Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Entry terbaik di mekyunie.com pada April 2019. Mek kadang
teringat nak buat entry-entry terbaik ini. Kadang mek terlupa sehinggalah
blogwalking ke Cik Ash punya website, terpampang lah entry-entry terbaiknya
sepanjang bulan Mac 2019. Mek pun cedok lerr idea Cik Ash tapi baru harini
diberi kesempatan untuk godek dan tengok mana entry terbaik mek sepanjang April
2019. Seronoknya untuk tengok entry-entry terbaik ni adalah sebab korang boleh
tengok apa carian netizen di luar sana dan apa yang penulisan korang boleh
bantu. Contohnya mek, entry top biasanya adalah info pinjaman yang BSN
sediakan. Seterusnya entry makan-makan. Kiranya, penulisan mek lebih ke arah
servis perbankan dan juga cadangan untuk tambah BMI korang.
So ini yang terbaik sepanjang April 2019 :
Andai kata kalau korang belum lagi menjengah entry-entry
mek ini, sudilah kiranya korang klik dan baca. Tapi kalau belum berkesempatan,
its okei. Mek juga nak cadangkan kepada korang untuk jenguk-jenguk entry apa
yang laris di blog korang supaya nanti senang korang nak letak ‘niche’ pada
diri korang. Macam mek dulu kemain seronok letak ‘niche - travel’ padahal bukan
travelling itu yang membantu tapi kerja hakiki mek ini yang banyak dicari. Pun
begitu, walaupun korang dah tahu ‘niche’ masing-masing, tak semestinya kena
fokus itu sahaja. Blogger bebas untuk bagi penulisan melalui pengalaman
masing-masing. Jadi, apa salahnya kalau nak kongsi resepi ikan goreng crispy di
blog, kan? Yang penting blog tak bersawang and keep writing to give the best
info for them.
Sekian ..
#entryterbaikapril2019
#bankingblogger
#foodieblogger
#travellingblogger
#bloggersukahati
wow..tahniah mek..:)
ReplyDelete