha perkhidmatan yang ada selain daripada mencuci dan memotong rambut. Banyak lagi pilihan di sini, memang korang akan puas hati. Semoga penulisan mek kali ini dapat membantu mereka yang mencari kedai gunting rambut Kota Bharu.

Sekian ..

17 comments

  1. baik je Amzar & Amani bila kena gunting rambut :)

    ReplyDelete
  2. Wah kemain diorang gunting rambut ya. behave je kan. kalau sesetengah budak kena pegang dah sebab xleh dok diam haha

    ReplyDelete
  3. Warghhh...gud girl and boy la.. anak-anak memang perlu diajar sejak dari kecil part gunting rambut ni. Kalau tak jenuh jugak bila buat perangai masa tengah gunting rambut

    ReplyDelete
  4. nak potong rambut budak kena ada skill jugak.. tak semua kedai boleh potong rambut budak dengan baik. lagi-lagi kalau anak jenis yg penakut.. jenuh nak pujuk utk potong rambut kan.. haha

    ReplyDelete
  5. comelnyaa girl nak potong rambuttt.. heheh budak budak kena biasakan pergi potong rambut so dorang tahu potong rambut tu untuk kekemasan. jangan nanti jadi macam adik nisa. aduhhh liatnya nak bawak ke barber hahaha.

    ReplyDelete
  6. Saya ingat anak akak boys bela rambut panjang dan akak cut rambut dia sampai pendek giler. Hahaha. Susunan gambar tu buat saya kesian ngan anak akak. Ulang lg sekali baca rupanya dua orang. Amani dan Amzar. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak pegi salun rambut. Gunting sendiri je..haha. tapi bab urut kepala tu best je

    ReplyDelete
  8. Besarnyaaa mata hitam depa bulat lagi! Hehe.

    Tapi time bebudak dulu pun selalu mak yg trim kat rumah. Yg brother je pi gunting rambut kat kedai. Kalau kat sini harga rm 30 ada me time dengan ala2 spa tu confirm penuh kedai tu. Kat sini mahai betui nak gunting rambut.

    Kedai gini yg chill2 jugak yg murah tapi dah tak banyak dah untuk perempuan.So sad~ Haha

    ReplyDelete
  9. Bagusnya dua beradik ni behave je masa gunting rambut. Nur pun haritu ada pergi cuci rambut juga sekali potong rambut. Dapat lah me time sekejap ada orang bagi massage kt kepala yg tengah sakit time tu..

    ReplyDelete
  10. Wah behave je 2 ketoi adik beradik ni kat salun rambut. Sayangnya rambut amani. Tapi takpe nanti besar boleh simpan lagi. Means rambut amani tu dr lepas cukur sampai skrg ke mek?

    ReplyDelete
  11. Masa anak2 sis kecik dulu mmg kalau nak potong rambut diaorg sis akan ke salun yg pandai layan budak2..supaya mereka tak takut n stress. So dekat situ je lah sis akan pergi..hehehe

    ReplyDelete
  12. bagusnya dua budak comel ni. behave je masa potong rambut. ingt dulu masa adik saya yg kecil, mmg susah jugakla nak potong rambut sbb tak reti duduk diam. haha

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat perkhidmatan gunting rambut dikedai yang bersesuaian.
    Kita sejak kawen, suami je la tolong potongkan rambut. Bukan taknak ke kedai. Tapi kena cari kedai yang ada muslimah dulu la kan.

    ReplyDelete
  14. sayang jer nak potrong rambut panjang anak perempuan kan....tapi takperlah nanti pankang lagi...kasi trim bagi lawa jerr ...nanti nak cubalah potong sini sebab ada private space

    ReplyDelete
  15. behave dua2..good girl n boy..cantik sgt rambut amani..panjang megurai.

    ReplyDelete
  16. Face wash is utilized as a purifying item to clean the grime and earth that gets collected over the span of a hard day's worth of effort. While many face wash brands guarantee to have regular concentrates, not very many natural items satisfy the guarantee.
    grooming routine

    ReplyDelete
  17. I found that site very usefull and this survey is very cirious, I ' ve never seen a blog that demand a survey for this actions, very curious... Razor for Men

    ReplyDelete