Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif.
Tapi mek bukanlah jenis kulit sensitif. Kulit mek adalah normal skin, agak
tidak bermasalah kecuali seperti yang korang sedia maklum iaitu freckles. Muka
mek akan berjerawat juga jika tidak dijaga dengan baik contohnya seharian
dialas make up atau balik dari mana-mana tak cuci muka dengan bersih, esok elok
lah jerawat mula menapak di wajah. Tentunya masalah seperti ini sedikit
sebanyak mengganggu keyakinan diri mek untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun
skop kerja mek hanya untuk ‘internal customer’ sahaja, pun begitu sebagai
seorang wanita tentunya masalah macam ni boleh menyebabkan mood menjadi ‘swing’
tiap kali melihat cermin. Geram bukan?
Safi Malaysia kali ini tampilkan Safi Dermasafe untuk
mereka yang berkulit sensitif. Memahami ramai yang mengalami kulit muka yang
‘breakout’ akibat daripada salah guna produk penjagaan wajah, Safi Dermasafe
diuji secara klinikal terbukti berkesan untuk memulihkan kembali kulit wajah
yang terkesan teruk. Penggunaan secara berterusan selama sebulan amatlah
digalakkan untuk membantu kulit wajah pulih seperti biasa. Jangan salahkan Safi
Dermasafe jika korang hanya pakai untuk beberapa ketika dan beberapa produk
Safi Dermasafe sahaja. Safi Dermasafe didatangkan dengan lima botol untuk
langkah perawatan dan penjagaan kulit wajah supaya menjadi lebih sihat dan
mulus. Antaranya :
Pembersih muka Mousse Gentle Care
Safi Dermasafe Mousse Gentle Care adalah sabun muka yang
boleh membantu kulit wajah korang untuk lebih lembut bagi memulakan hari atau
aktiviti korang. Untuk Safi Dermasafe Mousse Gentle Care, mek gunakannya ketika
mandi waktu pagi. Ianya lebih sesuai digunakan pada waktu tersebut kerana
membantu untuk menyingkirkan lebihan minyak pada kulit wajah ketika tidur.
Ianya juga sesuai digunakan pada waktu malam sebelum mek sapukan krim malam
pada wajah. Pendek kata, Safi Dermasafe Mousse Gentle Care sesuai dipakai
ketika kulit muka tiada make up. Ianya akan buatkan kulit wajah menjadi lebih
lembut dan bersih sebelum sapuan moisturiser siang ataupun malam dilengkapkan
untuk rawatan kulit wajah.
Pembersih muka Gel Mild & Gentle
Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle ini pula berperanan
untuk membersihkan kulit muka juga. Pun begitu, sedikit perbezaan dengan Safi
Dermasafe Mousse Gentle Care adalah Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle mampu
untuk menanggalkan make up yang ada pada wajah kita. Mek selalu gunakan Safi
Dermasafe Gel Mild & Gentle ini ketika nak tanggalkan make up untuk solat.
Memang bersih sangat muka tanpa menggunakan make up remover atau tisu basah.
Pada awalnya mek macam meragui juga Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle ni
sebab rata-rata pencuci muka tak tanggalkan make up di wajah secara 100%.
Namun, bila mek guna setelah separuh hari mek dengan make up, Safi Dermasafe
Gel Mild & Gentle mampu memberi kesegaran dan bersih secara total pada
wajah mek. Barulah best nak tepek moisturiser dan apply make up baru !
Semburan Booster Hydrate & Refresh
Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh pula untuk
kegunaan selepas korang make up. Semburan ini bertujuan untuk kekalkan kulit
wajah dengan kelembapan yang optimum dan kekalkan make up korang dengan
kesegaran. Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh ini juga boleh korang
gunakan bila berada di rumah, tidak terhad kepada penggunaan dengan make up
sahaja. Pada hujung minggu mek akan semburkan Safi Dermasafe Booster Hydrate
& Refresh ini pada wajah untuk kekal segar dan lembabkan kulit. Biasanya
lepas sembahyang zohor dan asar mek akan semburkan Safi Dermasafe Booster Hydrate
& Refresh. Takadalah nanti bila hujung minggu, bila duduk di rumah sahaja,
kulit wajah tak terjaga. Sekurang-kurangnya bekalkan mereka dengan lembapan
yang optimum.
Pelembab Siang Soothe & Hydrate
Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate
direka khas untuk kegunaan sebelah siang, di mana ketika kulit wajah kita
terdedah kepada sinaran UV. Korang pun tahu kan yang sinaran matahari
memancarkan UV boleh menggelapkan kulit, buatkan kulit hilang kelembapan dan
mengkusamkan kulit. Kulit bila kusam mesti nampak lesu dan make up pun tidak
begitu ‘blend’ dengan kulit wajah. Pendek kata semuanya akan merendahkan
keyakinan diri. Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate membantu
untuk kekalkan kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada bahang sinaran
UV yang memeritkan kulit wajah bila kita melakukan aktiviti di luar rumah atau
pejabat. Mek sapukan Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate ini
setiap pagi sebelum mek pakai make up, supaya kulit mek terlindung dengan krim
pelembap yang membantu dalam naikkan seri wajah mek walaupun dengan solekan
yang nipis.
Pelembab malam Rehydrate & Recover
Safi Dermasafe Night Cream Rehydrate & Recover,
dirumus bagi kegunaan sebelah malam. Tujuan utama adalah untuk membaiki kulit.
Mek pasti ramai perempuan dah peka dengan krim sebelah malam ini iaitu krim
paling utama untuk baiki kulit sebab pada waktu malam, kulit lebih berehat dan
merawat. Disebabkan itu, jika korang tak guna krim malam, kulit korang akan
mudah untuk ada masalah kulit wajah seperti jerawat. Safi Dermasafe Night Cream
Rehydrate & Recover mampu untuk gantikan lapisan kulit muka dengan sel kulit
yang lebih sihat supaya bila bangun pada waktu pagi, korang bersedia untuk
menghadapi aktiviti harian korang. Rawatan untuk membaiki kulit wajah yang
‘breakout’ juga perlu disiplin dalam penggunaan krim malam. Kalau tak disiplin,
alamatnya kulit wajah mulus yang menjadi idaman korang kelihatan jauh untuk
tercapai.
Setelah dua minggu mek mencuba Safi Dermasafe, secara
keseluruhan mek suka setiap botol yang ada. Setiap daripadanya berfungsi dengan
baik, memberi kesan yang optimum kepada kulit wajah mek. Impian untuk dapat
kulit sihat tanpa jerawat dan masalah lain (kecuali freckles) mampu diatasi
dengan penggunaan Safi Dermasafe. Untuk seorang wanita, lagi-lagi kalau setiap
hari berhadapan dengan pelanggan ataupun perlu keluar untuk berjumpa dengan
orang ramai, kulit wajah perlu sihat untuk disolek dengan makeup supaya tampak
lebih yakin dalam setiap urusan. Bukanlah mek nak bagitahu yang mereka
berjerawat perlu rendah diri dan ‘not to bold’ tapi Safi Dermasafe kan ada,
maka jomlah cuba untuk dapatkan kulit wajah yang lebih sihat.
Sekian ..
#safimalaysia
#safidermasafe
#safi
#nahcadangan
#kulitsensitif
#skincare
Kulit Fiza pun oke dengan safi dermasafe nie..
ReplyDeleteBest guna safi dermasafe ni.
ReplyDeletemkin comey la mu mek..:)
ReplyDeletealahai mcm best.. mcm nak try laa
ReplyDeleteterbaik Safi..:)
ReplyDeletePackaging lawa. BTW akk dh follow awak
ReplyDeleteVery creattive post
ReplyDeleteThank you for thhis
ReplyDelete