Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Warung Nasi Dagang Kak Yah Jerteh, Terengganu. Nasi
dagang dengan Terengganu tidaklah begitu asing malah sinonim. Tak sah kalau ke
Terengganu tapi tak perkenakan Nasi Dagang Putih Asli Terengganu. Kelantan juga
ada nasi dagang tapi tidak sama dengan versi Terengganu. Nasi dagang Kelantan
berasnya berwarna perang. Nasinya agak sedikit keras berbanding nasi dagang
Terengganu. Selaku berdarah kacukan warga Terengganu, semestinya pilihan mek
untuk nasi dagang adalah yang original Terengganu. Pun begitu, tak semua orang
pandai buat nasi dagang oleh kerana renyah dalam pembuatannya. Kalau tak ikut
tatacara yang betul alamatnya mudah lah nak basi nasi dagang tadi.
Biasanya bila mek ke Terengganu (bertolak agak lewat),
pit stop untuk sarapan lewat pagi adalah di Warung Nasi Dagang Kak Yah Jerteh,
Terengganu. Kedai ini diperkenalkan oleh mummy mek yang katanya ‘agak mengena’
dengan seleranya. Kalau dikedai lain, gulai ikan atau ayam mereka lebih kepada
perasa manis berbanding rasa rempah gulai tersebut. Bila mek cuba di sini,
terus melekat sehinggalah mek dah beranak dua sekarang. Menu yang selalu mek
minta adalah Nasi Dagang Ayam Gulai manakalah spouse mek pula Nasi Dagang Ikan
Tongkol Gulai. Sempat lah nak menahan sehingga makan tengahari di Kuala
Terengganu pula. Naso dagang ni nampak sikit tapi dia punya kenyang lain macam
sikit sebab nasi dagang menggunakan beras lembut (spesifik untuk nasi dagang).
Di Warung Nasi Dagang Kak Yah ni juga bukan sahaja
menghidangkan nasi dagang malah ada pelbagai lagi lauk pauk lain. Lebih 10 menu
lain yang ada untuk korang menikmati sebagai sarapan pagi atau sarapan lewat
pagi. Untuk tengahari mek tak berapa nak pasti samada dia tambah lauk pauk lain
ataupun tidak. Cuma boleh lah korang cuba menu-menu yang ada di Warung Nasi
Dagang Kak Yah. Sebab ada juga di antara kita yang tak sukakan nasi dagang.
Selera dan pilihan masing-masing, betul tak. Untuk soal harga juga tidak mahal
di sini. Mek makan berdua dengan spouse RM11 termasuk minuman. Keseluruhan
memang recommended untuk korang singgah di Warung Nasi Dagang Kak Yah. Boleh
cuba nasi dagang Terengganu di pintu masuk negerinya sendiri.
Sekian ..
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan
wah boleh cuba nanti
ReplyDeletesedapppnya..rabia mkn dekat nasi dagang kakpah
ReplyDeletesdapnya..kna g skali ni..:)
ReplyDeletelama tak g terengganu... huhuhu
ReplyDeleteSedapnya..aku minat gila kot nasi dagang..
ReplyDelete