Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan
dengan signature Kelantan. Sejak 2010, ketika itu mek berumur 18 tahun, Royal
Guest House Kota Bharu dibuka menjadi satu hotel untuk para tetamu menginap.
Bila dengar je Royal Guest House Kota Bharu, tak bunyi macam hotel tapi bunyi
macam ‘kerabat-kerabat raja dari luar negeri datang menginap di sini’. Segan
bila nak melalui lorong tersebut. Pun begitu, bertambah tahun sehingga 2014 mek
mula berkhidmat di BSN Kota Bharu yang mana hanya 800 meter jauhnya dengan
Royal Guest House Kota Bharu, makin mengetahui disebalik Royal Guest House Kota
Bharu ini. Bila dah tahu bagi mek ianya mempunyai kelebihan yang sedikit lebih
berbanding peninapan lain yang ada di Kelantan. Kenapa?
Harga yang ditawarkan rendah, servis mantop !
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan
Pada mulanya mek seolah-olah tak percaya bila dengar
harga untuk satu bilik semalaman di sini. Mek anggarkan bilik di sini dalam
kelompok harga RM150. Berpadanan dengan apa yang ditawarkan. Namun sangkaan mek
memang tak tepat lansung. Bila rakan mek yang berkerja ni di sini cakap ‘harga
bilik Royal Guest House Kota Bharu RM98 je semalaman, dua breakfast’ mulut mek
melopong, mata membuntal. Memang betul bila tengok risalah yang dihulurkan.
Memang harga bilik penginapan yang murah setakat mek jumpa. Dengan apa yang
ditawarkan seperti dua breakfast, mek rasakan ianya amat berbaloi untuk bayar
RM98. Bilik yang diberikan juga tidak mengecewakan. Ada heater, tuala
disediakan, ruangan bilik yang tidak begitu semput (ada ruang untuk solat) dan
beberapa perkara lain yang turut diberikan oleh hotel-hotel yang lain. Bezanya
Royal Guest House Kota Bharu jauh lebih menjimatkan.
Lebih 10 ‘signature’ Kelantan yang berdekatan
Ini lah yang mek nampak kenapa Royal Guest House Kota
Bharu merupakan yang paling strategik untuk jadikan sebagai penginapan bila
korang berkunjung ke Kelantan. Terutamanya bila korang datang ke Kelantan atas
tujuan nak makan-makan dan mengenali Kelantan dengan lebih mendalam. Di bawah
ini yang mek sendiri tinjau, sekitar radius Royal Guest House Kota Bharu.
Antaranya :
Nasi Ulam Cikgu
Hanya berhadapan sahaja dengan Royal Guest House Kota,
tak perlu gerakkan kereta korang pun. Hidangan yang ada adalah nasi
ulam-ulaman, Sayur Lemak, Ikan Patin Tempoyak dan pelbagai lagi untuk dinikmati
pada waktu makan tengahari korang.
Pasar Siti Khadijah
Pasar yang wajib korang terjah bila datang ke Kelantan.
Beraneka pilihan kuih-muih, hidangan makanan serta paling ramai tetamu cari
adalah kain batik atau tudung yang menjadi tanda ‘air tangan’ Kelantanese.
Boleh juga dibeli untuk bawa pulang kepada rakan-rakan dan keluarga.
Istana Balai Besar
Istana ini adalah istana utama Negeri Kelantan bagi
menjalankan istiadat-istiadat (upacara) istana. Sebagai contoh, Istana Balai
Besar ini adalah tempat bagi pengurniaan darjat kebesaran Negeri Kelantan.
Selain itu, jika ada majlis-majlis diraja seperti perkahwinan, juga turut
dilansungkan di Istana Balai Besar.
Istana Jahar
Lokasi Istana Jahar hanya berhadapan sahaja dengan Istana
Balai Besar. Istana Jahar telah dijadikan sebagai salah satu muzium di
Kelantan. Sepanjang kehidupan mek adalah empat kali terjah Istana Jahar ini.
Dalam istana ini korang dapat melihat adat istiadat diraja Kelantan pada zaman
dahulu kala.
Istana Batu
Istana Batu juga salah satu muzium yang ada di Kelantan.
Yang ini hanya bersebelahan sahaja dengan Royal Guest House Kota Bharu. Mek
pernah masuk dua kali. Apa yang ada dalam ni adalah barangan sultan terdahulu
iaitu Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Muhammad ke V. Dikatakan di istana
ini lah Sultan Muhammad ke V dibesarkan. Barangan dalam muzium ini katanya
barangan asal daripada keluarga Sultan Ismail.
Masjid Muhammadi
Masjid yang menjadi masjid utama di Bandar Kota Bharu.
Masjid Muhammadi diberi nama sempena Sultan Muhammad ke IV pada tahun 1931.
Masjid Muhammadi ni dah beberapa kali diubah suai bagi menampung jemaah yang
hadir ke masjid ini. Mek sendiri dah beberapa kali singgah solat di sini dan
suasana berhawa dingin mendamaikan lagi suasana di masjid ini.
Dataran Rehal
Sekali imbas Dataran Rehal ini macam tempat parkir untuk
tetamu Muzium Istana Jahar, Istana Balai Besar dan juga Masjid Muhammadi. Tapi
Dataran Rehal ini juga sebagai salah satu mercu tanda bagi negeri Kelantan,
negeri serambi Mekah. Kena pandai ambik angel untuk photoshoot.
Kedai Kopi White House
Yas. Kedai kopi yang dah sekian lama wujud di Kota Bharu.
Kedai Kopi White House ni berhadapan sahaja dengan Masjid Muhammadi. Korang
boleh jalan sahaja ke sini untuk mencuba aneka nasi pagi Kelantanese contohnya
Nasi Air Dingin, Nasi Dagang Kelantan, Nasi Kerabu dan juga roti bakar orang
dulu-dulu.
Kopitiam Meletop
Kedai ini baru sahaja dibuka pada awal April 2019.
Kopitiam Meletop ni pun korang tak perlu naik kereta untuk pergi kerana
jaraknya hanya 200m sahaja. Di sini hidangannya ada pelbagai juga nasi pagi
Kelantanese, Roti Canai dengan pelbagai jenis. Ruangan juga agak luas, jadi
kalau datang dengan bas pun masih lagi occupied.
Bazar Tengku Anis
Bazar ini bersebelahan sahaja dengan Nasi Ulam Cikgu.
Bazar Tengku Anis menawarkan baju-baju serta kain-kain batik Kelantan. Ada juga
telekung yang berkualiti tinggi dengan pelbagai corak dan warna. Kiranya di
sini korang boleh tengok corak dan harga selain daripada Pasar Siti Khadijah.
Padang Bank
Ini adalah tempat sejarah semasa pemerintahan zaman
British dan Jepun terdahulu. Di sini korang boleh tengok Bank Kerapu, Tugu
Peringatan Perang Dunia Pertama. Dan di sini juga jika korang google mengenai
Padang Bank Kota Bharu, di sini juga arwah Tok Janggut digantung secara
terbalik oleh tentera British bagi menakutkan rakyat ketika itu.
Fizomawar Kitchen
Tempat makan ini mungkin menarik minat korang untuk
mencuba kerana di Fizomawar Kitchen, kesemua resepi masakan adalah asli
daripada pelakon Fizo Omar. Mek dah beberapa kali berkunjung ke sini, bukan
sahaja makanan Thai yang sedap namun pemandangan dari Fizomawar Kitchen juga
mampu hilangkan stress.
Pak Mat Pulau Pisang, Teh Tarik Madu
Kedai yang pernah viral pada suatu ketika dahulu
disebabkan harganya yang mahal. Pun begitu kedai ini tetap dikunjungi orang
ramai disebabkan hidangannya yang sedap. Walaupun korang dapat menikmati Teh
Tarik Madu di kedai lain namun takkan pernah sama dengan yang original dari Pak
Mat Pulau Pisang ini. Pasti korang akan teringat-ingat bila pulang nanti.
Bagi mek, jika korang betul-betul nak merasa percutian
dalam Kelantan tanpa perlu bergerak jauh, Royal Guest House Kota Bharu
merupakan pilihan yang tepat. Mek rumuskan ini berdasarkan pengalaman mek
sendiri yang menginap semalaman di Royal Guest House Kota Bharu bagi merasai
betul-betul apa yang mek ‘dapat’ daripada pilihan penginapan di sini. Ternyata
apa yang mek dapat seolah-olah mengenali budaya Kelantan dengan lebih mendalam.
Dengan mengunjungi beberapa tempat yang berdekatan dengan Royal Guest House
Kota Bharu, spouse mek juga turut bersetuju bahawa hotel ini merupakan yang
paling strategik dalam bandar Kota Bharu. Jadi, apa lagi - Cuba menginap di
Royal Guest House Kota Bharu untuk ketahui apa yang mek perkatakan ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh usha ;
Frontline : 09-7430008
Sekian ..
#royalguesthousekb
#hoteldikelantan
#nahcadangan
#travellingtokelantan
Waaaa kena datang Kelantan lagi laa gamaknyaa ni...
ReplyDeleteMacam best plak kedai makan Fizo tu...
Nanti Sis datang, sila bawak ke sini yaaa...
wow..bestnya..xpernah menginap sini lg.eh..mcm jauh nak menginap cni..:)
ReplyDeletepergh!! Ini yang best bila penginapan berdekatan dengan tempat-tempat menarik.. Jalan kaki je dah sampai..
ReplyDeleteCikma pun dulu kalau balik koto bharu napok Royal Guest House ni takut nak lalu ingatkan raja-raja sahaja boleh duduk..rupanya kita pun boleh duduk eh.. memang tempat dia senang nak jalan pusing-pusing koto bharu..
ReplyDeletesy yg kawin dgn org kelantan n skrg stay kelantan pun blom sampai tempat2 nih lg. hihi
ReplyDeletetelan air liur sokmo baca entri ko Mek. One day nak pergi semua tempat ko suggest. Tempat makan diberi keutamaan hahahha
ReplyDelete