Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota
Bharu. Ramadhan hanya beberapa hari sahaja untuk kita mulakan ibadah berpuasa.
Selain ibadah wajib berpuasa dan sembahyang, pada Ramadhan juga semua ibadah
sunat digandakan pahalanya. Kalau kita boleh nampak aliran pahala masuk dalam
‘akaun’ kita, tentunya kita sanggup berikan apa sahaja keperluan kepada mereka
yang memerlukan. Jadi, elok benar jika kita rancang untuk adakan sesi berbuka
puasa dengan ahli keluarga, atau sahabat handai di The Grand Renai Hotel, Kota
Bharu. Layanan yang mesra dan hidangan yang sedap tentunya dapat menyenangkan
para tetamu pada Ramadhan kali ini. Senangkan hati orang, dapat pahala dan
kesenangan pada kita juga, kan?
Lebih 50 juadah yang disediakan, setiap hari sepanjang
Ramadhan 1440H
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu
Lebih bahagia bila kita belanja orang tersayang beriftar
di tempat yang banyak pilihan juadah makanan. Memahami setiap tetamu mempunyai
selera mereka masing-masing, Sajian Buffet Ramadhan The Grand Renai Hotel Kota
Bharu menawarkan kepelbagaian juadah supaya setiap tetamu yang hadir untuk
iftar berpuas hati dengan hidangan yang ada di sini. Hidangan popular pada
Ramadhan seperti Bubur Lambuk, Gulai Kawah beraneka jenis seperti daging
kambing, daging lembu dan juga ayam juga turut disediakan. Jangan risau jika
korang dalam mood ‘eat clean’, nasi ulam-ulaman juga turut disediakan. Tak
dilupakan juga hidangan kuih-muih tradisional Kelantan serta manisan-manisan
masa kini seperti kek dan juga tart turut ada sebagi pencuci mulut kepada
tetamu iftar The Grand Renai Hotel Kota Bharu. Pendek kata semuanya akan
berpuas hati dengan pengisian di sini.
Early Bird dapat harga murah, jom tempah untuk iftar
Untuk penjimatan, korang boleh rancang awal untuk sesi
iftar korang bersama keluarga atau rakan-rakan. Sajian Buffet Ramadhan The
Grand Renai Hotel Kota Bharu menawarkan harga RM62 jika korang beli sebelum
atau pada 05 Mei 2019. Bila bermula sahaja Ramadhan, harga untuk iftar akan
dijual pada harga biasa iaitu RM69 bagi seorang dewasa dan RM29 bagi seorang
kanak-kanak. Pun begitu, jika korang ingin ‘walk-in’ pada mana-mana hari sepanjang
Ramadhan, The Grand Renai Hotel Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan korang.
Tempat duduk yang pelbagai contohnya tempat untuk berdua, berempat ataupun
berkeluarga besar boleh diaturkan mengikut kesesuaian jumlah kedatangan korang.
Jadi korang tidak perlu risau untuk iftar bersama-sama.
Harga bilik penginapan juga ‘mark down’ sempena Ramadhan
Untuk mereka yang berkunjung ke Kelantan pada Ramadhan
ini, berita baik untuk korang. Harga bilik pada hari biasa tanpa promo adalah
RM235 bagi Deluxe Room. Tapi pada Ramadhan kali ini, harga bilik Deluxe Room
berserta sahur hanya RM198 sahaja. Manakala jika korang nak sertakan sekali
dengan Sajian Buffet Ramadhan The Grand Renai Kota Bharu, hanya perlu bayar
RM268 bagi dua tetamu. Jimat berganda-ganda, kan? Sambil datang Kelantan atas
urusan kerja ataupun urusan peribadi, hanya bayar RM268 dan korang tak perlu
lagi fikir di mana korang nak bersahur dan berbuka puasa. Peace of mind gitu.
Sambil tu boleh cuba rasa masakan tradisi Kelantan yang dimasak khas oleh chef
di hotel yang terkemuka di negeri Kelantan.
Pada keseluruhan, mek memang suka dengan The Grand Renai
Hotel Kota Bharu sebab ciri-ciri ‘hotel mewah’ yang dibina dari dahulu lagi.
Pun begitu, dalam soal promo masih lagi seperti harga yang mampu milik untuk
golongan pertengahan seperti mek. Maksudnya kita semua mampu untuk menikmati
‘layanan’ hotel mewah yang selalu kita tengok dalam drama atau video iklan.
Tambah pula pada Ramadhan, jika dapat berehat di bilik yang sejuk, katil yang
empuk dan selesa, menikmati wifi yang ada - memang betul-betul menikmati
percutian pada Ramadhan. Nak teruskan niat untuk khatam al-quran pun tenang
sahaja. Untuk pengetahuan korang juga, The Grand Renai Hotel Kota Bharu hanya 5
minit untuk ke KB Mall dan hanya 10 minit untuk ke AEON Mall Kota Bharu. Jimat
masa, sempat rehat banyak sikit.
Untuk info lanjut, korang boleh usha
Frontline : 09-7462233
Sekian ..
#thegrandrenaikb
#buffetramadhankb
#iftardimana
#menuberbuka2019
#nahcadangan
sedap2 menu dio..:)
ReplyDeletelps tarawih buleh gi sambung makan lg ko mek? biar ngapoh dgn bayar tu. hehehe...
ReplyDeleteBerbaloi weh promo bilik sempena bulan ramadan.. Siap makan dah tu
ReplyDeletehidangannya mengancam..
ReplyDeleteThanks ffor sharing this
ReplyDelete