Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k.
Mesti korang tertanya-tanyakan siapakah Siti Suriani yang sangat bertuah ini
sehinggakan dapat penajaan RM500k di hari bahagianya. Mek pun sebelum ni tak
mengenali siapakah Siti Suriani namun cerita mengenai tajaan di hari
perkahwinannya ini menjadi topik hangat di media sosial. Kalau korang nak tahu,
Siti Suriani ni yang selalu buat ‘live’ untuk promote barangan yang dijual
melalui platform jamumall.com . Di website ini kebanyakkan barangan local yang dijual. Antara produk yang
dijual adalah barangan kecantikan untuk para wanita dengan harga yang mampu
milik. Siti Suriani antara yang menjadi ‘reviewer’ kepada barangan local yang
ada di sini.
Hanya rancang kenduri biasa
2019 merupakan tahun yang tertulis untuk Siti Suriani
menamatkan zaman ‘single’nya bersama lelaki yang selalu berada dalam susah dan
senangnya. Dalam perancangan awal, Siti Suriani hanya merancang untuk adakan
kenduri majlis perkahwinannya dengan kadar kemampuannya sahaja. Tak terlintas
untuk dapatkan sponsor ataupun apa-apa ‘advantage’ di atas usaha yang dia
lakukan selama ini. Keadaan menjadi berubah bila Siti Suriani memuat naik
status mengenai persiapan perkahwinannya. Dengan hanya satu status, segala
perancangan perkahwinannya menjadi berubah. Tiada lagi kenduri yang sederhana,
kenduri yang hanya cukup dengan bajet yang ada - semuanya berubah !
Ditaja semasa menjadi raja sehari
Sungguh tak disangka, dengan satu status persiapan
perkahwinan, Siti Suriani menerima banyak ‘lamaran’ untuk menjadikan majlis
perkahwinannya lebih gah daripada apa yang dirancang sebelum ini. Tentunya
tajaan-tajaan ini sedikit sebanyak meringankan kos persiapan perkahwinan malah
mungkin lebih dari apa yang dibayangkan oleh Siti Suriani. Tajaan untuk
perkahwinannya ini tidak terhad kepada pelamin atau busana persandingan sahaja,
malah ada yang sanggup untuk menaja hidangan untuk hadirin jemputan dan juga
pakej berbulan madu bagi kedua pasangan sejoli ini. Jumlah tajaan yang diterima
oleh Siti Suriani mencecah RM500k dan ini membuatkan Siti Suriani begitu
bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya.
Promot barangan founder dengan penuh ikhlas
Siti Suriani mula mendapat ‘nama’ dan perhatian daripada
ramai pihak semenjak dia mula untuk promot barangan di jamumal.com . Apa yang dilakukan oleh Siti Suriani adalah dengan penuh ikhlas tanpa
meletakkan ‘demand’ yang tinggi kepada founder-founder produk local. Siti
Suriani sedar untuk memulakan satu-satu perniagaan memakan modal mencecah
ribuan ringgit dan tentunya modal untuk marketing agak terhad. Siti Suriani dengan
penuh ikhlas mempromosikan barangan mereka. Siti Suriani juga bersyukur dengan
kepercayaan yang diberikan oleh founder kepadanya untuk mempromosikan barangan
secara ‘live’ dan alhamdulillah ianya membantu dan membuahkan hasil. Tentunya
usaha yang dilakukan dengan keberkatan akan memberi ‘rasa manis’ dalam sesebuah
perniagaan.
Untuk mek yang baru mengenali Siti Suriani, memang agak
tertarik untuk mengenalinya kerana mek yakin, personalitinya memang disukai
orang ramai. Kalau tak, mana mungkin akan mendapat tajaan sehingga RM500k.
Antara lain yang mek tertarik dengan kisah Siti Suriani ini adalah ‘buat kerja
dengan penuh ikhlas’. Ayat Quran itu benar, janji Allah itu pasti. Buat baik
kepada orang, jangan mengharapkan balasan, jangan sesekali mengungkit. Allah
maha pemberi rezeki. Allah tahu mana yang kita perlukan dan tidak diperlukan.
Kalau untuk masyarakat sejagat pepatah ini amat sesuai untuk digunapakai ‘what
you give, you get back’. Satu masa pasti akan dapat balik apa yang telah kita
berikan kepada orang. Ianya tidak terhad kepada perlakuan baik sahaja, buat
jahat juga akan dapat pembalasannya. Jadi, buat baik sentiasa, okei
Sponsor by :
Perfume dari Luxe Essencia Resources
Sekian ..
#sitiJamumallwedding
tahniah siti dan pasangan murah rezeki diorang dpt byk tajaan mcm ni
ReplyDeleterezeki pengantin..tahniah..cantik pelamin..
ReplyDeletewahhh untunglahhh rezeki dia kann!
ReplyDeleteRezeki sungguh kan... Alhamdulillah
ReplyDelete