Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Lagoon Masjid Terapung Kuala Ibai Kuala Terengganu.
Masjid putih yang tersergam indah disebelah kiri jalan utama dari Kuala
Terengganu ini memang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Dulu sebelum
adanya Masjid Kristal, Masjid Terapung atau nama penuhnya Masjid Sultanah Nur
Zahirah ini adalah salah satu kemestian setiap pelancong untuk melawatnya.
Kenapa? Salah satu adalah ianya ‘terapung’. Masa mek kanak-kanak dulu memang
selalu juga singgah sini dan di sinilah kali pertama dalam hidup mek tengok
ikan todak. Mak saudara mek selalu tunjukkan ikan todak tu dan kaitkan dengan
cerita dongeng lampau ‘Singapura Dilanggar Todak’. Korang pernah ke tengok
cerita tu? Mek memang tak pernah tengok dan tak tahu pun siapa yang berlakon
dalam itu wayang.
Semenjak kenal Sis Gee, banyak juga yang mek dapat tahu
mengenai Terengganu. Yelah, dia origin di Terengganu maka dia lebih tahu di
mana tempat-tempat yang sesuai dengan keadaan kami. Pada kunjungan mek ke Kuala
Terengganu kali ni, spouse teringin nak solat jumaat di Masjid Terapung. Maka
meet point mek dengan Sis Gee adalah di Masjid Terapung sementara para suami
tunaikan solat jumaat. Jadi untuk tidak bosan, Sis Gee bawa mek ke Lagoon Kuala
Ibai yang terletak dalam kawasan masjid juga. Ini kali pertama mek ke Lagoon Kuala
Ibai dan memang begitu teruja kerana selama mek berkunjung ke sini, tidak
pernah mek ke sana dan tak tahu pun kewujudan ‘bahagian’ Lagoon Kuala Ibai ini.
Jadi, ini yang ada di Lagoon Kuala Ibai ;
Pelbagai jualan
Lagoon Masjid Terapung Kuala Ibai Kuala Terengganu
Masa mek ke sana dalam jam 1.00 tengahari. Gerai jualan
dah agak meriah pada waktu itu. Katanya Sis Gee kalau sebelah petang memang
meriah sangat-sangat dengan gerai jualan dan pengunjung di Lagoon Kuala Ibai
ini. Gerai jualan yang ada tidak terhad pada makanan sahaja. Ada juga peniaga
mengambil peluang untuk buka gerai jualan pakaian dan mainan kanak-kanak. Harga
yang ditawarkan adalah harga pasaran semasa. Tak mahal, tak murah. Harga lulus
KPDNKK. Untuk sesi menjamu mata di Lagoon Kuala Ibai ni, mek dengan spouse
sempat beli minuman dan makanan sahaja. Ada juga mek berkenan dengan tudung
bawal tapi tidak membelinya kerana mek rasa harga yang ditawarkan itu kalau di
Kota Bharu dapat design yang kita pilih sendiri dah. Maka dengan rela mek
lepaskan tudung tersebut.
Tempat beriadah seisi keluarga
Di sini juga tempat yang sesuai untuk beriadah bersama
keluarga atau rakan-rakan. Korang boleh pilih samada nak bersantai atau
berkelah atau jogging atau sekadar menikmati udara petang di muara sungai
Lagoon Kuala Ibai. Untuk sesi ini mek tak sempat nak menikmatinya sebab bila
selesai solat jumaat, mek dan Sis Gee dah ada program seterusnya yang perlu
kami hadiri. Meskipun sejam sahaja mek dapat luangkan masa di Lagoon Kuala Ibai
namun memang mek dapat rasakan yang di sini adalah satu tempat yang seronok
untuk luangkan masa pada sesi petang. Anak-anak boleh bermain di taman
permainan yang telah disediakan. Kami yang dewasa ni boleh menikmati putaran
alam dari siang ke malam. Dan paling seronok Lagoon Kuala Ibai adalah dalam
kawasan masjid. Rasa tenang itu sedikit lebih.
Kalau korang ke Kuala Terengganu, jemput singgah juga di
Lagoon Kuala Ibai ni. Satu pit stop yang boleh tenangkan hati banyak pihak. Nak
photoshoot pun lawa juga view-nya disini. Dengan pokok rhu, tepian muara sungai
- memang cantik untuk bergambar. Sambil tu boleh support para peniaga yang ada
di sini. Yang penting, jangan gaduh-gaduh berebut parking atau menyusahkan
orang lain dengan double park kononnya kejap sahaja korang parking tu.
Hormatilah kawasan masjid yang korang masuk tu. Tingkah laku dan paling utama
adab juga perlu dijaga. Kawasan dah cantik, hargailah dengan penuh syukur
kepada penciptaNya. Tiada apa yang boleh terjadi melainkan dengan izin Allah.
Sekian ..
#jalanjalanterengganu
#mekyunietravel
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan
mkn angin sokmo mu mek..:)
ReplyDeleteOhh sini lah tempat lepak awok yer 😍
ReplyDeleteRasanya pernah singgah sekali dua puluh thn lps masa ssejid tu x glamer mano lg
ReplyDeletesedak terr jalan2..
ReplyDeletesini port best nak photoshoot..duk tepi jalan pun view lawa...haha
ReplyDeleteTak pernah sampai sini lagi tapi boleh lah cuba next time sampai Ganu
ReplyDelete