RAYA COLLECTION 2019 BY BUNGASUNTI PERFECT FOR NURSING AND PREGGY MOMMY

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Raya Collection 2019 from Bungasunti. April 2019 dah pun menjengah kita semua. Tak lama lagi Mei pula membuka tirai untuk kita beribadah. Dan Jun 2019 akan disambut dengan penuh kemenangan. Tahun sebelum ini mek memang mengamalkan pembelian baju raya pada bulan puasa. Dan seperti yang korang sedia maklum, memang akan mengganggu aktiviti ibadah dan juga akan memenatkan jika aktiviti membeli belah dilakukan pada waktu siang hari. Tahun 2019 mek nak buat perubahan sedikit. Siap siaga baju raya sebelum puasa termasuk anak-anak dan juga suami, supaya bila Ramadhan, tak perlu fikir kelengkapan raya lagi dah. Cukup dengan pembelian awal ini. Boleh lebih tenang untuk ke surau atau majlis-majlis berbuka puasa nanti.

Dalam pemilihan baju raya, mek dah tetapkan beberapa kriteria supaya selari dengan kemahuan dan kehendak mek. Korang juga mesti ada beberapa kriteria dalam pemilihan baju, kan? Tak semua baju kita berkenan. Dan tak semua baju ada kriteria yang kita nak. Jadi, kenalpasti terlebih dahulu apakah kriteria baju yang korang nak. Untuk mek, ada tiga elemen yang mek titik beratkan. Dan alhamdulillah, mek jumpa ketiga-tiga elemen ini pada Bungasunti. Pernah dengar kurung by Bungasunti? Satu jenama yang popular dalam kalangan ibu mengandung dan ibu menyusu. Pun begitu, beberapa keluaran Bungasunti ini pada amatan mek boleh sahaja dipakai oleh ibu-ibu atau gadis-gadis yang pentingkan tiga elemen seperti di bawah ;

Keselesaan dalam pemakaian


Raya Collection 2019 from Bungasunti


Raya Collection 2019 from Bungasunti

Bila bab pakaian, mek lebih menitik beratkan kepada point keselesaan berbanding vouge (mungkin sebab mek jenis yang simple). Mungkin sebab mek jenis baran, maka benda remeh seperti tidak selesa itu boleh mengganggu emosi mek bila mek dapat rasakan yang pakaian mek pakai tidak selesa. Seperkara lagi sebab mek ada anak kecil yang masih perlukan pemantauan (kena pimpin tangan diaorang, kena kejar diaorang kalau-kalau mereka nampak terlebih teruja) maka pemakaian yang selesa adalah menjadi keutamaan mek. Selesa yang mek maksudkan adalah tidak terlampau ketat, tidak menyebabkan berpeluh dan paling utama nampak ‘just nice’ bila kita memakainya. Bagi mek, selesa boleh meyakinkan diri kita untuk berhadapan dengan orang ramai. Cuba korang bayangkan jika tiga perkara yang mek sebut tadi tiada pada baju yang korang pakai, tentunya korang akan kurang berkeyakinan untuk memakainya. Alhamdulillah, Bungasunti melengkapkan ciri yang mek kehendaki.

Boleh mix and match - versatile


Raya Collection 2019 from Bungasunti


Raya Collection 2019 from Bungasunti

Sekarang memang beli sepasang dapat dua gaya. Siapa tak faham? Mari mek jelaskan. Trending sekarang kurung yang kita beli dapat dijadikan juga sebagai blouse untuk kita gayakan dengan seluar atau skirt bewarna lain. Yang mek suka, kurung keluaran Bungasunti ini boleh juga dipakai dengan seluar untuk ketika outing bersama rakan-rakan mahupun keluarga pada hujung minggu. Maka senang, satu pembelian dapat dua #ootd . Berbaloikan? Pertama mek boleh pakai kurung Bungasunti untuk ke majlis formal atau mungkin juga ke pejabat. Kedua mek boleh menyarungkan kurung Bungasunti untuk digayakan dengan seluar sebagai outfit mek pada hujung minggu. Bagi mek kurung keluaran Bungasunti ini menepati gaya pada masa kini.

Harga yang berpatutan


Raya Collection 2019 from Bungasunti


Raya Collection 2019 from Bungasunti

Harga juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan. Bagi mek, satu baju kurung adalah tidak melebihi RM150 sepasang. Jika lebih, mek merasakan ianya mahal. Jika blouse, caping harga yang mek tetapkan adalah RM50. Bungasunti menawarkan harga yang menarik sempena keluaran Baju Raya 2019 dengan potongan sebanyak RM20 dan tidak dikenakan bayaran pos, hanya RM149 korang dah boleh miliki kurung seperti yang mek gayakan. Kalau korang kira secara lebih halus, RM149 ini sebenarnya jimat berbaloi-baloi. Kerana : untuk sepasang baju kurung harganya RM150 dan jika inginkan satu blouse maka pertambahan RM50. Jumlah keseluruhan RM200 untuk dua jenis gaya. Manakala, RM149 korang boleh dapat gaya baju kurung dan juga gaya untuk blouse. Jimat, kan?

Banyak lagi koleksi yang dikeluarkan Bungasunti pada 2019 ini. Pelbagai pilihan yang akan buat korang rambang mata untuk memilih. Yang penting tiga kriteria yang mek utamakan itu ada pada Bungasunti. Disebabkan itu mek mengesyorkan kepada korang untuk ada koleksi Bungasunti ini sempena Hari Raya Aidilfitri 1440H. Lagi-lagi kalau mak buyung nak bergaya berseri di Aidilfitri. Sementara promo masih lagi berlansung ni, korang jangan lupa usha Bungasunti di Instagram ataupun Bungasunti di Facebook. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh DM dan PM mereka untuk info yang lebih jelas. Semoga info yang mek kongsikan dengan korang ini sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk sambutan Raya 2019 nanti. Jom sama-sama cantik dengan kurung Bungasunti.

Sekian ..

#bungasunti
#rayacollection2019
#maternitykurung
#bajuibumengandung
#bajuraya2019
#bajuibumenyusu

3 comments