Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Karnival Kewangan Terengganu 2019. Berlansungnya di TH
Hotel and Convention Centre, Kuala Nerus, Terengganu pada 04 - 06 April 2019.
Sebagai pemegang kad pekerja salah satu institusi perbankan yang ada di
Malaysia, tentunya Karnival Kewangan Terengganu 2019 ini menarik minat mek
untuk berkunjung. Kebetulan pula, tarikh tersebut memang telah diaturkan untuk
ke Terengganu. Rancangan Allah itu maha cantik. Karnival Kewangan Terengganu
2019 ini melibatkan institusi di bawah Bank Negara Malaysia dan karnival ini
telah bermula sejak 2017. Terengganu merupakan destinasi yang ke lima selepas
Kuala Lumpur, Kedah, Sabah san Sarawak. Untuk maklumat lanjut bagi Karnival
Kewangan yang akan datang, boleh rujuk SINI .
Institusi di bawah BNM berada di bawah satu bumbung
Karnival Kewangan Terengganu 2019
Karnival Kewangan Terengganu 2019
Bila masuk dewan TH Hotel dan Convention Centre, terus
rasa macam ‘kan best kalau semua bank ada bawah satu bumbung macam ni. Senang
nak buat urusan.’ Tapi lupakan jelah sebab kalau nak di bawah satu bumbung
macaem ni dengan keterlibatan semua institusi perbankan, ianya hanya ada di
Karnival Kewangan sahaja. Lebih 20 booth di dalam satu dewan dengan warna-warna
korporat bank. Paling yang mek suka bila nampak booth BSN yang berada paling
hadapan dekat dengan pentas utama. Di dalam dewan ini juga mek ditawarkan
dengan pelbagai kemudahan pembiayaan yang pihak bank tawarkan. Ada tawarkan kad
kredit, ada yang tawarkan pembiayaan ASB, pembiayaan peribadi. Disebabkan mek
datang bukan memakai baju korporat bank, mek menjadi rakyat marhean yang biasa,
maka mek dapat dengar cara mereka untuk tawarkan pembiayaan. Ianya pengalaman
yang sangat berharga.
Kenal pasti rekod kredit anda
Di Karnival Kewangan Terengganu 2019 ni juga korang boleh
semak status kredit korang. Maksudnya boleh semak laporan CCRIS. Laporan CCRIS
ni penting untuk lihat samada rekod kredit korang sihat ataupun tidak. Yang
tiada pembiayaan dengan mana-mana pihak pun boleh juga nak semak. Manalah tahu
tetiba ada pembiayaan tanpa pengetahuan korang. Bila dah semak CCRIS korang
boleh lah dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada agensi-agensi yang ada
seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Tak bermaksud korang
daftar di AKPK korang ada masalah kewangan yang teruk. Mungkin korang juga
boleh rujuk mereka untuk dapatkan nasihat dalam penambahan asset korang.
Contohnya dengan gaji korang sebanyak sekarang, macam mana korang nak miliki
sebuah rumah. Sekurang-kurangnya korang dapat pandangan daripada mereka yang
telah terlatih dalam menguruskan kewangan.
Pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak
Karnival Kewangan Terengganu 2019
Karnival Kewangan Terengganu 2019
Korang jangan ingat Karnival Kewangan Terengganu 2019
hanya untuk mereka yang dewasa sahaja, untuk part kanak-kanak pun ada juga. Dan
ini adalah tempat yang mana paling mek suka sebab banyak aktiviti untuk
anak-anak. Ada aktiviti mewarna, terowong sejarah kewangan dan juga ada
aktiviti yang melibatkan matematik untuk pengiraan kewangan (info asas tentang
pengurusan kewangan kepada kanak-kanak). Di sini memang kanak-kanak seronok
dengan pengisian yang ada. Ibu bapa pun seronok tengok anak-anak sertai
aktiviti ilmiah sebegini. Dan di sini juga tempat ibu bapa merehatkan diri
sementara tunggu anak mewarna ataupun jawab soalan quiz. Sambil tu boleh lah
update gambar-gambar di sosial media atau mungkin chitchat dengan suami untuk
ambil atau tidak tawaran yang pihak bank tawarkan di dalam dewan itu tadi.
Secara keseluruhan Karnival Kewangan Terengganu 2019
merupakan satu karnival atau program yang wajib diadakan setiap tahun. Karnival
Kewangan ini dapat membantu netizen untuk dapatkan info yang lebih jelas
mengenai pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Kadar faedah yang
mana lebih baik untuk pelaburan. Atau mungkin khidmat nasihat kewangan supaya
seimbang antara kemasukan gaji dengan cara gaji kita dibelanjakan. Sementara
anak-anak juga turut merasakan karnival seumpama ini ‘ada tempat’ untuk mereka.
Jadi semua orang dapat manfaat daripada Karnival Kewangan Terengganu 2019.
Jelas harapan mek untuk kunjungi Karnival Kewangan sebegini setiap tahun,
moga-moga ada kesempatan untuk menyertainya.
Sekian ..
#karnivalkewangan
#karnivalkewangankualaterengganu
#karnivalkewangankt
#kualaterengganu
#jalanjalanterengganu
#mekyunietravel
Meriahnya event ni.. Bestnya kalau dapat peluang join haritu
ReplyDelete