KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Karnival Kewangan Terengganu 2019. Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini yang berterusan ke rantau Pantai Timur selepas mengembara negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.


Karnival Kewangan Terengganu 2019

Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu diambil bahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan. Paling best BSN pun sertai sama dan Cabutan SSP bagi April 2019 akan dibuat secara lansung di Karnival Kewangan Terengganu 2019 pada Khamis, 4 April.


Karnival Kewangan Terengganu 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain. Semua yang di bawa oleh Karnival Kewangan Terengganu ini memang percuma sahaja. Korang tak perlu bertiket untuk masuk dan tak perlu buat sebarang bayaran untuk dapatkan nasihat kewangan daripada agensi dan perbankan yang terlibat.


Karnival Kewangan Terengganu 2019

Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

No
Negeri
Daerah / Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Kampus Gambang/ Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Lundang
Kompleks Balai Islam
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZA
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Universiti Malaysia Terengganu

7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan
31 Mac


Karnival Kewangan Terengganu 2019


Karnival Kewangan Terengganu 2019

"Karnival Kewangan akan mengembara ke seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ianya penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada karnival ini dari segi pemahaman produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di 09-622 0571.

#karnivalkewangan
#karnivalkewangankualaterengganu
#karnivalkewangankt
#kualaterengganu

Sekian ..

5 comments