Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Mek antara ibu bapa yang
teruja bila tengok trailer Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini ditontonkan di
medium Youtube. Terus tekan butang share dan hantar pada Sis Gee untuk booking
‘tourguide’ untuk kami ronda Terengganu pada awal April 2019. Mek teruja untuk
bawa Amani dan Amzar tengok Upin Ipin di dalam wayang. Korang tahu lah kan
‘feeling’ tengok wayang ni tak sama dengan tengok dikaca TV. Bila bincang
dengan spouse pun dia bersetuju untuk bawa anak-anak dan ada ‘weekend gateaway’
pada tarikh yang mek cadangkan. Maka secara ringkasnya, Sis Gee yang banyak
aturkan program mek melawat Terengganu atas sebab mek agak ‘lost’ pada dua
minggu sebelum kunjungan mek ke sana. Bersyukur ada kawan yang boleh dianggap
sahabat.
Kebetulan tanpa dirancang (memang lain gila antara draf
tentatif dua minggu sebelum datang dan seminggu sebelum datang), mek juga
terjemput sama untuk ke Karnival Kewangan Terengganu 2019 yang berlansung di TH
Hotel dan Convention Center, Kuala Nerus, Terengganu. Dan mek juga terjemput
untuk ‘cover’ satu program McDonald Kuala Terengganu di IPD Marang, Terengganu.
Alang-alang pergi maka mek bersetuju sahaja lah. Dua platform ini boleh diambil
peluang untuk berkenalan dengan blogger Terengganu (yang sudi jumpa mek). Maka
sesi menonton wayang Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dijadualkan pada hari
Sabtu sebelum pulang ke Kelantan. Mek dan Sis Gee sepakat ambil tayangan jam
2.00 petang untuk tidak terlalu ‘rushing’.
Pujian
Setelah menonton selama lebih kurang dua jam setengah, mek
dan spouse keluar dari panggung dengan senyuman. Lega dah bayar ‘reward’ kepada
anak-anak. Tapi yang teruja menonton adalah mek dengan spouse, bukan Amani atau
Amzar. Watak-watak yang ada di dalam Upin Ipin Keris Siamang Tunggal semuanya
watak yang mek dan spouse dengar ketika zaman kanak-kanak kami. Disebabkan dulu
hanya dengar atau membaca buku cerita sahaja. Tak tahu nak bayangkan macam mana
si Mat Jenin, Raja Bersiung, Ibunya Si Tanggang - itu semua kami yang
imaginasi-kan sendiri. Bila watak-watak ini dikartunkan, memang kami yang
dewasa ini seronok. Lebih-lebih lagi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini
merungkai asal-usul ‘watak cerita dongeng’ itu.
Komen
Cuma, mek tercari-cari mana yang reviewer cakap sepuluh
bintang tu. Bagi mek bila diberi bintang penuh maka cerita itu ibarat
sepanggung bangun dan berikan tepukan gemuruh. Pernah satu ketika insiden
tersebut terjadi pada wayang Ola Bola. Too bad mek tak dapat berikan penuh
bintang kepada Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Bagi mek untuk filem animasi
Malaysia ianya hebat kerna grafik agak seiring dengan filem animasi negara
barat. Sekurang-kurangnya Upin Ipin Keris Siamang Tunggal setaraf dengan Ribbit
terbitan KRU Production. Mungkin untuk ‘next movie’ Upin Ipin dapat dijalan cerita
atau plot yang lebih menarik minat kanak-kanak pada masa kini. Supaya
kanak-kanak yang menonton lebih tertarik dan memahami jalan cerita sedang
mereka tonton.
Itu pendapat mek dengan spouse. Mungkin bagi korang, lain
pula tanggapannya. Selera, citarasa adalah mengikut pandangan masing-masing.
Mek tak adalah kecam mereka yang bagi sepuluh bintang pada Upin Ipin Keris
Siamang Tunggal. Mungkin bagi mereka cerita ini betul-betul menepati citarasa
mereka dan anak-anak. Bagi mek pula, sebaliknya. Anak-anak seolah-olah hanya
mengenali watak Upin Ipin dan rakan-rakannya. Mat Jenin, Bawang Putih, Bawang
Merah, Raja Bersiung, Pak Belalang, Mak Si Tanggang - itu semua mek dengan
spouse je yang ‘ohhhhh Mat Jenin anak raja rupanya.’ ‘Oh, Raja Bersiung ni
jahat rupanya.’ Harapnya industri filem animasi kanak-kanak di Malaysia tak
putus asa, terus bersabar dan relevan untuk bikin filem animasi seiring dengan
suasana dan budaya Malaysia.
Sekian ..
#jalanjalanterengganu
#mekyunietravel
#upinipin
#kerissiamangtunggal
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan
kita belum sempat tengok lagi.. ramai yang kata best cerita ni!
ReplyDeletehahaha...baru tau kan kisah raja bersiong tu kaitkan mat jenin macam mana..btw joms next movie!hahahahaaha
ReplyDelete1st time Ina tgk wayang cita kartun ni tau. Hahaha..best sgt, tak mengantuk tengok.Dan semasa last movie upin ni habis,siap ada yg berikan tepukan gemuruh lg tau.Hihihi.. Papepun, citarasa org lain2.
ReplyDeletemaka tugas kita sebagai parents la yang kenalkan watak-watak mitos ni kepada anak-anak hihihiih
ReplyDelete