D' COCONUT CAFE PANTAI TELUK KETAPANG TERENGGANU CELUP TEPUNG SEDAP

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Bila ke tepian pantai semestinya hidangan celup tepung menjadi hidangan yang ‘wajib’ masuk dalam senarai untuk dinikmati. Lagi-lagi jika berkunjung ke Terengganu, lagilah celup tepung makanan laut ini menjadi bualan penduduk setempat, memberi cadangan untuk cuba yang mana paling sedap di negeri mereka. Kunjungan mek ke Terengganu pada April 2019 bersama-sama Sis Gee, telah membawa kami ke D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang bagi mencuba satu lagi kedai celup tepung yang ‘recommended’ oleh penduduk setempat. Jadi sebelum mek pulang ke Kelantan, mek dan Sis Gee berkesempatan untuk singgah dan mencuba hidangan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang.


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Hidangan celup tepung yang sedap

Hidangan celup tepung ni kalau nak klasifikasikan sedap ada beberapa kriteria yang diambil kira antaranya perasa tepung salutan kepada makanan laut tersebut samada sedap atau tidak. Kadang ada yang tawar maka terus rasa tidak begitu sedap untuk dinikmati. D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang ini dari salutan tepung, kuah coleknya sudah sedia sedap semuanya. Kepingan pada makanan laut mereka memang krup krap krup krap habis. Colek yang dihidangkan juga manis pedas elok sahaja. Budak pun boleh makan. Paling sedap bila ada juga kekacang dalam colek tersebut. Sedar tak sedar habis dah sepinggan sambil berborak. Harga yang dikenakan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang juga tidak semahal yang mek pernah mencuba. Harga mampu milik dengan rasa yang begitu sedap !


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Lokasi yang strategik

D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang kalau korang guna maps google atau waze memang ada sahaja penunjuk arahnya. Kedai yang tidak tersorok dan juga ruang parkir yang luas dapat memuatkan banyak kereta sememangnya memudahkan para pelanggan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang untuk menikmati hidangan mereka. Walaupun ianya tidak betul-betul berada di tepian Pantai Teluk Ketapang, namun angin yang menderu serta bunyi pecahan ombak mendampar pantai sememangnya ‘feel’ untuk makan celup tepung di tepian pantai tercapai. Paling penting dapat menikmati makanan yang sedap sambil berborak dengan keluarga atau dengan rakan-rakan. Bonding time yang berkualiti.


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Info lanjut :


Sekian ..

#dcoconutcafe
#pantaitelukketapang
#celuptepungterengganu
#celuptepungsedapterengganu
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan

4 comments