Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Bila ke
tepian pantai semestinya hidangan celup tepung menjadi hidangan yang ‘wajib’
masuk dalam senarai untuk dinikmati. Lagi-lagi jika berkunjung ke Terengganu,
lagilah celup tepung makanan laut ini menjadi bualan penduduk setempat, memberi
cadangan untuk cuba yang mana paling sedap di negeri mereka. Kunjungan mek ke
Terengganu pada April 2019 bersama-sama Sis Gee, telah membawa kami ke D’
Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang bagi mencuba satu lagi kedai celup tepung
yang ‘recommended’ oleh penduduk setempat. Jadi sebelum mek pulang ke Kelantan,
mek dan Sis Gee berkesempatan untuk singgah dan mencuba hidangan D’ Coconut
Cafe Pantai Teluk Ketapang.
Hidangan celup tepung yang sedap
Hidangan celup tepung ni kalau nak klasifikasikan sedap ada
beberapa kriteria yang diambil kira antaranya perasa tepung salutan kepada
makanan laut tersebut samada sedap atau tidak. Kadang ada yang tawar maka terus
rasa tidak begitu sedap untuk dinikmati. D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang
ini dari salutan tepung, kuah coleknya sudah sedia sedap semuanya. Kepingan
pada makanan laut mereka memang krup krap krup krap habis. Colek yang
dihidangkan juga manis pedas elok sahaja. Budak pun boleh makan. Paling sedap
bila ada juga kekacang dalam colek tersebut. Sedar tak sedar habis dah
sepinggan sambil berborak. Harga yang dikenakan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk
Ketapang juga tidak semahal yang mek pernah mencuba. Harga mampu milik dengan
rasa yang begitu sedap !
Lokasi yang strategik
D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang kalau korang guna maps
google atau waze memang ada sahaja penunjuk arahnya. Kedai yang tidak tersorok
dan juga ruang parkir yang luas dapat memuatkan banyak kereta sememangnya
memudahkan para pelanggan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang untuk menikmati
hidangan mereka. Walaupun ianya tidak betul-betul berada di tepian Pantai Teluk
Ketapang, namun angin yang menderu serta bunyi pecahan ombak mendampar pantai sememangnya
‘feel’ untuk makan celup tepung di tepian pantai tercapai. Paling penting dapat
menikmati makanan yang sedap sambil berborak dengan keluarga atau dengan
rakan-rakan. Bonding time yang berkualiti.
Info lanjut :
Sekian ..
#dcoconutcafe
#pantaitelukketapang
#celuptepungterengganu
#celuptepungsedapterengganu
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan
Ikan celup tepung sedak tuuuu
ReplyDeleteSedapppnya ikan celup tepung..lama xmkn ikan celup tepung
ReplyDeletekalau ke tengganu boleh cari tempat ni.
ReplyDeletesdap tu..:)
ReplyDelete