Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Mangga Shake DIY di Rumah Sahaja. Mek memang suka dengan
buah mangga. Lebih-lebih lagi kalau mangga yang manis macam Siku Raja dan Cik
Ana atau Samseng atau rakan-rakannya yang lain. Tapi yang manis je la. Yang
masam manis gituu biasanya bukan pilihan mek. Agak trending di Kelantan
sekarang dengan minuman Mangga ni. Ramai yang buka gerai jualan di bahu jalan.
Yelah, musim panas ni memang sedap sangat dapat air buah-buahan. Lagi-lagi
kalau diperbuat daripada buah sebenar, dan bukannya kordial. Pun begitu mek tidaklah
menjadi salah seorang pelanggan mereka dalam soal penjualan ini. Setiap minggu
mek dan spouse akan berkunjung ke Tesco untuk beli apa sahaja keperluan kami
disamping bonding time bersama keluarga. Setiap minggu akan ambil risalah untuk
mengetahui apakah yang sedang ditawarkan. Dan, minggu lepas Tesco menawarkan
pelbagai pilihan mangga, siap masukkan lagi resepi Jus Mangga.
Jus mangga bukanlah susah sangat nak buat cuma bila tak
jumpa mangga yang manis macam spoil je nak buat jus mangga masam manis. Maka
mek bagitahu pada spouse untuk beli mangga di pekan Rantau Panjang sahaja.
Satu, sebab mangga yang dijual di pekan Rantau Panjang ada tester. Kita boleh
cuba rasa terlebih dahulu samada masam ataupun dah okei tahap kemanisannya.
Maksudnya kurang peratusan untuk tertipu dengan kekuningan mangga tersebut.
Kedua, di pekan Rantau Panjang harganya macam harga borong - RM10 untuk 3kg
mangga. Siap boleh campur lagi mangga apa yang korang nak. Contohnya nak mangga
Cik Ana campur dengan Samseng atau Siku Raja, campur je lah penjual tak kisah
asalkan cukup 3kg. Dah siap beli, balik terus masuk dapur buat Mangga Shake
untuk minuman makan malam nanti.
Cara-cara hasilkan Mango Shake
Mangga Shake DIY di Rumah Sahaja
Mangga Shake DIY di Rumah Sahaja
Ini sebenarnya memang teramat mudah kalau nak ajar
korang. Sebab bila mek tengok risalah Tesco tu macam termenung kejap sambil
mengomel ‘kenapa la tak buat dari dulu lagi, apa ke malasnya aku buat Mangga Shake ni’. Pertama sekali korang kena ada mangga. Kalau boleh mangga yang
korang nak jadikan Mangga Shake tu biorleh yang manis-manis sebab tak perlu
tambah susu banyak-banyak. Kedua, kopek berapa biji mangga ikut suka korang nak
minum. Kalau nak banyak, kopek la sepuluh biji. Kalau rasa nak minum sikit,
serving untuk satu jag kecil, tiga biji dah memadai. Lepas potong kecil supaya
senang nak blend. Ketiga, masuk mangga dalam blender, campur terus susu pekat
manis yang telah dibancuh dengan air, kalau nak lemakkan sikit boleh tambah
susu segar (tapi jangan banyak sangat, kut nanti tercirit pulak). Keempat,
blend-kan mereka sehingga lumat jadi Mangga Shake. Texture untuk Mangga Shake
ni akan pekat sedikit jadi korang pandai-pandai tambah air bagi dia elok
cairnya untuk dijadikan sebagai minuman.
Sempena dekat nak puasa ni elok sangat simpan
resepi-resepi air macam gini. Setidak-tidaknya boleh diguna pakai semasa iftar
nanti. Macam mek sendiri pun pada hujung minggu lebih suka buat sendiri
berbanding dengan membeli. Kadang nak juga merasa air tangan sendiri, ye dak.
Buat sendiri kadang lebih puas hati, kadang lebih baik beli sebab punyalah
resepi tu susah nak kena bersilat di dapur. Macam Mangga Shake ni paling mudah
untuk dicuba maka boleh ulang berkali-kali. Untuk pengetahuan korang juga,
resepi Mangga Shake ni juga boleh diubah suai menggantikan honey dew ataupun
lebih dikenali sebagai tembikai susu. Pun sedap juga sebab honey dew rasanya
agak lemak manis seperti mangga juga. Untuk buah-buahan lain mek tak sempat
lagi untuk explore. Kalau korang ada idea atau pengalaman dalam pembikinan air
buah-buahan seperti ini, boleh kongsi diruangan komen. Terima kasih ye.
Sekian ..
#mangoshake
#friutsbeverage
#diy
#nahcadangan
#menufordinner
#menuforlunch
#healthydrinks
sdap tu mek..minum sjuk2..:)
ReplyDeleteboleh try nanti. memang best minum waktu musim panas gini
ReplyDeletesedap kalau minum waktu panas skrg
ReplyDelete