Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu. Setiap
percutian yang kita rancang, tentunya mempunyai beberapa matlamat. Jarang
terancang percutian tanpa beberapa alasan yang munasabah. Paling tidak, rancang
percutian atas dasar untuk merehatkan minda seketika. Ada juga yang merancang
percutian disamping berkerja. Menyelam minum air gitu. Apa-apa pun, setiap
percutian ada alasannya tersendiri. Pada awalnya mek merancang ke Terengganu
untuk menonton wayang semata-mata. Dan memang berniat untuk menginap semalaman
di Terengganu. Bila Sis Gee recommend Ce’ Wer Chalet mek terus bersetuju tanpa
bertanya lebih. Cuma mek ada view di Google untuk lihat ‘persekitaran’ untuk
pengetahuan sebelum mek tiba di sana.
Lenyapkan kesibukan kota
Mek tiba di Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang pada jam
lebih kurang tiga petang. Masuk sahaja lorong Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila
Marang, mek dah rasa lega. Dari tempat menginap terus nampak lautan membiru.
Dah ‘feeling’ macam Puteri Aisyah dalam filem Pulang. Dengan tiupan angin ombak,
lautan membiru, nampak Pulau Kapas yang seolah tidak jauh dari Ce’ Wer Chalet
Pantai Rusila Marang. Sememangnya pilihan Sis Gee untuk mek menginap adalah
yang terbaik. Seperti yang mek maklumkan, dua minggu dan seminggu sebelum
kunjungan mek ke Terengganu, mek memang ‘lost’ dalam kerjaya mek (kedua-duanya
sekali), tekanan tersebut dapat dikesan oleh Sis Gee maka tadaaaa ini hadiah
buat mek untuk tenangkan fikiran serta lenyapkan sebentar kesibukan mek di
pejabat.
Sea Breezing, Sunset
Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu
Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu
Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu
Kalau ke Terengganu, tak sah la kalau tak cari penginapan
yang mengadap Laut China Selatan, kan? Suasana pantai yang mendamaikan tentunya
akan memulihkan ‘mood’ setelah bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja
seharian. Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang yang betul-betul menghadap pantai
tentunya akan buat korang rasa tenang mendengar bunyi deruan ombak. Paling
istimewa dapat juga melihat terbenamnya matahari di ufuk timur. Ce’ Wer Chalet
Pantai Rusila Marang menyediakan beberapa kerusi batu dan pondok untuk para
tetamunya menikmati angin pantai, bersantai dengan keluarga, menikmati keropok
lekor, melihat anak-anak bermain pasir pantai dan lain-lain aktiviti yang
berkaitan. Mek pasti mood korang akan menjadi lebih positif.
Harga bilik yang mampu milik
Untuk keluarga kecil mek, satu katil queen telah memadai
untuk kami menginap di Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang. Untuk satu bilik
berkatil queen, semalaman berharga RM80 sahaja. Bagi mek harga yang ditawarkan
adalah harga yang munasabah. Dalam bilik disediakan kelenkapan TV, almari untuk
letak pakaian serta ‘kettle’ untuk buat minuman. Bilik yang mek menginap juga
berhawa dingin maka, RM80 itu sudah cukup murah untuk percutian mek ke Kuala
Terengganu. Untuk bilik ini juga disediakan toto dan bantal extra. Senanglah
kalau korang memerlukannya, hanya ambil sahaja dalam almari tanpa perlu
‘request’ dan ‘extra charge’ bagi keperluan tersebut. Seperkara lagi yang unik
pada bilik Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila, Marang ini yang korang takkan jumpa di
mana-mana chalet adalah - cadar katil original batik. Super best sebab lembut
gila kainnya. Dan tentunya batik adalah sinonim dengan Terengganu.
Untuk komen dan rating mek bagi Ce’ Wer Chalet Pantai
Rusila Marang empat bintang sebab dengan harga yang ditawarkan memang murah,
keselesaan yang diberikan kepada tetamu juga ditahap optimal, kawasan
sekeliling juga tidak merbahayakan samada kawasan pantai ataupun parkir
kenderaan. Memang ‘recommended’ untuk korang pula menginap di Ce’ Wer Chalet
Pantai Rusila Marang ini. Mek dan Sis Gee amat berpuas hati dengan persekitaran
ini. Masing-masing sempat buka laptop dan taip entry sambil anak-anak main
pasir pantai. Sempat kami melepak berbual sambil makan di atas pondok yang
disediakan. Betul-betul terasa melepaskan stress yang dihadapi dan juga betul-betul
menikmati percutian kali ini.
Sekian ..
#jalanjalanterengganu
#mekyunietravel
#cewerchalet2
#chaletpantairusila
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan
alohhhh bestnya, lama tak bercuti ni. Nampak best lah Terengganu ni. Lma tak pergi last pergi 5 thn lepas rasanya
ReplyDeleteChalet tepi pantai best
ReplyDeleteBoleh cari tempat ni kalu ke tengganu nanti
cantiknyaaaa...
ReplyDeletewaaa nok repeat!!!
ReplyDeletewoahh murohhhhh..dekat pulak tu dengan pantai..best gilos
ReplyDeletemurah la RM80 per night. kawasan pun okay je tu
ReplyDelete