AMANI FIRST HAIR CUT AND GROOMING AMZAR FOR AIDILFITRI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penjagaan rambut bagi kanak-kanak bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Mungkin kecil bagi mereka yang ‘pandai’ mendandan rambut anak sendiri di rumah, namun tidak bagi mek. Mek bukanlah seorang yang pandai gunting rambut anak atau trim bagi nampak kemas. Spouse mek boleh juga menggunting rambut Amzar (as for Amani tak pernah potong selepas cukur rambut masa bayi). Pun begitu bukanlah seorang yang profesional maka kadang cantik dan kadang botak di beberapa bahagian.


Kedai gunting rambut Kota Bharu, E Salun Jalan Padang Garong

Tak lain tak bukan kami kena juga dapatkan perkhidmatan kedai gunting rambut Kota Bharu kalau nak rambut Amzar jadi elok, nampak handsome seperti adanya. Dengan bantuan google kedai gunting rambut Kota Bharu, dengan rating yang bagus, E Salun Jalan Padang Garong menjadi pilihan mek dan spouse. Tanpa buat appointment, mek terjah gitu je E Salun Jalan Padang Garong, nasib tak ramai sangat orang masa tu (sebab bulan puasa, lepas Asor orang tuju ke Param).

Kedai gunting rambut Kota Bharu memang banyak pilihan. Korang boleh google dan ikut mana yang berdekatan dengan korang. Tapi kalau mek, mek lebih utamakan rating satu-satu kedai sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. E Salun Jalan Padang Garong ini dahulunya bernama Snips. Entah tahun mana mereka tukar nama menjadi E Salun Jalan Padang Garong. Nak cari kedai ni tak susah pun, ianya betul-betul bersebelahan dengan Klinik Balqis.


Amani first hair cut ! Mummy saved sini ye, nanti dah besar boleh tengok balik


Rambut since lahir, umur 4 tahun baru potong sebab panjang sangat


Amzar second haircut di kedai sebab biasanya papa saje yang potong rambut Amzar


Behave, sebab kakak gunting rambut umpan dengan gula-gula

Untuk potong rambut Amani dan Amzar atau lebih senang harga untuk potong rambut kanak-kanak adalah flat rate iaitu RM20. Macam mana nak potong kita boleh request. Kalau tak tahu, pekerja E Salun Jalan Padang Garong boleh cadangkan kepada korang jenis potongan mana yang sesuai dengan raut wajah anak korang. Senang la kan? Kadang kita rasa potongan pendek sesuai untuk kanak-kanak namun mereka juga perlu dilihat cantik dengan dandanan rambut yang betul dan kemas. Barulah cantik nak ber-ootd, kan?


Tempat private untuk muslim potong dan cuci rambut, aurat terjaga walaupun kedai cina

Untuk mek pula, di E Salun Jalan Padang Garong mek dapatkan perkhidmatan mencuci rambut. Seperti biasa, mencuci rambut walaupun bertudung adalah penting bagi setiap wanita. Mencuci rambut di rumah takkan sama mencuci rambut di kedai sebab :

Mencuci di kedai semestinya hilang kerak daki di kulit kepala.
Mendapat urutan kepala, bahu dan juga leher.
Menggunakan shampoo yang merawat kulit kepala.
Rambut di blow elok supaya flowy.

Dengar macam simple kan? Cuci rambut je pun tapi banyak kelebihannya. E Salun Jalan Padang Garong menawarkan RM30 untuk perkhidmatan mencuci rambut bagi wanita. Perkhidmatan begini banyak aje di kedai gunting rambut Kota Bharu, cuma ada yang mahal ada yang murah. Tapi bagi mek RM30 tu dah berbaloi sangat untuk dapatkan ‘me time’ bersama secawan teh madu lemon sebagai pembasah tekak disamping alunan musik klasik menenangkan jiwa. Seronoknya ! Bila lagi nak dilayan seperti berada di spa dengan harga RM30, kan.

Korang yang nak mencuba perkhidmatan E Salun Jalan Padang Garong ini boleh berbuat demikian. Korang boleh call atau waze sahaja dengan meng-google E Salun Jalan Padang Garong. Di situ akan keluar maklumat kedai dan juga capaian Facebook E Salun Jalan Padang Garong. Boleh usha perkhidmatan yang ada selain daripada mencuci dan memotong rambut. Banyak lagi pilihan di sini, memang korang akan puas hati. Semoga penulisan mek kali ini dapat membantu mereka yang mencari kedai gunting rambut Kota Bharu.

Sekian ..

FORMAT LAPTOP MURAH DI KL FR LAPTOP SERVICE

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Format laptop murah di kl. Siapa je tak nak penjimatan dan siapa je yang sanggup nak perhabiskan duit untuk selenggara laptop. Tapi bila laptop buat hal, mahu jadi tak keruan, kerja tak siap, ye tak ye nak kena baiki juga si laptop jantung hati. Kalau dibiarkan ‘mati’ begitu alamatnya tak masuk la income (ini spesifiknya untuk para blogger). Kalau untuk para pelajar pula, alamatnya kena berkongsi PC dengan rakan yang lain lah di perpustakaan nanti. Cuba pula kalau mereka yang kerjayanya meng-edit gambar, okei tak nak bayang lebih sebab memang tahu semuanya akan jadi tak keruan. Akan tetapi sejauh mana kesedaran kita dalam penjagaan laptop kalau tak nak bagi kena format?


Punca laptop perlu di format

Ada beberapa asbab yang datangnya daripada kita menyebabkan laptop kita cepat rosak dan juga perlu di format semula bagi memberi kehidupan yang baru. Antara punca yang ketara adalah force shut down. Hal ini boleh berlaku sekiranya laptop dalam keadaan hang dan kita nak restart laptop kembali tapi korang pun fahamkan bila dah hang, buat apa pun memang dia akan kejung macam tu je. Maka force shut down adalah pilihan terbaik. Pun begitu, kita perlu memahami bahawa jika hang sering berlaku itu bermaksud hard disk kita memberi petanda yang ianya tidak berada dalam keadaan baik. Sebelum apa-apa terjadi yang boleh memudaratkan lagi, lebih baik korang memilih untuk format laptop, bagi perisiannya kembali sediakala. Jangan risau, format laptop murah di kl kan ada.



Lindungi data, files korang di D atau online backup

Perkara paling mek takut untuk format laptop adalah kehilangan segala data. Weih, penat kot dan semuanya hilang begitu sahaja. Menangis pun takkan dapat balik bila laptop dah betul-betul mati. Ianya pernah berlaku kepada mek semasa laptop mek yang kedua dulu. Semua gambar dan files words mek habis hilang begitu sahaja. Dulu gambar yang diambil tak se-agresif sekarang terus upload. Dulu ada gambar simpan, yang tepek dalam social media hanyalah yang betul-betul nak bagitahu orang sahaja. Jadi, untuk mengelakkan kejadian ini berulang, data-data yang ada perlu di simpan pada hard disk D pada laptop. Biarkan C dengan file software programme windows. Atau, korang juga boleh menggunakan kecanggihan yang ada masakini dengan upload segala data korang ke google drives. Selamat sejahtera. Dan ini juga akan memudahkan korang untuk lihat data-data simpanan korang di mana-mana sahaja.



Format laptop murah di kl di FR Laptop Service

Format laptop ni bukan boleh dibuat sembarangan juga. Silap hari bulan, laptop korang mati sampai bila-bila, tak boleh dipulihkan lagi. Maka, solusi terbaik adalah dengan membawa laptop korang ke FR Laptop Service bagi mendapatkan format laptop murah di kl. Bukan sahaja korang akan dapat perkhidmatan format laptop murah di kl malah korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat mengenai performance laptop korang. Boleh dapatkan cadangan daripada kakitangan FR Laptop Service yang memang peramah belaka. Seperkara lagi jika korang format laptop murah di kl bukan sahaja korang dapat jimatkan perbelanjaan korang terhadap penjagaan laptop malah korang juga boleh minta kakitangan FR Laptop Service untuk install terus software apa yang korang guna pakai untuk pekerjaan korang. Tak adalah nanti install mircrosoft lepas dua minggu, corrupt. Selesaikan masalah korang dengan easy peasy di format laptop murah di kl, FR Laptop Service.



Janji FR Laptop Service kepada pelanggan

Paling mek suka dengan perkhidmatan FR Laptop Service ni bukan sahaja menjanjikan format laptop murah di kl malah menjanjikan servis yang cepat dan mantop. Korang tak perlu risau jika tiada kenderaan untuk ke FR Laptop Service. Mereka ada kakitangan yang boleh mengambil dan menghantar laptop korang setelah siap sepenuhnya. Dan jika korang dalam keadaan tergesa-gesa untuk menggunakan laptop, format laptop murah di kl ini menjanjikan dalam tempoh 3 jam sahaja boleh disiapkan. Cepat, kan? Jikalau berlaku apa-apa masalah lain dalam tempoh mereka format laptop korang, ianya akan ditanggung 100% oleh FR Laptop Service. Tidak perlu bimbang dengan cara kerja mereka, semuanya terlatih dan mahir dalam bidang ini.

Secara keseluruhan, format laptop murah di kl by FR Laptop Service korang akan dapat faedah dan kemudahan seperti berikut :

Format laptop murah di kl dan siap sepenuhnya tidak melebihi tiga jam.

Format laptop murah di kl memang menjanjikan harga yang rendah di sekitar Kuala Lumpur.

Format laptop murah di kl menyediakan runner untuk ambil dan hantar laptop korang bila dah siap.

Format laptop murah di kl bukan sahaja format laptop korang malah akan bantu korang untuk install software yang diperlukan korang.

Format laptop murah di kl akan memberi nasihat tentang penjagaan laptop korang dengan baik supaya fail korang takkan corrupt atau hilang.



Info lanjut :


Sekian ..

#formatlaptopmurah
#formatlaptopkl
#masalahlaptop
#frlaptopservice
#tipspenjagaanlaptop

MOREKH DI KELANTAN, RESTOREN E RANTAU PANJANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang. Sesi morekh pada musim Ramadhan kali ini diteruskan lagi dengan mencuba menu-menu morekh di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Sejujurnya mek tak pernah tahu pun kewujudan Restoren E Rantau Panjang ini. Mungkin sebab mek jarang mencari makanan seberang sana di kawasan situ jadi mek kurang peka dengan restoren yang ada. Pada kebiasaan, jika ada yang bertandang ke Rantau Panjang, mek akan bawa ke beberapa kedai yang mek dah kenali seperti *Restoren Resepi Rantau Panjang* dan juga gerai mee celup di Kg Bagus, Kubang Rambutan, Rantau Panjang. Lepas raya mek akan cuba untuk review gerai mee celup yang popular sekitar Rantau Panjang.


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang

Colek Kelantan dari negara seberang

Kunjungan mek ke Restoren E Rantau Panjang ini bukanlah di ‘recommend’ oleh siapa-siapa. Ianya hanya kebetulan pada malam tersebut, mek keluar untuk mencari roti tempayan cheese namun kedainya tutup. Maka mek pun singgah di Restoren E Rantau Panjang kerana mek lihat kemeriahan pada kedai tersebut. Ternyata mek mendapat jawapan kenapa Restoren E Rantau Panjang menjadi tumpuan penduduk setempat. Peniaga di sini rata-ratanya kelihatan seperti mereka yang tinggal di seberang sana. Daripada segi percakapan mereka mek boleh agak yang mereka adalah penduduk Thailand yang berniaga mencari rezeki di sini. Kebanyakkan hasil air tangan negara jiran ini mampu memikat selera kami penduduk tempatan di Rantau Panjang ini.

Lebih 5 jenis juadah morekh

Mek agak teruja dengan hidangan yang ada, memang banyak dan rasanya kalau mencuba semuanya memang mahu pecah perut dibuatnya. Berikut colek yang disediakan di Restoren E Rantau Panjang :


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang


Morekh di Kelantan, Restoren E Rantau Panjang

Gorengan cucur dan adik-beradik fishball, hotdog.
Colek perut lembu
Colek buah-buahan campuran jeruk dan segar
Colek kerang
Somtam
Kerabu Maggy

Selain daripada makanan colek dan kudapan sambil berborak, hidangan popular negara jiran seperti Mee Celup juga turut ada untuk pelanggan mencuba air tangan mereka. Mek belum berkesempatan untuk mencubanya. Tapi apa yang mek cuba dengan colek gorengan dan colek buah-buahan adalah setanding dengan hidangan colek pada bulan Ramadhan.

Jika korang berkunjungan ke Kelantan atau bagi mereka yang dah berada dalam Kelantan, boleh ke Rantau Panjang pula untuk mencuba morekh di sini. Lepas solat terawikh di Masjid Beijing, boleh terus ke Restoren E Rantau Panjang untuk mencuba aneka colek Kelantan dan juga makanan morekh di seberang Thailand sana. Bagi mek, colek di Restoren E Rantau Panjang memang mengena juga dengan selera mek. Tidaklah teruk sangat untuk ‘recommend’ kepada korang. Untuk pengetahuan korang juga, Restoren E Rantau Panjang ini juga beroperasi pada hari biasa (bukan bulan Ramadhan). Jika tak sempat untuk berkunjung pada musim morekh ini, boleh berkunjung bila berkunjung ke sini nanti.

Sekian ..

#morekhdikelantan
#morekh
#colekkelantan
#morekhrantaupanjang
#tempatmorekhkelantan
#nahcadangan
#rantaupanjang
#thisisrantaupanjang

MOREKH DI KELANTAN, COLEK KG CHERANG KOTA BHARU


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu. Kalau tak silap mek, morekh ini bukan sahaja popular di Kelantan malah diseluruh negeri dalam Malaysia. Cuma mungkin menu morekh kita sedikit tidak sama memandangkan setiap negeri ada makanan morekh mereka masing-masing. Kali ni mek nak kongsi dengan korang apa menu yang popular bila tibanya musim morekh ini di Kelantan. Kalau tak pekena sesi morekh ini ibarat macam tak lengkap pula. Maklum sahajalah, sesi morekh ini hanya ada pada bulan ramadhan sahaja. Lebih syok bagi mek, sesi morekh ini dilansungkan sejurus selepas selesai solat sunat terawikh. Cantik je semua di kedai makan dengan pakaian solat. Yang lelaki elok tampan, yang perempuan sopan menawan.

Colek Ayam Paling Popular


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Sebenarnya colek ini pelbagai jenis yang ada dijual lebih-lebih lagi di negeri Kelantan. Namun di Kg Cherang Kota Bharu ini lebih popular Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu. Mek juga tak berapa pasti kenapa ianya menjadi begitu popular dalam kalangan penduduk setempat tapi sambutan untuk Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ini memang begitu meriah. Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ini sepinggan sudah memadai untuk makan bersama dua orang dewasa. Sepinggan pun tidaklah mahal, harga mampu milik (tak boleh nak beritahu harga sebenar sebab tak tanya kaunter, kira semua terus). Bagi mek, bila dapat makan Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu ni, terasa benar berada dalam tempoh morekh.

Colek Buah Pencuci Mulut


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Bagi korang yang tak terasa nak makan Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu, korang boleh juga mencuba colek buah-buahan yang ada di kedai Colek Kg Cherang Kota Bharu. Buah-buahan yang dijadikan sebagai hidangan colek adalah buah-buahan yang segar sahaja seumpamanya jambu batu, jambu madu, ubi sengkuang, mangga dan sahabat mereka yang lain juga. Kuah colek yang tidak begitu pedas, berasa manis gula melaka memang sesuai untuk makan bersama colek buah-buahan segar ini. Pada kunjungan mek di kedai Colek Kg Cherang Kota Bharu ini, ramai juga yang meminta colek buah sebagai pencuci mulut selepas mengambil Colek Ayam Kg Cherang Kota Bharu. Alang-alang dah singgah sini, baik terus cuba kedua-duanya.

Tarikan orang ramai pada bulan Ramadhan


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu


Morekh di Kelantan, Colek Kg Cherang Kota Bharu

Seperti yang korang tahu, di Kelantan malah diluar Kelantan juga menu colek ini memang popular pada bulan Ramadhan. Begitu significant dengan bulan mulia ini. Hidangan colek ini memang menjadi perhatian orang ramai untuk dinikmati sambil berbual dengan rakan atau dalam erti kata lain ‘lepak’ bersama mereka. Maklumlah, pada waktu pagi kita perlu berpuasa dan tidak boleh ada waktu makan tengahari bersama untuk berbual-bual. Pada kebiasaan, kedai Colek Kg Cherang ini mulai penuh dengan pelanggan pada jam 9.30 malam, kira-kira selepas jemaah selesai menunaikan solat terawikh 8 rakaat. Dan ianya berlarutan sehingga jam 1 atau 2 pagi bagi mereka yang selesai agak lewat bagi jemaah solat terawikh 20 rakaat. Apa-apa pun, hidangan Colek Kg Cherang ini memang menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke Kota Bharu.

Info lanjut :



Sekian ..

#morekh
#menumorekh
#morekhkb
#morekhkotabharu
#morekhkelantan
#colekkgcherang
#colekcherang
#colekayam
#colekbuah

NAK UBAH HIDUP, KUASAI POTENSI DIRI


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri. Siapa tak kenal dengan penceramah motivasi tersohor Azizan Osman. Sebut sahaja semua dah terbayang akan muka Azizan Osman yang tersenyum seolah-olah memberi aura positif untuk berjaya. Seingat mek, bermula pada 2007 lagi Azizan Osman merupakan salah seorang motivator yang terkenal di Malaysia. Bila sebut Azizan Osman yang akan bagi motivasi, semuanya tak sabar untuk mendengar bait-bait dari mulutnya. Mana taknya, semua hadirin yang pernah memasuki seminar, kelas motivasi daripada Azizan Osman, semuanya memberi pujian, thumbs up kepadanya kerana berjaya mencungkil, membuka pintu untuk hadirin supaya mula bergerak untuk tingkatkan kemajuan diri.


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Program Nak Ubah Hidup untuk tingkatkan motivasi diri




Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Azizan Osman memang aktif dalam memberi motivasinya kepada orang ramai. Untuk 2019, satu program motivasi yang hebat, Nak Ubah Hidup Kuasai Potensi Diri akan dipersembahkan oleh Azizan Osman pada 30 Ogos sehingga 01 September di Setia City Convention Centre (SCCC) Setia Alam, Shah Alam. Misi program Nak Ubah Hidup ini bukan sahaja untuk mereka yang ingin kembangkan perniagaan malah untuk tingkatkan potensi diri dalam bidang kerjaya masing-masing. Tidak semestinya korang perlu menjadi seorang usahawan untuk terlibat dalam program seperti ini kerana setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita perlu ada keyakinan diri. Jika kita tidak yakin, bagaimana kita boleh mendepani cabaran-cabaran yang ada dalam liku kehidupan.

Aura positif akan disuntik


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Melalui progaram Nak Ubah Hidup ini, korang akan disuntik dengan aura yang positif untuk berjaya. Dan ianya bukan setakat menyuntik kata-kata semangat daripada Azizan Osman malah Azizan Osman akan tunjukkan kepada korang bagaimana untuk ubah kehidupan korang kepada yang lebih baik. Bagaimana nak kembangkan perniagaan korang dengan lebih yakin dan bagaimana nak letak diri korang sebagai seorang yang berkeyakinan dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Mungkin ada yang memandang bahawa program Nak Ubah Hidup ini lebih kepada mereka yang berniaga tapi salah sangkaan itu. Dalam kalangan hadirin program Azizan Osman ada yang berlatarkan kerjaya sebagai anak seni, ada juga berkerja kerajaan. Hanya satu matlamat ‘Nak Ubah Hidup’.

Bangkit demi kelansungan hidup


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Jadi, tunggu apa lagi rakan sekalian. Peluang yang baik seperti ini jangan dilepaskan kerana komen-komen positif daripada mereka yang hadir ke program Nak Ubah Hidup Azizan Osman ini rata-rata memberi 5 bintang dan berharap agar program sebegini dapat dilansungkan lagi. Untuk korang yang belum pernah menghadiri program Nak Ubah Hidup, boleh berbuat demikian pada tarikh yang telah mek nyatakan tadi. Ingat, kita perlu ubah diri kita demi kelansungan hidup. Tiada siapa boleh buat kita berjaya melainkan diri kita sendiri dan program Nak Ubah Hidup Azizan Osman ini akan merungkai jalan dan cara bagaimana korang nak level up diri korang, level up kehidupan korang, level up keluarga korang. Tentunya itulah impian setiap insan disamping tidak meninggalkan akhiratnya.


Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Info lanjut :

Hotline : 1300882424

Sekian ..

#nakubahhidup2019
#nakubahhidup
#kuasaipotensidiri
#azizanosman
#10ximkk
#zerokemillion

RAYA DENGAN SHOPEE


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek .. 


RAYA DENGAN SHOPEE. Dapatkan semua keperluan Raya anda daripada platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee !

Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi, dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam kempennya “Raya Dengan Shopee”.


Raya Dengan Shopee

Guests having a good time trying their hand at the Goyang Shopee game.

Sepanjang kempen yang berlangsung dari 25 April hingga 6 Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos:

     200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik.  

     Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu.

     Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat.

     Shopee Live, platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.

     Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi.


Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda

Dapatkan warna-warna lipstik terbaru daripada L'OrĂ©al, produk rambut daripada Unilever, dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Anda juga boleh mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti kuali tidak lekat klasik Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk membuat kuih muih Raya yang lazat. Hadiahkan ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20 Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer ibu bapa anda dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan anda sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan perkakas dan aksesori MR DIY.

Untuk merayakan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.

Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini:

     Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
     Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
     Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.

Rumahku Syurgaku

Ceriakan Raya anda dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee.

Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian. Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.

 Shopee Jual Kereta & Motosikal


Raya Dengan Shopee

(fifth from left) Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia and Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia with brand representatives marking the debut of Shopee AutoMall. 

Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee.
  
Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti


Raya Dengan Shopee

(from left to right) Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia, Irma Hasmie, Datin Hajah Fouziah Gous, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Nazeera Sardi, Dayang Areeda, Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia 

Rasai keseronokan menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati tawaran promosi Raya yang ditawarkan.

Manfaat Rakan Kerjasama


Raya Dengan Shopee


(from left to right) Koji Oyama, Managing Director, Isetan; Chan Kok Long, Co-founder & Executive Director, iPay88; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; Loh Ai Chern, Senior Manager, Business Development, Visa; Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia; Anil Gautam, Managing Director, DHL; and Karim, Director of VIP & Marketing, J&T Express (M) Sdn Bhd launching the Raya Dengan Shopee campaign. 


     Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
     Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
     Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
     MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
     Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).

Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi.

Sekian ..

SOUQ RAMADHAN BUFFET HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Salam berpuasa untuk semua yang membaca entry mek ini. Sehingga hari ini, macam mana dengan keadaan puasa korang? #ramadhangoals dah berapa percent terlaksana? Mek harap dan doakan semuanya dapat laksanakan #ramadhangoals dengan jayanya walaupun hanya 80%. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk laksanakan apa yang telah kita matlamatkan. Kadang dalam kita berusaha untuk jayakan matlamat, ada juga kekangan yang mengaral. Jadi, jom tenangkan diri dengan berbuka puasa di tempat yang boleh tenangkan kita. Yang boleh kita berbuka bersama keluarga dalam keadaan selesa serta boleh menunaikan ibadah wajib serta sunat bersama-sama. Jom ke Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu.


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

150 menu hidangan lauk pauk

Lauk-pauk yang terhidang di sini memang cukup membuat tetamu menjadi rambang mata. Mana taknya, sebanyak 150 menu terhidang di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Mungkin korang terfikir takkan mampu untuk makan kesemua 150 hidangan tersebut. Mek bersetuju namun taktikal untuk makan hidangan buffet ramadhan tak sama macam korang pergi kenduri. Korang tak boleh nak tamak cuba semua benda tapi korang boleh ambik serba sedikit apa yang korang rasa nak makan, dan kalau sedap boleh tambah lagi. Taktikal ini berjaya mek lakukan pada Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu dan apa yang mek sempat cuba adalah :
  

Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Ikan Tiga Rasa
Ayam Manggo
Beef Stick
Prawn with Chili Sauce
Soft Bun Chicken
Rojak Buah
Kambing Bakar
Kari Kambing Gearbox
Yong Tau Foo
Air Kelapa
Air Katira
Buah-buahan
Kuih-muih
Lokceng / satay ikan
Puding Blueberry
Kek Chocolate

Mek sempat makan lebih 10% daripada menu yang ada tapi ada dua tiga menu mek tambah sampai tiga kali iaitu Kari Kambing Gear Box dan juga Ikan Tiga Rasa. Memang betul-betul mengenyangkan dan nasi mek ambil suku senduk sahaja untuk ambik rasa makan dengan lauk-pauk lain. Selebihnya hanya meratah sahaja.

Harga Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu berbaloi

Harga Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu pada 2019 masih lagi mengekalkan harga yang sama seperti tahun lepas iaitu RM85 bagi seorang dewasa dan 50% diskaun bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bagi yang bawah 4 tahun, mereka adalah percuma untuk masuk ke Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Bagi mek, dengan RM85 memang dah cukup berbaloi dengan apa yang mek makan. Kalau korang pandang harga memang ianya nampak mahal akan tetapi jika tengok pada menu yang sempat mek makan, kalau diikutkan harga sebenar memang melebihi daripada RM85. Setongkol Kari Kambing Gearbox tu pun dah berapa. Cuba bayangkan jika makan sehingga 5 tongkol. Memang puas hati makan di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Harga yang berbaloi setimpal dengan cukup rasa yang dipersembahkan.

Tempat mengikut kesesuaian tetamu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Salah satu yang menjadi keutamaan mek pada setiap kunjungan makan di restaurant adalah keadaan susun atur meja (layout restaurant). Hal ini mek titik berat sangat memandangkan mek ada anak kecil yang suka berlari sana-sini, meninjau tempat baharu bagi mereka. Di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu ini disediakan pelbagai susun atur yang memenuhi keperluan tetamu. Contohnya untuk mereka yang datang bersama keluarga besar, ada meja bulat untuk mereka. Untuk mereka yang berdua sahaja, ada meja yang khusus untuk berdua. Untuk keluarga kecil atau datang dengan rakan, ada juga meja yang bersesuaian. Dan untuk mereka yang sukakan udara segar, boleh mengambil tempat di ‘pool side’ untuk iftar bersama mereka yang tersayang. Pendek kata, datang Souq Ramadhan Hotel Perdana Kota Bharu semuanya akan berpuas hati.

Surau solat terawikh untuk kemudahan tetamu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu


Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu

Part paling mek bersetuju, suka dan seronok adalah Hotel Perdana menyediakan juga surau untuk solat terawikh untuk tetamunya. Memang saban tahun Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu menyediakan kemudahan ini. Tempat yang selesa serta imam dari pelajar tahfiz memang buatkan lagi ‘hidup’ terawikh di Souq Ramadhan Buffet Hotel Perdana Kota Bharu. Bila ada kemudahan seperti ini, tetamu akan lebih selesa dan tenang untuk tunaikan ibadah wajib serta sunat. Tidak lah mereka terkejar-kejar untuk ke surau berdekatan untuk tunai Maghrib serta Isyak. Alang-alang dah bawa keluarga iftar bersama, boleh ajak mereka untuk terawikh sama-sama. Indahnya Ramadhan, menyatukan ummah dalam menunaikan ibadah.

Info lanjut :

Call frontline : 09-7458888

Sekian ..

#bukapuasa
#iftar
#souqramadhan
#buffetramadhan
#hotelperdana
#iftarkotabharu
#nahcadangan
#foodieblogger
#mekyunie