TAJAAN RM500K UNTUK PERKAHWINAN SITI SURIANI TERIMA PENUH SYUKUR

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k. Mesti korang tertanya-tanyakan siapakah Siti Suriani yang sangat bertuah ini sehinggakan dapat penajaan RM500k di hari bahagianya. Mek pun sebelum ni tak mengenali siapakah Siti Suriani namun cerita mengenai tajaan di hari perkahwinannya ini menjadi topik hangat di media sosial. Kalau korang nak tahu, Siti Suriani ni yang selalu buat ‘live’ untuk promote barangan yang dijual melalui platform jamumall.com . Di website ini kebanyakkan barangan local yang dijual. Antara produk yang dijual adalah barangan kecantikan untuk para wanita dengan harga yang mampu milik. Siti Suriani antara yang menjadi ‘reviewer’ kepada barangan local yang ada di sini.


Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k

Hanya rancang kenduri biasa


Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k

2019 merupakan tahun yang tertulis untuk Siti Suriani menamatkan zaman ‘single’nya bersama lelaki yang selalu berada dalam susah dan senangnya. Dalam perancangan awal, Siti Suriani hanya merancang untuk adakan kenduri majlis perkahwinannya dengan kadar kemampuannya sahaja. Tak terlintas untuk dapatkan sponsor ataupun apa-apa ‘advantage’ di atas usaha yang dia lakukan selama ini. Keadaan menjadi berubah bila Siti Suriani memuat naik status mengenai persiapan perkahwinannya. Dengan hanya satu status, segala perancangan perkahwinannya menjadi berubah. Tiada lagi kenduri yang sederhana, kenduri yang hanya cukup dengan bajet yang ada - semuanya berubah !

Ditaja semasa menjadi raja sehari


Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k

Sungguh tak disangka, dengan satu status persiapan perkahwinan, Siti Suriani menerima banyak ‘lamaran’ untuk menjadikan majlis perkahwinannya lebih gah daripada apa yang dirancang sebelum ini. Tentunya tajaan-tajaan ini sedikit sebanyak meringankan kos persiapan perkahwinan malah mungkin lebih dari apa yang dibayangkan oleh Siti Suriani. Tajaan untuk perkahwinannya ini tidak terhad kepada pelamin atau busana persandingan sahaja, malah ada yang sanggup untuk menaja hidangan untuk hadirin jemputan dan juga pakej berbulan madu bagi kedua pasangan sejoli ini. Jumlah tajaan yang diterima oleh Siti Suriani mencecah RM500k dan ini membuatkan Siti Suriani begitu bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya.

Promot barangan founder dengan penuh ikhlas


Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k

Siti Suriani mula mendapat ‘nama’ dan perhatian daripada ramai pihak semenjak dia mula untuk promot barangan di jamumal.com . Apa yang dilakukan oleh Siti Suriani adalah dengan penuh ikhlas tanpa meletakkan ‘demand’ yang tinggi kepada founder-founder produk local. Siti Suriani sedar untuk memulakan satu-satu perniagaan memakan modal mencecah ribuan ringgit dan tentunya modal untuk marketing agak terhad. Siti Suriani dengan penuh ikhlas mempromosikan barangan mereka. Siti Suriani juga bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh founder kepadanya untuk mempromosikan barangan secara ‘live’ dan alhamdulillah ianya membantu dan membuahkan hasil. Tentunya usaha yang dilakukan dengan keberkatan akan memberi ‘rasa manis’ dalam sesebuah perniagaan.


Siti Suriani Dapat Tajaan Perkhawinan sehingga RM500k

Untuk mek yang baru mengenali Siti Suriani, memang agak tertarik untuk mengenalinya kerana mek yakin, personalitinya memang disukai orang ramai. Kalau tak, mana mungkin akan mendapat tajaan sehingga RM500k. Antara lain yang mek tertarik dengan kisah Siti Suriani ini adalah ‘buat kerja dengan penuh ikhlas’. Ayat Quran itu benar, janji Allah itu pasti. Buat baik kepada orang, jangan mengharapkan balasan, jangan sesekali mengungkit. Allah maha pemberi rezeki. Allah tahu mana yang kita perlukan dan tidak diperlukan. Kalau untuk masyarakat sejagat pepatah ini amat sesuai untuk digunapakai ‘what you give, you get back’. Satu masa pasti akan dapat balik apa yang telah kita berikan kepada orang. Ianya tidak terhad kepada perlakuan baik sahaja, buat jahat juga akan dapat pembalasannya. Jadi, buat baik sentiasa, okei
Sekian ..

#sitiJamumallwedding

4 comments

  1. tahniah siti dan pasangan murah rezeki diorang dpt byk tajaan mcm ni

    ReplyDelete
  2. rezeki pengantin..tahniah..cantik pelamin..

    ReplyDelete
  3. Rezeki sungguh kan... Alhamdulillah

    ReplyDelete